Hari ini sengaja nak membuat kelainan dalam menyingkap perasaan yang tersembunyi di sebalik wajah-wajah orang yang dilamun cinta.. mungkinkah perasaan dan tingkahlaku ini menjadi pengisi waktu seharian selagi cinta masa wujud di dada..?
Rajuk VS Pujuk
Malu VS Mahu
Rindu VS Temu
Cemburu VS Keliru
Bahagia VS Derita
Sengsara VS Ceria
Merana VS Laksana
Manja VS Ngada
Tidur tak lena VS Jaga pun tak kena
Termimpi-mimpi VS Ternanti-nanti
Terbayang-bayang VS Dihalang-Halang
Rasa cinta adalah anugerah dan ianya fitrah kepada bernama manusia. Perasaan ingin disayang dan menyayangi, dimiliki dan memiliki serta disulam rasa nafsu ingin bersama akan membuat manusia kadangkala hilang kawalan diri. Moga cinta itu kudus dan bukan semata nafsu dan biarlah cinta itu disulami restu...
Sabtu, 22 Oktober 2011
Jumaat, 21 Oktober 2011
Tiada Yang Indah Bila Hati Gundah
Tiada yang indah bila hati gundah,
Tiada yang cantik bila hati sakit,
Tiada yang lawa bila hati tawar,
Tiada yang manis bila hati bengis
Alangkah indahnya kalau:
Hilang gundah bila dilihatnya itu indah,
Terubat hati yang sakit bila dipandang itu cantik,
Hati yang tawar akan ceria bila diri menjadi lawa
Hilang bengis di hati apabila berdepan wajah yang manis...

Sabtu, 15 Oktober 2011
Bila Laungan Takbir Salah Tempat
Kita pun sedia maklum ketidak ikhlasan c guan eng ni.. dah tentu dia cina memang hati budi dia cina dan kapir.. yang hairan malaon-malaon di kalangan ahli pas ni.. sanggup meletakkan tinggi martabat c guan eng ni sama taraf dengan orang yang beriman dengan bertakbir. Ya Allah sesungguhnya sudah buta dan tidak berimankah pengikut pas ni.. Adalah lebih elok bertakbir bila ada mangsa penceraian di kalangan ISLAM di kelantan tu gara-gara tak sebulu dek parti politik..bertakbir kerana ada yang bergaduh sesama ISLAM dek berlainan fahaman politik, bertakbir dek hak melayu di pulau pinang tu semakin terhapus, bertakbir kerana ada pemimpin yang durjana mengutamakan fitnah, berbohong, berzina, meliwat, bini orang bini dia, rasuah dan bodoh mentadbir, bertakbir bila negeri diperintah selama lebih 20 tahun tak ada kemajuan sehingga rakyatnya keluar cari makan di negeri lain, bertakbir dek ada pemimpin yang gila kuasa dah terlalu lama jadi MB.. aduhai... janganlah mempermainkan nama Allah di salah tempat.. bosan sudah pada PAS, PKR dan DAP ni...
Komentar saya di atas ekoran isu adab Gueng Eng minta maaf dan petikan MiM berkaitan isu tersebut seperti di bawah:
"Dan ketika Guan Eng merah muka memekik tentang perlembagaan dan sebagainya, ada ahli PAS yang berteriak Allahuakbar !Allahuakbar? Kepada Cauvinis DAP?
Alahai...." ~MiM~
Ahad, 9 Oktober 2011
Antara Dirimu Dan Diriku Ibarat Air Dan Api
Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
yang berbeza rupa
berbeza watak
berbeza impian
Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
di kala aku menjadi air
yang bisa mendidih dek hangatmu
bisa kering dek panasmu
bukan kerana bencinya aku padamu
adanya rasa cinta dan setia
rela sahaja aku dididihkan
mahu pun panas hingga kering
Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
di kala aku panas membara
tersedak dek percikan halusmu
aku lemah dek gurauanmu
dikala aku menyala marak
keikhlasanmu menyejukkanku
luluhan kasih sayangmu
lalu aku terkedu dek kelembutanmu
Antara kau dan aku
kini aku mengerti
kiranya aku air kau bisa menjadi api
kiranya aku api kau bisa menjadi air
aku ingin terus begini
kerana aku tahu bila aku api dan kau api
akan bisa marak membakar yang lain
bila aku air dan kau air
akan bisa mengelami sungai indah
akan aku akur bersama fitrah
antara engkau dan aku
adalah pelengkap alam
kehendak Illahi.

Kembalikan Semangatku
Kembalikan semangatku
aku ingin seperti dulu
berlari di lingkungan sang pelangi
sambil mengapai awan
disaksikan sang suria yang tersenyum
sang bayu meniup lembut ke telingaku
Kembalikan semangatku
aku ingin seperti sang burung
terbang riang sambil berlagu rindu
menyapa hati yang sedang sayu
pasti tersenyum malu bila mendengar lagu rinduku
Kembalikan semangatku
aku ingin seperti dulu
menyanyi lagu rindu
bersama puisi yang mendayu
dan aku tahu hala tujuku..

