Isnin, 1 November 2010

Bila Pengantin Terlebih Gedik

          Melihat keghairahan sambutan majlis perkahwinan sesetengah keluarga amat membimbangkan diri aku.. hati aku bertanya mengapa aku mesti bimbang.. Sebabnya banyak!  

Pertama; aku merasakan sesetengah keluarga ingin menunjuk-nunjuk untuk kelihatan mereka yang terbaik di antara yang terbaik. Kedua: bila ingin terbaik tentunya kos perbelanjaan semakin tinggi, dan tanggungan hutang "bagi yang kurang mampu" tetapi ingin dikata mampu.  Ketiga: Pembaziran - banyak perkara yang remeh tetapi ingin digunakan supaya nampak grand seperti kad jemputan yang cantik dan design yang terkini,  cenderahati (kalau dulu-dulu bunga telur). pelamin, dan macam-macam supaya kelihatan lebih cantik, hebat dan disukai ramai..  

Tetapi perkara yang aku sebut di atas bukan sangat isunya jika sememang itu yang dihajatkan terutama apabila itu adalah satu impian setiap manusia yang sentiasa tak sudah kehendaknya.. Yang lebih membimbangkan aku keletah atau perangai pengantin itu sendiri semasa majlis berjalan.. 

Sakitnya hati aku melihat sepasang pengantin ni.. sampai aku menjerit  kecil agar adalah saudara mara mereka yang perasaan agar menegur supaya pasangan pengantin tersebut bersikap sopan dan tertib.. kata raja sehari.. sepanjang majlis aku lihat pengantin perempuan tersengeh sana tersengeh sini, melambai sana melambai sini walhal yang datang sebagai tetamu  meraikan majlis bukan calang-calang orang.. sebaliknya tetamu pulak duduk sopan dan tertib penuh protokol.. aduh!! bukan setakat semasa arakan pengantin dia bersikap "gedik" tetapi di atas pelamin juga.. manalah kesopanan dan ketertiban mereka ini..

Tak puas hati aku ternyata berterusan apabila seorang sahabat mengulas pengantin yang dilihatnya juga.. tetapi sahabat memuji kerana cantik dan menawan. Bila aku nyatakan pandangan aku seperti di atas, sahabat tadi berkata mungkin si pengantin begitu ghairah almaklumlah majlis gilang gemilang serta sekali gus mendapat pengiktirafan diri.. 

Mungkin benar apa yang dikata oleh sahabat tetapi hatiku tetap berkata andainya ingin mertabatkan budaya bangsa dan sebagai satu cara memperkenalkan tingginya budaya Melayu bukan begitu cara kelaku sepengantin.. Mungkinkah budaya sopan santun, tertib dan lemah lembut itu sepatutnya ada pada diri pengantin supaya tidak dikata orang  "Pengantin Gedik" dan ianya terlipat dalam sejarah bangsa negara. 
Bila hari ini aku terbaca nukilan Maimunah di Utusan Malaysia.. erm.. tak salah apa yang dikatakan oleh beliau dan aku rasa puas hati...