Ahad, 30 Oktober 2011

Bunga-Bunga Di PLPP Bangi (2)

Minat kepada tumbuhan mendorong diriku mengambil gambar-gambar tumbuhan yang ada di perkarangan pejabatku ~ PLPP Bangi. Sejuta terima kasih sebenarnya kepada salah seorang staf yang bernama Puan Lackcumy Devi yang begitu komited menjaga pokok-pokok bunga pejabat ni. Kekemasan dan kesuburan pokok-pokok bunga ini adalah hasil usahanya.
Saya pula akan cari kesempatan untuk mengambil gambar-gambar landskap pejabat bukan sekadar minat saya dalam landskap tetapi ianya juga boleh memberi ransangan idea dan ketenangan di kala stress. Gambar di bawah adalah sekitar di pengkaran pejabat.    




Bunga Kasidang dan disulami juga bunga morning glory. Bunga morning glory adalah pokok bunga yang saya dan dua rakan lain  bersama Tuan Pengarah  membelinya pada tahun 2009 dan Alhamdulillah kini tumbuh subur


Pokok Paku Langsuir di tanam dalam tempayan besar
Bunga Raya Merah


Pokok Pinang



Deretan Pokok Pinang di hadapan Balai Pengawal



Inilah bunga "morning glory" warna purple berdaun besar sementara kudupnya berwarna putih





Bunga Raya





Bunga Kertas (Bougainvillea)


Rimbunan pokok bunga "morning glory dan kesidang"

Sabtu, 29 Oktober 2011

Decor-Decor Ikut Cita Rasa Sendiri..


Petang ni selepas mengemas sangkar Fiona, Miona dan Liona mood untuk mengemas masih ada. Bukan apa, tetiba rajin kerana inilah di antara cara nak hilangkan rasa stress di tempat kerja. Oleh kerana di luar hujan dan guruh maka hari ini tak menjenguk tanaman di luar rumah.
    Aktivitiku mengambil gambar hiasan dalaman tambahan yang baru dibeli minggu lepas. Baru saya sedar rupanya secara tidak langsung saya ni penyimpan koleksi yang berkaitan "cafe". Bermula dari mug yang merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ku sepuluh tahun yang lalu, hingga ke gambar dinding.
    Sebenarnya sudah hampir setahun saya tidak membuat tambahan dalam hiasan dalaman. Kebetulan anak buah datang bercuti ke rumah saya, maka ada peneman untuk membeli barang hiasan. Anak buah pun sama minat dengan saya maka tidak susah untuk saya membuat pilihan. Pilihan saya lazimnya yang murah tetapi tetap cantik di mata saya. Ini lah hasilnya.....

Harga bunga sejambak RM3.20 x 4 = RM12.80
Harga pasu = RM 12.90
Sponge bunga RM1.50
kalau beli yang dah siap gubah tidak lari RM50.00 sejambak












Bunga Dahlia setangkai berharga RM3.90 x 4 tangkai = RM15.60
tambahan kepada bunga Dahlia yang sedia ada 
Gambar sedia ada di tambah 3 hook bercirikan cafe

Hook:
Espresso
Coffee
Cuppuccino






Ini adalah gambar yang saya beli 3 tahun dahulu


Mat berharga RM5.00 sehelai
 


Mug kesayanganku.. berusia 10 tahun

Hiasan dinding.. Gambar Kucing


Sekor itekku telah pecah gara-gara Fiona, Miona dan Liona.
Pada saya hiasan dalaman rumah tidak semestinya mahal asal kita pandai menyesuaikan dengan suasana atau tema yang kita minati. Lain orang lain cita rasanya maka itu daya kreativiti seseorang individu adalah unik. Mungkin tidak indah pada pandangan mata orang lain tapi ianya satu kepuasan kepada pemilik rumah. Apa pun hargai bakat anda! 
      