Isnin, 3 Oktober 2011
Impian Seorang Nelayan
Artist: M Nasir
Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"
Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakanm
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan
Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"
Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya
Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan
Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakanm
Lagu di atas mengamit aku untuk menulis sesuatu..
Laut dan kisah nelayan bukan asing dalam hidupku. Stigma kehidupan para nelayan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang masih terlekat dalam masyarakat. Teknologi moden masih tidak mampu menguasai keseluruhan dalam bidang pekerjaan mulia ini. Masih ramai yang menjadi nelayan pantai. Pernah tak kita menyelami hati dan impian para nelayan ini. Jiwanya besar, tenaganya kuat, semangat beraninya tinggi dalam menempuh badai dan taufan demi menghasilkan pendapatan diri. Atas usaha nelayan rezeki berlauk ikan, udang, sotong, ketam dan lainya dari laut dan sungai kita perolehi. Bayangkan tanpa nelayan, di mana kita perolehi sumber protein yang paling banyak untuk kita makan...? Janganlah hanya kita berduit, mudah sahaja kita menunjuk ikan mana yang kita sukai untuk santapan tanpa teringat jerit perit para nelayan menentang badai dan ombak. Untuk para nelayan tidak kira di mana berada, sekalong doa kesejahteraan untuk anda semua..
Ahad, 2 Oktober 2011
Pemimpin Laknat Dunia Tidak Selamat
Bila hati terbakar
Otak mula bergolak
Syaitan sudah jadi penahsihat
Bila pemimpin berdendam kesumat
Hilang kata penuh semangat
Hasad dan dengki penuh khianat
Hasad dan dengki penuh khianat
Rakyat jelata hidupnya tenat
Dengar nama pun terasa penat
Bila Allah murka dan melaknat
Dunia semakin tidak selamat
Maka hanya menanti hari kiamat.
Khamis, 29 September 2011
Bila Keretaku Dimasuki Orang
Peristiwa pada 22 September 2011 di kawasan parking Pasar Awam Kajang, Selangor. Pertama kali menjejak kaki di Pasar Awam Kajang. Berada di dalam pasar membuatkan saya teruja kerana seronok melihat sayur-sayuran yang segar dan boleh kata segala mak nenek sayur semuanya ada. Niat di hati nak beli ikan tetapi melihat harga ikan seolah tidak setimpal dengan rupanya membuatkan aku membatalkan niatku. Maka aku hanya membeli daun pudina untuk ulaman laksaku sementara sahabatku CT pula membeli tomato.
Sebaik sahaja selesai membeli sayuran kami bergegas keluar dari pasar setalah lebih kurang 15 minit berada dalam pasar. Kami menuju ke parkir. Dalam jarak 2 meter dari keretaku, aku terpandang seorang wanita Melayu berusia lewat 40an bertudung menghampiri keretaku dan terus membuka pintu keretaku. Aku bergegas ke keretaku dan memerhati plat nombor keretaku dan ternyata sahih keretaku. Aku terus meluru ke pintu kereta dan mengherdik wanita tadi "hey! ini kereta saya lah!" wanita ini memandangku dan keluar dengan wajah selamba lalu berkata "eh,, maafkan achik.. patutlah saya susah buka dan tak boleh nak start". Aku menjadi pelek dan rasa kehairan dan pelbagai persoalan yang menerpa akalku. Aku memeriksa kunci keretaku, confirm ada di beg tanganku dan aku terus merampas kunci kereta wanita dan aku dapati memang kunci kereta Gen2.
Kebetulan samasa kecuh-kecuh, seorang pakcik yang berada dalam sebuah kereta di sebelah keretaku keluar dari kereta dan bertanya apa yang berlaku. Saya menerangkan bahawa wanita ini telah membuka kereta saya dan pak cik itu memberi isyarat supaya saya berhati-hati dan dia turut sama bertanyakan kepada wanita tersebut mana keretanya sebenar. Wanita itu akhirnya menunjukkan kereta yang berada di sebelah kereta pak cik tersebut yang warnanya hampir sama dengan keretaku. Wanita itu kemudian meminta kad parking yang berada dalam keretaku yang diletakkan bahagian depan sebelah pemandu. Sahabatku memerhatikan nombor tiket parkingnya adalah sama nombor plat keretanya.
Pak cik tadi berkata kepadaku wanita itu kelihatan jujur dan mungkin benar dia salah kereta, eloklah kamu berkenalan dan pak cik itu menuju masuk ke dalam pasar. Pemerhatianku memang wanita itu kelihatan jujur aja. Wanita itu kemudiannya datang menghampiri aku dan meminta maaf sekali lagi. Hairannya, aku boleh tersenyum dan bermaaf dengan wanita tersebut walaupon dalam kepala otak ini pelbagai persoalan yang timbul. Di antara persoalan yang timbul;
Bagaiman dia telah meletakkan tiket parking ~ tiket parkingnya adalah tertera no plat W*C 4*61 dan tentunya tiket parking itu wajib dipamerkan. Ini bermakan wanita ini sudah dua kali masuk dalam keretaku. Pertama semasa meletakkan tiket parking dan kali kedua dia masuk untuk balik. Kalau benar dia tak perasan bahawa kereta itu bukan kereta orang lain, hairan saya kerana di dalam keretaku terdapat barang yang boleh dilihat yang menunjukkan bukan miliknya. Lagi satu yang menghairankan aku, kalau benar dia pergi ke pasar tetapi tidak kelihatan pon barangan yang dibelinya.Persoalan besar, bagaimana kunci keretanya boleh membuka pintu keretaku sedang yang aku faham setiap kereta adalah berbeza kuncinya.
Reaksi wanita itu juga bersahaja dan kelihatan relax aja.. adakah sememangnya telah menjadi kebiasaan dengan lebih tepat memang itu profesionnya?Ramai yang memberi maklumbalas kepadaku, bahawa ianya adalah modius operandinya dan kawasan Kajang amat popular dengan pelbagai kejadian yang sebegini.
Aku terfikir selepas kejadian, kenapa aku tidak membuat laporan di Balai Polis. Manalah tahu jika benar bahawa kejadian ini adalah satu sendikit mencuri kereta dan sekurangnya aku telah membantu pihak polis mengatasi masalah sendikit curi kereta. Walau bagaimana pon aku masih berharap wanita itu tersalah kereta kerana mungkin faktor umor atau buta warna atau ketika itu dia sedang celaru dan akhirnya tersalah kereta. Tetapi akal aku menyatakan pula tak kan kunci kereta boleh sama? Dan mungkin juga dia psiko mangsa dengan status sebagai wanita Melayu Islam yang bertudung, bergaya dan berwajah baik.
Aku pon pernah tersalah kereta, tetapi bila aku perasaan yang aku tersilap, aku betul gelabah biawak dan merasa tersangat malu, banyak kali aku minta maaf pada tuan punya kereta yang kebetulan memang berada di belakang aku. Hairannya wanita ini relax sangat. Selepas kejadian itu, aku telah mengambil langkah-langkah keselamatan.. Harap semua pembaca mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Ahad, 18 September 2011
Nilai Kasut Si Kaya & Nilai Atap Rumah Si Miskin
RM1000.00 tunai? Kepada sang kaya, apalah sangat.. shopping di Suria KLCC mungkin hanya dapat sepasang kasut berjenama.. bagi lelaki kaya setakat RM1000.00 hanya semalam nikmat bersama "bini sementara" di hotel. Apalah sangat jika nilai RM1K berbanding pendapatan RM1M sebulan.
RM1000.00 bagi mereka berpendapatan sederhana dan orang miskin yang tahu memperggunakan kepada jalan yang betul ianya amat tinggi nilainya. Dari RM1K boleh bayar ansuran motor, boleh beli beras sekampit, boleh beri barang dapur untuk sebulan, boleh menyara anak sekolah, boleh beli ubatan bila sakit pening, boleh sedekah anak yatim, dan boleh juga disimpan di Tabung Haji.
RM1000.00 bagi yang mengganggur dan kaki judi pula bagaimana? Tanpa jawapan panjang lebar ianya tidak berhasil dan tidak perlu dijawab.
Bagaimana golongan kaya jika nilaian 1K itu dijadikan sebagai sumbangan kepada fakir miskin atau menyalurkan kepada perkara yang berfaedah melalui program-program kemasyarakatan tentunya banyak menafaat. InsyaAllah semua kategori manusia boleh menikmati hasil sumbangannya itu.
Kadang terfikir saya nilaian sepasang kasut sama nilaiannya jika atap rumah simiskin diganti. Nilaian sepasang kasut yang mungkin hanya dipakai sekali atau dua kali dan pasti selepas itu akan berganti dengan fesyen yang terkini. Sedangkan atap rumah boleh bertahan bertahun-tahun dan dapat melinduungi penghuninya yang mungkin lebih dari 10 orang,
Perbandingannya ini mungkin ada yang mengatakan rezeki orang berbeza-beza. Tetapi haruskah kita membazir sedangkan kita tahu rezeki kita adalah juga milik orang lain..
Kemiskinan VS Keharmonian
Tertarik dengan Cerekarama TV3 bertajuk "Bara Cinta Ramadan" yang disiarkan sebentar tadi. Tidak sedar air mata mengalir melihat bagaimana anak-anak yang memahami akan kesusahan ayahnya mencari rezeki. Ketabahan seorang isteri yang mengerti tanggungjawab suami yang sentiasa berusaha mencari rezeki walau dia tahu gaji yang diterima suami tidak mencukupi menyara keluarga. Keikhlasan seorang sahabat yang sudi mendengar keluh kesah dan membantu sahabat yang terhimpit masalah. Jika pemahaman dan ketabahan ini sentiasa ada mungkin segala dugaan hidup akan dapat diatasi dengan tenang.