Khamis, 27 Oktober 2011

Buah Hatiku Fiona,Miona dan Liona

Nampaknya saya akan mengisi masa dengan melayan karenah si Fiona, Miona dan Liona.  nampaknya pengganti Viat telah ada.. Tiga ekor anak kucing baru berumor satu bulan yang dihantar oleh seorang sahabat lama.
Panggilan telefon dari Gee pada petang Isnin menyatakan akan  datang ke rumahku lewat petang dan akan membawa empat ekor anak kucing untuk saya pilih yang mana saya berkenan. Alamak, perkataan yang mana "saya berkenan" mengundah resah di hatiku. Bukan apa tidak tergamak rasanya nak pilih-pilih..
Tidak lama sebelum Maghrib Gee telah sampai dengan membawa empat ekor anak kucing baka tempatan yang comel-comel. Bila melihat gelagatnya saya mula rasa seronok dan bercadang untuk membela kesemuanya. Tidak sampai hati rasanya hendak memisahkan ke empat beradik ni dan rasa resah saya petang tadi memang benar terjadi.
Walaubagaimana pun sahabat saya hanya mengizinkan tiga ekor dengan alasan seekor untuk menemankan  seekor lagi di rumah dan takut ibunya tercari-cari.
Saya akur dan menerima tiga ekor dengan syarat dia yang memilihkan utuk saya. Tiga ekor anak kucing ni akhirnya saya beri nama ~ Fiona, Miona dan Liona.

Ini FIONA ~ muka sebelah cerah dan sebelah bertompok.. Paling suka posing.. kuat tidur dan paling kuat merengek..  


Liona yang geram minta dibawa keluar dari kandang

LIONA~ Bulunya agak panjang dan lebat.. matanya dan bulu hampir sama warna dan menyebabkan matanya kelihatan tidak nampak.. Liona ni agak agresif berbanding Fiona dan Miona. 
Ini Miona ~ Paling cool, manja dan mudah untuk diajak posing.. 

Selepas mandi.. Miona dan Fiona pantang tenguk kamera tapi Liona macam biasa selaber jer..














Selepas mandi ~ Masing-masing merengek nak kuar kandang.

 
.  

Sabtu, 22 Oktober 2011

Bila Jatuh Cinta

Hari ini sengaja nak membuat kelainan dalam menyingkap perasaan yang tersembunyi di sebalik wajah-wajah orang yang dilamun cinta.. mungkinkah perasaan dan tingkahlaku ini menjadi pengisi waktu seharian selagi cinta masa wujud di dada..?

        Rajuk VS Pujuk
        Malu VS Mahu
        Rindu VS Temu
        Cemburu VS Keliru
        Bahagia VS Derita
        Sengsara VS Ceria
        Merana VS Laksana
        Manja VS Ngada
        Tidur tak lena VS Jaga pun tak kena
        Termimpi-mimpi VS Ternanti-nanti
        Terbayang-bayang VS Dihalang-Halang
       
Rasa cinta adalah anugerah dan ianya fitrah kepada bernama manusia. Perasaan ingin disayang dan menyayangi, dimiliki dan memiliki serta disulam rasa nafsu ingin bersama akan membuat manusia kadangkala hilang kawalan diri. Moga cinta itu kudus dan bukan semata nafsu dan biarlah cinta itu disulami restu...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Tiada Yang Indah Bila Hati Gundah

Tiada yang indah bila hati gundah,
Tiada yang cantik bila hati sakit,
Tiada yang lawa bila hati tawar,
Tiada yang manis bila hati bengis

Alangkah indahnya kalau:

Hilang gundah bila dilihatnya itu indah,
Terubat hati yang sakit bila dipandang itu cantik,
Hati yang tawar akan ceria bila diri menjadi lawa
Hilang bengis di hati apabila berdepan wajah yang manis...

Sabtu, 15 Oktober 2011

Bila Laungan Takbir Salah Tempat

Kita pun sedia maklum ketidak ikhlasan c guan eng ni.. dah tentu dia cina memang hati budi dia cina dan kapir.. yang hairan malaon-malaon di kalangan ahli pas ni.. sanggup meletakkan tinggi martabat c guan eng ni sama taraf dengan orang yang beriman dengan bertakbir. Ya Allah sesungguhnya sudah buta dan tidak berimankah pengikut pas ni.. Adalah lebih elok bertakbir bila ada mangsa penceraian di kalangan ISLAM di kelantan tu gara-gara tak sebulu dek parti politik..bertakbir kerana ada yang bergaduh sesama ISLAM dek berlainan fahaman politik, bertakbir dek hak melayu di pulau pinang tu semakin terhapus, bertakbir kerana ada pemimpin yang durjana mengutamakan fitnah, berbohong, berzina, meliwat, bini orang bini dia, rasuah dan bodoh mentadbir, bertakbir bila negeri diperintah selama lebih 20 tahun tak ada kemajuan sehingga rakyatnya keluar cari makan di negeri lain, bertakbir dek ada pemimpin yang gila kuasa dah terlalu lama jadi MB.. aduhai... janganlah mempermainkan nama Allah di salah tempat.. bosan sudah pada PAS, PKR dan DAP ni...