Kemunculan watak seorang ibu mertua yang mendesak agar menantu dapat menyediakan peralatan rumah, barang kemas dan persiuapan hari raya membuatkan kehidupan bekeluarga menjadi konflik. Tambahan pula bila ada di kalangan ahli keluarga sendiri yang berharta dan mampu tentunya akan menjadikan satu perbandingan. Rasa rendah diri dan terhina setidaknya memberi tekanan dalam kehidupan.
Kisah begini adalah satu yang normal dalam masyarakat. Apa yang ingin saya katakan di sini, perlukah kita terlalu campur tangan dalam urusan anak menantu sehingga menyebabkan anak menantu tertekan dan mengurangkan kemanisan dalam bekeluarga. Dalam persoalan ini adakah kemiskinan itu tidak membahagiakan dan adakah hanya yang beharta akan bahagia?
Miskin dan bahagia adalah satu yang berbeza. Semua orang ingin berharta dan bahagia. Kehidupan manusia bukan semuanya indah dan dugaan dalam kehidupan itu adalah satu ujian dari Allah S.W.T. Walaupun mungkin miskin dari harta benda tetapi jika kaya dengan kasih sayang dan adanya pengertian tentunya ada sinar bahagia juga. Jika kemewahan melimpah ruah tetapi sentiasa wujud konflik akan timbul pula keinginan untuk mencari bahagia. Pokok pangkalnya manusia itu sendiri perlu berusaha untuk mengubah akan nasibnya. Usaha untuk mengubah nasib ini perlu ada kekuatan jiwa, fizikal di samping dorongan dari ahli keluarga dan tawakal. InsyaAllah walaupun mungkin miskin tetapi ada dorongan usaha dan kasih sayang tidak mustahil keluarga yang dibina akan harmoni.
Selasa, 13 September 2011
AKU DISIHIR?
Terjemahan surah al-Falaq:
Ayat 1 - 5
1. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (Yang Menguasai waktu) subuh.
2. Dari bahaya (kejahatan) makhluk.
3. Dan dari bahayanya (kejahatan) malam apabila telah gelap.
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan.
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila ia dengki.

Sejarah ayat di atas diturunkan ketika Rasulullah telah disihirkan oleh seorang pemuda yahudi. Terdetik hati aku, sedangkan Rasulullah disihir apa tah lagi manusia di zaman ini. Agaknya selagi ada hasad dan dengki maka perbuatan sihir akan sentiasa menjadi mainan manusia yang kurang imannya.
Terkenang peristiwa pada bulan 2 Mac 2011 apabila bangkit dari bangun tidur tiba-tiba bahagian pinggang sebelah kiriku mula terasa sakit namun aku gagahi juga dan menganggap sakit biasa. Pulaknya ketika itu aku mengikuti kursus. Dua hari selepas tamat kursus secara tiba-tiba aku tidak boleh rukuk semasa solat maghrib dan berlanjutan sakit dari pinggang turun hingga ke lutut dan membuatkan aku tak boleh bergerak.
Pertolongan rakan akhirnya aku di bawa ke klinik tetapi doktor di klinik menyarankan aku pergi ke hospital. Kesakitan bahagian paha dan lutut semakin terasa dan bagaikan ada hirisan yang mengiris daging di dalam pahaku. Keesukan hari sekali lagi pergi ke klinik dan doktor merawat hanya memberi ubat penahan sakit. Hari ketiga terlalu sukar untuk naik tangga dan turun tangga dan sekali lagi atas pertolongan rakan sekerja akhirnya aku dihantar mendapat rawatan doktor untuk kali ketiga. X-ray menunjukkan seolah tiada apa yang berlaku dan akhirnya aku dirujuk ke hospital pakar tetapi kena menunggu hampir sebulan lamanya setelah appointment dijalankan untuk mendapat rawatan pakar.
Sementara menunggu rawatan pakar aku terpaksa memohon cuti untuk balik berehat di kampung. Ahli keluarga banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku. Ketabahan menjagaku serta doa mereka menguatkan semangatku. Seminggu berehat di kampung aku kembali bertugas dalam keadaan masih sakit dan berjalan macam robot.
Appointment di klinik pakar othopedik akhirnya tiba. Filem Xray seperti dijangkakan tidak banyak membantu dan akhirnya aku dirujuk bahagian Rehabilitasi untuk menerima fisioterapi. Fisioterapi aku ikuti dengan disiplin yang baik seperti dijadualkan. Dalam keadaan fizikal yang demikian amat membataskan pergerakkanku. Terpaksa kulupakan kasut tumit tinggiku buat seketika.. Keinsafan meresapi naluriku apabila terpaksa solat secara duduk dan aku redha segala dugaan yang diberikan.

Atas simpati beberapa staff dan mereka menyarankan agar aku membuat rawatan secara ruqqayah. Hatiku mula terbuka untuk pergi membuat rawatan. Aku sendiri hairan boleh hatiku terbuka kerana aku jenis manusia yang kurang berminat dalam bab-bab rawatan sama ada berjumpa doktor, apa lagi yang cara alternatif ni sedangkan nak makan ubat pun satu pekara yang aku tak suka.
Diringkaskan cerita aku pun pergi mendapat rawatan dari perawat tersebut sebanyak tiga kali. Bila berjumpa kali pertama perawat tersebut, beliau bertanyakan apa sakit ku, dan adakah aku pernah bermimpi yang mengerikan dan apakah pekerjaanku. Setelah aku menjawab semua pertanyaannya maka memintaku mengambil buah limau nipis yang aku bawa dan bermula rawatannya.
Diringkaskan cerita aku mendapat rawatan sebanyak tiga kali dan kali kali pertama terdapat dua mata pisau gilet dikeluarkan dari limau nipis, kali kedua dua bilah jarum keluar dari telor dan kali ketiga gumpalan benang kuning dan hitam serta air kotoran keluar dari belahan limau nipis. Aku begitu tenang melihat benda-benda pelik yang berjaya dikeluarkan dari tubuh badanku, sebaliknya pengunjung yang lain merasa terkejut melihat barang yang telah dikeluarkan. Walaubagaimana pun perawat tersebut tidak menyatakan siapa empunya angkara aku disihirkan sedemikian. Aku redha apa yang berlaku.

Terdapat sedikit perubahan pada diriku di mana aku sudah boleh tidur lena dan mimpi yang mengerikan juga sudah tidak mengiringi tidurku, namun rasa sakit di paha dan lutut tetap ada sehingga hari ini. Menariknya setelah lima bulan berlalu, secara tidak terduga apa bila aku mengunjungi seorang sahabat lamaku. Kebetulannya sahabatku ini telah "diresapi" dan menyatakan bahawa kesakitan kakiku adalah disebabkan adanya jarum yang dikeluarkan gara-gara perbuatan sihir oleh seseorang yang mempunyai hasad dan dengki kepadaku. Secara tiba-tiba sahabatku ini diresapi oleh roh yang menyihirkan aku. Roh yang menyihirkan aku memperkenalkan namanya dan menyatakan tujuan menyihirkan aku. Aku terkedu dan merasa hiba kerana nama yang aku dengar itu bukan asing bagiku.
Menghairankan aku juga bagaimana sahabat lama ku ini mengetahui nama orang tersebut sedangkan aku langsung tak pernah cerita berkaiatan masalah dalam hal harianku. Roh orang tersebut mengakui amat membenci dan mencemburui aku kerana aku dianggap sebagai pesaing dalam kerjayanya. Pengakuannya juga menyatakan sengaja menyihirkan supaya aku lumpuh dan kalau boleh supaya aku berhenti dari bekerja. Pengakuannya itu amat memilukan hati aku. Jika benarlah apa yang aku alami ini gara-gara angkaranya, betapa tidak berimannya hamba Allah tersebut. Aku terkedu dan agak terkilan namun begitu aku tidak pula rasa marah dan berdendam. Dalam keadaan situasi itu aku sentiasa mengimbangi diriku supaya sentiasa dalam keadaan yang rasional dengan melihat perkara yang baik-baik yang ada pada hamba Allah tersebut.
Aku juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sangat apa yang berlaku dikhuateri wujud fitnah dan merenggangkan hubungan. Aku sentiasa meletakkan peristiwa ini hanya sebagai petunjuk untuk lebih berhati-hati dan tentunya berlaku adalah dengan izin Allah jua. Aku pegang kata bondaku supaya sentiasa beringat, dan percaya kepada kekuasaan Allah. Apa yang berlaku biarlah berlaku. Aku berserah kapada Allah S.W.T. Kiranya benar aku disihirkan oleh hamba Allah tersebut biarlah Allah yang menentukan segalanya dan aku berdoa agar dia kembali kepercayaan dan beriman kepada Allah.
Allahu Akbar.Isnin, 12 September 2011
Kalau Kacang Sudah Lupakan Kulit
Rakyat yang baik akan memberi cadangan yang membina untuk memajukan bangsa, dan negara berlandaskan ajaran agama, tetapi wajarkah kita memburukkan negara dengan menjadikan agama sebagai method kita? Layakkah kita sebagai rakyat yang dikatakan setia pada nusa bangsa sedangkankan segala kenyataan kita hanya membawa kepada kehancuran nilai budi? Kalau benar kita pandai menilai segala kepincangan yang berlaku dalam negara, sila berikan cadangan penambah baikkan bukan cacian dan hinaan. Rakyat yang bijak dan sayangkan negara akan mencari cara penyelesai masalah bukan menambah masalah. Merdeka kita sudah 54 tahun, jangan sempitkan pemikiran dengan mencari salah tetapi lihatlah usia sendiri dan apa kemajuan yang telah kita buat untuk merdekakan diri dari hasad dan dengki. Jangan terlalu rakus hendak berkuasa hingga menjadi lupa daratan dan ibarat kacang sudah lupakan kulit.