Komentar saya  di atas ekoran isu adab Gueng Eng minta maaf dan petikan MiM berkaitan isu tersebut seperti di bawah:

"Dan ketika Guan Eng merah muka memekik tentang perlembagaan dan sebagainya, ada ahli PAS yang berteriak Allahuakbar !Allahuakbar? Kepada Cauvinis DAP?
Alahai...." ~MiM~

Ahad, 9 Oktober 2011

Antara Dirimu Dan Diriku Ibarat Air Dan Api

Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
yang berbeza rupa
berbeza watak
berbeza impian

Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
di kala aku menjadi air
yang bisa mendidih dek hangatmu
bisa kering dek panasmu

bukan kerana bencinya aku padamu
adanya rasa cinta dan setia
rela sahaja aku dididihkan
mahu pun panas hingga kering

Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
di kala aku panas membara
tersedak dek percikan halusmu
aku lemah dek gurauanmu
dikala aku menyala marak
keikhlasanmu menyejukkanku
luluhan kasih sayangmu
lalu aku terkedu dek kelembutanmu

Antara kau dan aku
kini aku mengerti
kiranya aku air kau bisa menjadi api
kiranya aku api kau bisa menjadi air
aku ingin terus begini
kerana aku tahu bila aku api dan kau api
akan bisa marak membakar yang lain
bila aku air dan kau air
akan bisa mengelami sungai indah
akan aku akur bersama fitrah
antara engkau dan aku
adalah pelengkap alam
kehendak Illahi.

Kembalikan Semangatku

Kembalikan semangatku
aku ingin seperti dulu
berlari di lingkungan sang pelangi
sambil mengapai awan
disaksikan sang suria yang tersenyum
sang bayu meniup lembut ke telingaku

Kembalikan semangatku
aku ingin seperti sang burung
terbang riang sambil berlagu rindu
menyapa hati yang sedang sayu
pasti tersenyum malu bila mendengar lagu rinduku

Kembalikan semangatku
aku ingin seperti dulu
menyanyi lagu rindu
bersama puisi yang mendayu
dan aku tahu hala tujuku..

Isnin, 3 Oktober 2011

Impian Seorang Nelayan

Artist: M Nasir
Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakanm
 
Lagu di atas mengamit aku untuk menulis sesuatu..
Laut dan kisah nelayan bukan asing dalam hidupku. Stigma kehidupan para nelayan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang masih terlekat dalam masyarakat. Teknologi moden masih tidak mampu menguasai keseluruhan dalam bidang pekerjaan mulia ini. Masih ramai yang menjadi nelayan pantai. Pernah tak kita menyelami hati dan impian para nelayan ini. Jiwanya besar, tenaganya kuat, semangat beraninya tinggi dalam menempuh badai dan taufan demi menghasilkan pendapatan diri. Atas usaha nelayan rezeki berlauk ikan, udang, sotong, ketam dan lainya dari laut dan sungai kita perolehi.  Bayangkan tanpa nelayan, di mana kita perolehi sumber protein yang paling banyak untuk kita makan...?  Janganlah hanya kita berduit, mudah sahaja kita menunjuk ikan mana yang kita sukai untuk santapan tanpa teringat jerit perit para nelayan menentang badai dan ombak. Untuk para nelayan tidak kira di mana berada, sekalong doa kesejahteraan untuk anda semua..   

Ahad, 2 Oktober 2011

Pemimpin Laknat Dunia Tidak Selamat

Bila hati terbakar
Otak mula bergolak
Syaitan sudah jadi penahsihat
Bila pemimpin berdendam kesumat
Hilang kata penuh semangat
Hasad dan dengki penuh khianat
Rakyat jelata hidupnya tenat
Dengar nama pun terasa penat
Bila Allah murka dan melaknat
Dunia semakin tidak selamat
Maka hanya menanti hari kiamat.