Sabtu, 10 September 2011
Mengapa kerja Haram Juga Dibuat?
Tiba-tiba aku terfikir tentaang kehidupan para pedagang seks. Kelihatan apa yang aku fikirkan ini agak menyimpang sedikit dari kebiasaan pemikiranku. Seringkali kita dipertontonkan dalam laporan berita tertangkapnya wanita-wanita yang terlibat dalam kes-kes pelacuran dan maksiat. Persoalannya kenapa kaum wanita ini sudi bekerja dalam arena rezeki haram ini? Persoalan kedua adakah hanya kaum wanita dipersalahkan dalam perkara ini? Persoalan ketiga apakah yang mendorong kepada kesanggupan untuk bekerja? Keempat, sampai bila mereka akan bekerja?
Jika kita meselusuri permasalahan ini tentunya pelbagai jawapan kita perolehi dan setiap jawapan itu pastinya akan membina persoalan baru dan tentu juga ada jawapan tersendiri. Jika remaja seawal umur 15 tahun sudah terlibat dalam kerja-kerja sebegini mungkin ada tarikan paksa hingga terjerumus dan mungkin akhirnya menjiwai pekerjaannya. Bagaimana pula bagi wanita dewasa yang memang mencari pekerjaan ini sebagai kerjaya tetapnya? Dalam erti kata lain bagaimana wanita yang sememangnya suka dengan profesion ini? Dalam perkara ini adakah wang dan nafsu sama kuat tarikkannya?
Rabu, 31 Ogos 2011
Selamat Hari Kebangsaan ke-54 Tahun Malaysiaku.
- Hari ini hari Rabu 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal 1432H. Hari ini genap 54 tahun negaraku Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan.
- Selamat Hari Kebangsaan ke 54 buat negaraku Malaysia yang amat kucintai.
- Semoga ekonomi, politiknya sentiasa setabil dan ini akan menjadikan perkembangan sosialnya juga baik.
- Aku sentiasa berdoa agar diriku dan semua warganegra Malaysia dapat hidup harmoni dan aman damai.
- Aku amat berbangga dengan Malaysia.
- Sesungguhnya kejayaan Malaysia pada hari ini dalam usia 54 tahun (usia yang matang) adalah hasil kebijaksanaan para pemimpin-pemimpin kita dan gembelengan usaha dan kesetiaan kita sebagai warganegara.
- Ucapan terima kasih kepada semua tokoh-tokoh perjuangan terdahulu dalam usaha mereka untuk meraih kemerdekaan yang kita kecapi sekarang.
- Lagu Negaraku dan kibaran Jalur Gemilang akan sentiasa mengiringiku dalam semangat cintakan Agama, Bangsa dan Negara.
- Semoga negara kita selamat dari segala ancaman anasir.
- Terima kasih dan tahniah untuk diri kita sebagai rakyat Malaysia.
- Salam Merdeka.
Sabtu, 27 Ogos 2011
Politik BAIK Politik JAHAT
Bencinya saya melihat manusia yang rakus dengan kuasa. Sebelum berkuasa bukan main tuduh itu korap, ini maksiat, sana menyeleweng, sana biadap, sana kapir, sini lebih Islam. Tapi bila dah berkuasa fitnah semakin menjadi-jadi, maksiat sendiri sudah buat, rasuah tersembunyi di sebalik kopiah/serban, hilang semua sahsiah diri yang dikata lebih islamik. Kalau dulu berkata kononnya kerajaan tak buat apa, maksiat sana sini, tiada apa bentuk pembangunan, harta rakyat dirampas.. tapi bila dah berkuasa tiada pun penambahbaikan yang dilihat hanya kerakusan sahaja.. Jati diri sebagai anak watan Malaysia bergelar bangsa Melayu yang penuh tatasusila hanyut bersama kerakusan. Pokoknya kuasa dan duit dan tambah lagi satu seks.. Tidak kira siapa dan berlatarbelakang siapa. Bila kemaruk kuasa hilang halal haram... erm.. lagi satu golongan yang dikatakan ilmuan agama, tolonglah jaga maruah diri anda agar gelaran ustaz tidak dihina kerana pegangan politik anda yang membuatkan anda bias dalam membicarakan hal agama. Selagi ingin berkuasa tentu ada perlawanan di antara "politik baik" dan "politik jahat". Tepuk dada tanya iman.
Sabtu, 20 Ogos 2011
BUMI DIPIJAK DAN LANGIT DIJUNJUNG
BUMI DIPIJAK DAN LANGIT DIJUNJUNG
'Ali Setan' didakwa hasut kariah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AliSetan_didakwahasutkariah/Article
Respon komen saya di Berita Harian Online 21 Ogos 2011
komen saya pertama:
macam-macam kategori ustaz ada di Malaysia ni.. ada ustaz berjaya jadi ustaz sebab sistem pendidikan kita dan makan gaji dengan kerajaan tapi hentam kerajaan. ada ustaz yang mahu jadi ustaz politik.. tahu halal haram tapi buat fitnah nombor satu.. ada ustaz yang tegakkan kebenaran tanpa memihak parti politi akan dipulau pula, ada nama ustaz tapi ustaz kaki zina dan perogol, ada nama ustaz benteras judi, maksiat dan murtad tetap disanggah oleh ustaz lain.. so ustaz dulu2 yang ajar kita betul2 ikut kitab jer kot yang tak fikir duit dan gelemer yg boleh kita dengar? entahlah,, tanya dada dan iman sendiri....Suka · Seorang
Komen saya kedua:
kerana UMNO ramai yang jadi ustaz dan ramai juga dapat pekerjaan yang baik.. dan ramai juga orang PAS nak jadi kakitangan kerajaan..
6 jam yang lalu · Suka · 2 orang
Komen saya ketiga:
sebagai warganegara Rukun Negara kita kena ikut.. dan Sebagai Islam Rukun Iman dan Rukun Islam ada.. ajar agar kita semua jadi berhemah.. agar Islam itu sentiasa nampak cantik dan mulia.. janganlah kerana kita bersereban dan berjanggut maka orang lain dikata tak Islam.. jangan kata bila ada lambang Islam maka yg lain kafir.. Tuhankan maha mengetahui.. jaganlah kita takbur.. tuduh sebarangan orang tu kafir dan sebagainya.. "biar mati dalam iman" sepatah kata P. Ramlee..
5 jam yang lalu · Suka · Seorang
Bila saya mmbaca komen-komen pembaca akbar berita harian ini.. ada beberapa kategori.. ada yang begitu ekstrim mengutuk pihak yang tak disukai contohnya puak PAS akan mengutuk puak UMNO, ada juga yang mengutuk Berita Harian (BH) sebagai pencetus punca dan menuduh akhbar ini kafir (masyaAllah) dan ada juga yang memihak kepada UMNO dan tak juga berkecuali dengan merasionalkan keadaan. Sebenarnya saya amat hairan dengan sikap bangsa saya yang suka sangat bertelagah dan menuduh sesama sendiri.. bukankah kita orang Melayu punya ketertiban yang tinggi, dan jangan lupa negara kita negara berdaulat punya pemimpin, punya ketua Negeri dan Ketua Negara dan kita juga mendokong Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.
Sebagai umat Islam kita juga ada Rukun Iman dan Rukun Islam di samping ilmu agama yang telah kita pelajari. Bukankah bertambah molek jika perpaduan sedia ada dimurni dan diperkukuhkan..? mengapa ada setimen menolak undang-undang, rukun yang sedia ada.. bukan kah cara begini akan mencetus pergolakkan..? Marilah kita perkuatkan benteng agama kita.. janganlah terlalu nak berkuasa hingga lupa di mana bumi dipijak dan di mana langit dijunjung. Janganlah terlalu rakus hendak merebut takhta yang hanya sementara (di dunia sahaja). Maafkan saya jika kita bukan sealiran tetapi demi Agama, Bangsa dan Negara apa salahnya kita bersatu di bawah satu panji-panji.

Khamis, 18 Ogos 2011
Bila Sang Bunga Menyanyi Rindu
Bila ada sedikit rasa dalam hati
mata nan redup terus layu bila dibuai getiran rindu
sang akal mula berbisik mengoda hati
lalu hati berkata ya aku rindu
lalu mata tanpa segan memaksa bibir untuk tersenyum..
kerana hati mula berbunga
bagai kuntum mekar dan mewangi
dibawa angin meniup lembut
terhidu harum putra nan gagah
ingin saja mengkhabarkan pada alam
bahawa sang bunga sudah menyanyi rindu..
walau mulut berlagu menahan malu
dan katakan saja yang bunga memang sudah rindu..

Rabu, 17 Ogos 2011
Belenggu MERDEKA
Bila menyebut merdeka tertanya di hati saya.. bagaimana erti merdeka kepada setiap orang. Merdeka negara Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris tertera pada 31 Ogos 1957. Ini fakta. Tetapi bagaimana pula kemerdekaan diri dari konflik diri, penjajahan budaya, penjajahan ideologi, penjajahan ekonomi dan penjajahan dari kemelut hasad dengki dalam diri sendiri. Bagaimana harus kita merdekakan diri?
Merdekakah kita kalau kita begitu bebas berkata tanpa rasa segan dan silu dan hanya mengundang padah? Tutur kata kita hanya membawa kepada penjajahan minda dan tiada langsung membawa kebaikan dalam dunia sejagat? Mungkinkah kita beranggapan bila merdeka maka tidak perlu lagi berbicara seperti bicara nenek moyang kita? Atau yang dikatakan merdeka apabila kita sudah berani membicarakan apa sahaja walau mungkin kita tahu ayat yang kita tuturkan itu adalah ayat fitnah?