Khamis, 29 September 2011

Bila Keretaku Dimasuki Orang

Peristiwa pada 22 September 2011 di kawasan parking Pasar Awam Kajang, Selangor. Pertama kali menjejak kaki di Pasar Awam Kajang. Berada di dalam pasar membuatkan saya teruja kerana seronok melihat sayur-sayuran yang segar dan boleh kata segala mak nenek sayur semuanya ada. Niat di hati nak beli ikan tetapi melihat harga  ikan seolah tidak setimpal dengan rupanya membuatkan aku membatalkan niatku. Maka aku  hanya membeli daun pudina untuk ulaman laksaku sementara sahabatku CT pula membeli tomato. 

Sebaik sahaja selesai membeli sayuran kami bergegas keluar dari pasar setalah lebih kurang 15 minit berada dalam pasar. Kami menuju ke parkir. Dalam jarak 2 meter dari keretaku, aku terpandang seorang wanita Melayu berusia lewat 40an bertudung menghampiri keretaku dan terus membuka pintu keretaku. Aku bergegas ke keretaku dan memerhati plat nombor keretaku dan ternyata sahih keretaku. Aku terus meluru ke pintu kereta dan mengherdik wanita tadi "hey! ini kereta saya lah!" wanita ini memandangku dan keluar dengan wajah selamba lalu berkata "eh,, maafkan achik.. patutlah saya susah buka dan tak boleh nak start". Aku menjadi pelek dan rasa kehairan dan pelbagai persoalan yang menerpa akalku. Aku memeriksa kunci keretaku, confirm ada di beg tanganku dan aku terus merampas kunci kereta wanita dan aku dapati memang kunci kereta Gen2.

Kebetulan samasa kecuh-kecuh, seorang pakcik yang berada dalam sebuah kereta di sebelah keretaku keluar dari kereta dan bertanya apa yang berlaku. Saya menerangkan bahawa wanita ini telah membuka kereta saya dan pak cik itu memberi isyarat supaya saya berhati-hati dan dia turut sama bertanyakan kepada wanita tersebut mana keretanya sebenar. Wanita itu akhirnya menunjukkan kereta yang berada di sebelah kereta pak cik tersebut yang warnanya hampir sama dengan keretaku. Wanita itu kemudian meminta kad parking yang berada dalam keretaku yang diletakkan bahagian depan sebelah pemandu. Sahabatku memerhatikan nombor tiket parkingnya adalah sama nombor plat keretanya.

Pak cik tadi berkata kepadaku wanita itu kelihatan jujur dan mungkin benar dia salah kereta, eloklah kamu berkenalan dan pak cik itu menuju masuk ke dalam pasar. Pemerhatianku memang wanita itu kelihatan jujur aja. Wanita itu kemudiannya datang menghampiri aku dan meminta maaf sekali lagi. Hairannya, aku boleh tersenyum dan bermaaf dengan wanita tersebut walaupon dalam kepala otak ini pelbagai persoalan yang timbul. Di antara persoalan yang timbul;

Bagaiman dia telah meletakkan tiket parking ~ tiket parkingnya adalah tertera no plat  W*C 4*61 dan tentunya tiket parking itu wajib dipamerkan. Ini bermakan wanita ini sudah dua kali masuk dalam keretaku. Pertama semasa meletakkan tiket parking dan kali kedua dia masuk untuk balik. Kalau benar dia tak perasan bahawa kereta itu bukan kereta orang lain, hairan saya kerana di dalam keretaku terdapat barang yang boleh dilihat yang menunjukkan bukan miliknya. Lagi satu yang menghairankan aku, kalau benar dia pergi ke pasar tetapi tidak kelihatan pon barangan yang dibelinya.Persoalan besar, bagaimana kunci keretanya boleh membuka pintu keretaku sedang yang aku faham setiap kereta adalah berbeza kuncinya.
Reaksi wanita itu juga bersahaja dan kelihatan relax aja.. adakah sememangnya telah menjadi kebiasaan dengan lebih tepat memang itu profesionnya?

Ramai yang memberi maklumbalas kepadaku, bahawa ianya adalah modius operandinya dan kawasan Kajang amat popular dengan pelbagai kejadian yang sebegini.
Aku terfikir selepas kejadian, kenapa aku tidak membuat laporan di Balai Polis. Manalah tahu jika benar bahawa kejadian ini adalah satu sendikit mencuri kereta dan sekurangnya aku telah membantu pihak polis mengatasi masalah sendikit curi kereta. Walau bagaimana pon  aku masih berharap wanita itu tersalah kereta kerana mungkin faktor umor atau buta warna atau ketika itu dia sedang celaru dan akhirnya tersalah kereta.  Tetapi akal aku menyatakan pula tak kan kunci kereta boleh sama? Dan mungkin juga dia psiko mangsa dengan status sebagai wanita Melayu Islam yang bertudung, bergaya dan berwajah baik.  

Aku pon pernah tersalah kereta, tetapi bila aku perasaan yang aku tersilap, aku betul gelabah biawak dan merasa tersangat malu, banyak kali aku minta maaf pada tuan punya kereta yang kebetulan memang berada di belakang aku. Hairannya wanita ini relax sangat. Selepas kejadian itu, aku telah mengambil langkah-langkah keselamatan.. Harap semua pembaca mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Ahad, 18 September 2011

Nilai Kasut Si Kaya & Nilai Atap Rumah Si Miskin

RM1000.00 tunai? Kepada sang kaya, apalah sangat.. shopping di Suria KLCC mungkin hanya dapat sepasang kasut berjenama.. bagi lelaki kaya setakat RM1000.00 hanya semalam nikmat bersama "bini sementara" di hotel. Apalah sangat jika nilai RM1K berbanding pendapatan RM1M sebulan.  

RM1000.00 bagi mereka berpendapatan sederhana dan orang miskin yang tahu memperggunakan kepada jalan yang betul ianya amat tinggi nilainya. Dari RM1K boleh bayar ansuran motor, boleh beli beras sekampit, boleh beri barang dapur untuk sebulan, boleh menyara anak sekolah, boleh beli ubatan bila sakit pening, boleh sedekah anak yatim, dan boleh juga disimpan di Tabung Haji. 

RM1000.00 bagi yang mengganggur dan kaki judi pula bagaimana? Tanpa jawapan panjang lebar ianya tidak berhasil dan tidak perlu dijawab.
Bagaimana golongan kaya jika nilaian 1K itu dijadikan sebagai sumbangan kepada fakir miskin atau menyalurkan kepada perkara yang berfaedah melalui program-program kemasyarakatan tentunya banyak menafaat. InsyaAllah semua kategori manusia boleh menikmati hasil sumbangannya itu.

Kadang terfikir saya nilaian sepasang kasut sama nilaiannya jika atap rumah simiskin diganti. Nilaian sepasang kasut yang mungkin hanya dipakai sekali atau dua kali dan pasti selepas itu akan berganti dengan fesyen yang terkini.  Sedangkan atap rumah boleh bertahan bertahun-tahun dan dapat melinduungi penghuninya yang mungkin lebih dari 10 orang,

Perbandingannya ini mungkin ada yang mengatakan rezeki orang berbeza-beza. Tetapi haruskah kita membazir sedangkan kita tahu rezeki kita adalah juga milik orang lain..

Kemiskinan VS Keharmonian

Tertarik dengan Cerekarama TV3 bertajuk "Bara Cinta Ramadan" yang disiarkan sebentar tadi. Tidak sedar air mata mengalir melihat bagaimana  anak-anak yang memahami akan kesusahan ayahnya mencari rezeki. Ketabahan seorang isteri yang mengerti tanggungjawab suami yang sentiasa berusaha mencari rezeki walau dia tahu gaji yang diterima suami  tidak mencukupi menyara keluarga. Keikhlasan seorang sahabat yang sudi mendengar keluh kesah dan membantu sahabat yang terhimpit masalah.  Jika pemahaman dan ketabahan ini sentiasa ada mungkin segala dugaan hidup akan dapat diatasi dengan tenang.
 