Atau mungkinkah itu tandanya yang diri kita masih dalam belenggu penjajahan iaitu penjajahan minda? Atau kita sudah merasa malu bila kita kekal dengan jati diri kita sebagaimana budaya resam nenek moyang kita? Adakah ini bermakna diri kita masih dijajah dan penjajah tetap tinggalkan budayanya agar kita terus terjajah walaupun pada lahirnya diri kita telah dimerdekakan?
Bila sebut merdeka terlalu banyak rasanya yang perlu diperkatakan. Saya suka ianya lebih tertumpu kepada individu itu sendiri bagaimana kemerdekaan yang dikehendaki. Merdeka diri akan lebih terasa kalau ekonomi kita mantap, makanya kita boleh sahaja bebas bergerak dan memiliki sesuatu yang kita hajati kerana kita mampu dan tentunya belenggu kemiskinan tidak lagi menjajah hidup kita. Tetapi merdekakah kita kalau kalau orang luar menjadi tuan di rumah sendiri?
Merdeka diri adalah bagaimana kita bersikap positif dalam semua aspek yang bertujuan membawa kebaikan kepada diri, keluarga, sahabat andai, jiran tetangga, negara, bangsa dan agama kita. Merdeka kita kerana kita telah punya pendidikan yang baik dan dapat menilai buruk dan baik sesuatu perkara dan tentunya dengan ilmu yang ada boleh membantu orang lain dari belenggu kekusutan.
Cuma jangan sekali merasa ada yang cuba merdekakan diri dari peraturan yang Allah telah tetapkan. Sempena bulan Ramadhan dan hadirnya Syawal serta ulangtahun sambutan kemerdekaan negara, merdekakan diri kita dari fikiran dan perbuatan yang boleh membawa kepada kehancuran bangsa, agama dan negara yang kita cintai.

Isnin, 15 Ogos 2011
Aku dan Bendera
Hari ini tanggal 15 Ogos 2011, ini bermakna hanya lagi 16 hari ke tarikh keramat 31 Ogos 2011 dan itu tandanya ulang tahun kemerdekaan negara yang aku cintai Malaysia akan genap ke 54 tahun. Aku dan bendera, secara jelasnya diriku dan juga bendera - Jalur Gemilang adalah sebagai satu semangat kesetiaanku, lambang kemerdekaan diriku, di sini tumpah darahku, di sini aku dibesarkan, di sini aku mendapat pendidikan, di sini aku mendapat rezeki, di sini ialah Malaysia negaraku.
Di ruang pejabatku pasti ada bendera kecil mengiringi semangat dan jati diriku. Di rumahku ada bendera besar yang sentiasa berkibar di balkoniku, Di kampungku pasti ibu juga akan mengibarkan bendera di pintu rumah kami. Setiap kali ada acara rasmi, nyanyian lagu Negaraku akan memulakan majlis,, dan tidak ada siapa tahu kalau aku bangga menyanyi dengan hati yang sebak. Aku bangga punya Jalur Gemilang dan bukan hanya sebagai penghias di laman pejabat tetapi penghias semangat jati diriku sebagai anak watan MALAYSIA.
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54.
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54.
Ahad, 14 Ogos 2011
"Rumah Tepi Jeram Dan Berdekatan Dengan Pantai"
Rumah bagaimana impianku? Kalau sesiapa yang bertanya kepada diriku bab rumah, aku tergambar sebuah rumah sederhana yang terletak tidak jauh dari air terjun atau jeram dan di balik jendela rumah, aku boleh melihat pantai memutih dan air laut membiru sambil aku mendengar deruan air terjun/jeram yang mengalir. Semestinya ada jalan raya sebagai jalan penghubung ke bandar.
Kawanku gelak dan gelak... aku pun gelak sama. Aku tidak pasti gelak aku juga sebagai mengiakan bahawa apa yang tergambar dalam anganku itu hanya fantasi dan tidak akan jadi realiti? dan aku gelak sendirian...
Mungkin anganku itu belandaskan kehidupanku semasa di Pulau Pisang. Rumah penginapan kami yang diduduki hanya seketika ketika musim buah mengilhamkan aku. Rumah kami atas bukit dan di belakang rumah kami ada anak sungai yang hanya berair bila musim hujan dan akan mengalir deras sebagai jeram. Sementara di bawah pula ada pantai yang dapat kulihat air pasang dan surut serta mendengar deruan ombak. Itu di pulau yang hanya boleh mendengar bunyi sang tokek dan cengkerek.
Aku dambakan ianya menjadi satu realiti bila berada di tanah besar. Persoalannya di mana lokasinya ada sedemikian? Mungkinkah akan menjadi realiti? sehingga kini aku ingin mencari lokasi serta gambaran dalam dambaan aku itu. Mana tahu kan.. aku bisa boleh berlari anak untuk mandi di jeram dan seterusnya berlari menyusuri anak bukit untuk santai di pantai pula... yang nyata angan aku ini bisa membuat aku tersenyum sendirian.
Langgan:
Catatan (Atom)