Kemunculan watak seorang ibu mertua yang mendesak agar menantu dapat menyediakan peralatan rumah, barang kemas dan persiuapan hari raya membuatkan kehidupan bekeluarga menjadi konflik. Tambahan pula bila ada di kalangan ahli keluarga sendiri yang berharta dan mampu tentunya akan menjadikan satu perbandingan. Rasa rendah diri dan terhina setidaknya memberi tekanan dalam kehidupan. 
Kisah begini adalah satu yang normal dalam masyarakat. Apa yang ingin saya katakan di sini, perlukah kita terlalu campur tangan dalam urusan anak menantu sehingga menyebabkan anak menantu tertekan dan mengurangkan kemanisan dalam bekeluarga. Dalam persoalan ini adakah kemiskinan itu tidak membahagiakan dan adakah hanya yang beharta akan bahagia?

Miskin dan bahagia adalah satu yang berbeza. Semua orang ingin berharta dan bahagia. Kehidupan manusia bukan semuanya indah dan dugaan dalam kehidupan itu adalah satu ujian dari Allah S.W.T. Walaupun mungkin miskin dari harta benda tetapi jika kaya dengan kasih sayang dan adanya pengertian tentunya ada sinar bahagia juga. Jika kemewahan melimpah ruah tetapi sentiasa wujud konflik akan timbul pula keinginan untuk mencari bahagia. Pokok pangkalnya manusia itu sendiri perlu berusaha untuk mengubah akan nasibnya. Usaha untuk mengubah nasib ini  perlu ada kekuatan jiwa,  fizikal di samping dorongan dari ahli keluarga dan tawakal. InsyaAllah walaupun mungkin miskin tetapi ada dorongan usaha dan kasih sayang tidak mustahil keluarga yang dibina akan harmoni.

Selasa, 13 September 2011

AKU DISIHIR?

Terjemahan surah al-Falaq:
Ayat 1 - 5
1. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (Yang Menguasai waktu) subuh.
2. Dari bahaya (kejahatan) makhluk.
3. Dan dari bahayanya (kejahatan) malam apabila telah gelap.
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan.
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila ia dengki.

Sejarah ayat di atas diturunkan ketika Rasulullah telah disihirkan oleh seorang pemuda yahudi.  Terdetik hati aku, sedangkan Rasulullah disihir apa tah lagi manusia di zaman ini.  Agaknya selagi  ada hasad dan dengki maka perbuatan sihir akan sentiasa menjadi mainan manusia yang kurang imannya.

Terkenang peristiwa pada bulan 2 Mac 2011 apabila bangkit dari bangun tidur tiba-tiba bahagian pinggang sebelah kiriku mula terasa sakit namun aku gagahi juga dan menganggap sakit biasa. Pulaknya ketika itu aku mengikuti kursus.  Dua hari selepas tamat kursus secara tiba-tiba aku tidak boleh rukuk semasa solat maghrib dan berlanjutan sakit dari pinggang turun hingga ke lutut dan membuatkan aku tak boleh bergerak. 

Pertolongan rakan akhirnya aku di bawa ke klinik tetapi doktor di klinik menyarankan aku pergi ke hospital.  Kesakitan bahagian paha dan lutut semakin terasa dan bagaikan ada hirisan yang mengiris daging di dalam pahaku. Keesukan hari sekali lagi pergi ke klinik dan doktor merawat hanya memberi ubat penahan sakit. Hari ketiga terlalu sukar untuk naik tangga dan turun tangga dan sekali lagi atas pertolongan rakan sekerja akhirnya aku dihantar mendapat rawatan doktor untuk kali ketiga. X-ray menunjukkan seolah tiada apa yang berlaku dan akhirnya aku dirujuk ke hospital pakar tetapi kena menunggu hampir sebulan lamanya setelah appointment  dijalankan untuk mendapat rawatan pakar. 

Sementara menunggu rawatan pakar aku terpaksa memohon cuti untuk balik berehat di kampung.  Ahli keluarga banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku. Ketabahan menjagaku serta doa mereka menguatkan semangatku. Seminggu berehat di kampung aku kembali bertugas dalam keadaan masih sakit dan berjalan macam robot.

Appointment di klinik pakar othopedik akhirnya tiba. Filem Xray seperti dijangkakan tidak banyak membantu dan akhirnya aku dirujuk bahagian Rehabilitasi untuk menerima fisioterapi. Fisioterapi aku ikuti dengan disiplin yang baik seperti dijadualkan. Dalam keadaan  fizikal yang demikian amat membataskan pergerakkanku.  Terpaksa kulupakan kasut tumit tinggiku buat seketika.. Keinsafan meresapi naluriku apabila terpaksa solat secara duduk dan aku redha segala dugaan yang diberikan.
 
Atas simpati beberapa staff dan mereka menyarankan agar aku membuat rawatan secara ruqqayah. Hatiku mula terbuka untuk pergi membuat rawatan. Aku sendiri hairan boleh hatiku terbuka kerana aku jenis manusia yang kurang berminat dalam bab-bab rawatan sama ada berjumpa doktor, apa lagi yang cara alternatif ni sedangkan nak makan ubat pun satu pekara yang aku tak suka. 

Diringkaskan cerita aku pun pergi mendapat rawatan dari perawat tersebut sebanyak tiga kali. Bila berjumpa kali pertama perawat tersebut, beliau bertanyakan apa sakit ku, dan adakah aku pernah bermimpi yang mengerikan dan apakah pekerjaanku. Setelah aku menjawab semua pertanyaannya maka memintaku mengambil buah limau nipis yang aku bawa dan bermula rawatannya.  

Diringkaskan cerita aku mendapat rawatan sebanyak tiga kali dan kali kali pertama terdapat dua mata pisau gilet dikeluarkan dari limau nipis, kali kedua dua bilah jarum keluar dari telor dan kali ketiga gumpalan benang kuning dan hitam serta air kotoran keluar dari belahan limau nipis.  Aku begitu tenang melihat benda-benda pelik yang berjaya dikeluarkan dari tubuh badanku, sebaliknya pengunjung yang lain merasa terkejut melihat barang yang telah dikeluarkan. Walaubagaimana pun perawat tersebut tidak menyatakan siapa empunya angkara aku disihirkan sedemikian. Aku redha apa yang berlaku.

Terdapat sedikit perubahan pada diriku di mana aku sudah boleh tidur lena dan mimpi yang mengerikan juga sudah tidak mengiringi tidurku, namun rasa sakit di paha dan lutut tetap ada sehingga hari ini. Menariknya setelah lima bulan berlalu, secara tidak terduga apa bila aku mengunjungi seorang sahabat lamaku.  Kebetulannya sahabatku ini telah "diresapi" dan menyatakan bahawa kesakitan kakiku adalah disebabkan adanya jarum yang dikeluarkan gara-gara perbuatan sihir oleh seseorang yang mempunyai hasad dan dengki kepadaku. Secara tiba-tiba sahabatku ini diresapi oleh roh yang menyihirkan aku. Roh yang menyihirkan aku memperkenalkan namanya dan menyatakan tujuan menyihirkan aku. Aku terkedu dan merasa hiba kerana nama yang aku dengar itu bukan asing bagiku. 

Menghairankan aku juga bagaimana sahabat lama ku ini mengetahui nama  orang tersebut sedangkan aku langsung  tak pernah cerita berkaiatan masalah dalam hal harianku. Roh orang tersebut mengakui amat membenci dan mencemburui aku  kerana aku dianggap sebagai pesaing dalam kerjayanya. Pengakuannya juga menyatakan sengaja menyihirkan supaya aku lumpuh dan kalau boleh supaya aku berhenti dari bekerja. Pengakuannya itu amat memilukan hati aku. Jika benarlah apa yang aku alami ini gara-gara angkaranya, betapa tidak berimannya hamba Allah tersebut. Aku terkedu dan agak terkilan namun begitu aku tidak pula rasa marah dan berdendam. Dalam keadaan situasi itu aku sentiasa mengimbangi  diriku supaya sentiasa dalam keadaan yang rasional  dengan melihat perkara yang baik-baik yang ada pada hamba Allah tersebut. 

Aku juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sangat apa yang berlaku dikhuateri wujud fitnah dan merenggangkan hubungan. Aku sentiasa meletakkan peristiwa ini hanya sebagai petunjuk untuk lebih berhati-hati dan tentunya berlaku adalah dengan izin Allah jua. Aku pegang kata bondaku supaya sentiasa beringat, dan percaya kepada kekuasaan Allah. Apa yang berlaku biarlah berlaku.  Aku berserah kapada Allah S.W.T.  Kiranya benar aku disihirkan oleh hamba Allah tersebut biarlah Allah yang menentukan segalanya dan aku berdoa agar dia kembali kepercayaan dan beriman kepada Allah.
Allahu Akbar.