Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Ahad, 23 Januari 2011

AYAHENDAKU ABDUL RAOOF BIN JABIR@TUAKA



 AYAHANDAKU
ALLAHYARHAM ABDUL RAOOF BIN JABIR@TUAKA
 BIN TUASEMEK BIN TUALUQ BIN  TUAWELLANG 
(AL-FATIHAH)
(19 Jun 1921 - 24 Julai 2003)

Bisakah Aku Mewarisinya?
Masih kuingat senyuman manismu
bila berbicara
masih terbayang renungan tajammu
bila kau marah
masih terpahat kata hikmahmu 
bila kau berpesan
masih dalam ingatanku bila kau bersila panglima
bersama  hidangan memuji Illahi
 dan pastinya 
semuanya itu
sesegar bayu bertiup lembut 
dalam memori indahku

Aku tahu 
tabahnya engkau
dalam onak dan ranjau duniawi
 hidupmu pernah bersalut emas dan ringgit
ditatang 
dimulia
yang bisa menggelapkan mata setiap musuh
kau tetap tersenyum 
walau hatimu luka

Aku tahu
di sebalik senyum dan cahaya mata kudusmu
biasa dimengertikan
engkau putra berhati walang
tanpa ada rasa dendam
kata hikmah nenek moyang jadi pusaka
biar harta hilang jika bisa penyelamat nyawa

Bisakah aku menjadimu
seikhlas nama mu tercipta
hamba yang pemurah?
Ya Ar-Raoof kau bisa menurunkan sifatMu
kepada hambamu  Abdul Raoof...

Ayahandaku...
Aku juga ingin sepertimu
mewarisi sifatNya
tetapi bisa kah aku?

 

Selasa, 28 Disember 2010

Kes Kerasukan

Rasanya bila kerasukan tubuh badan akan lemah longlai.. begitulah apa yang aku perhatikan terhadap seorang sahabatku yang kerasukan..
Tiba-tiba berubah watak dan wajah.. Wajah yang riang bertukar menjadi suggul lalu merepek..mengilai dan merungus.  ah baru sebentar tadi sahaja dia galak becerita..  Keadaan yang pelik begitu membuatkan aku bertindak pantas membaca surah yang termampu aku baca yang pastinya surah 3 Kul. Apa yang membuat aku gelak besar bila diperlekehkan apa yang aku baca dengan mengatakan aku manusia bodoh walaupun dia menutup telinga dan berkata panas! panas!..
Meneruskan bacaan dengan surah Yassin dan Ayatul Kursi sekali lagi aku dijerit dan dia menutup telinganya.. langsung tak mahu mendengar.  Malah mencabarkan aku bahawa aku sengaja memberi kesakitan kepada mangsa..
Tiba-tiba wataknya berubah dengan memberi salam dan beristigfar.. memperkenalkan dirinya adalah nenek berasal dari Bukit Seguntang dan meminta membaca surah Al-Fill dengan terang dan tertib agar Jin yang merasuk mangsa akan keluar.  Peliknya Jin Kapir dan Nenek silih berganti berada dalam tubuh badan mangsa tadi.
Setelah membaca surat Al-Fill tiba-tiba mangsa merebahkan badan dan meronta-ronta sambil menjerit panas! panas!. Meneruskan bacaan secara beramai-ramai dengan terang dan tertib menyebabkan mangsa berguling-guling kepanasan.. sehinggalah mangsa tersedar.. Alhamdulillah selamat adanya.
Hari ini amat meneruja diriku.. aku terpaksa berhadapan dan berkomunikasi dengan Jin yang menyerap dalam badan manusia. Aku terpaksa nekad dan berani walaupun aku rasa seluruh badanku seram sejuk dan bulu romaku naik berdiri.  Pengalaman ini membuatkan aku terfikir bahawa kita perlu belajar sesuatu untuk pendinding dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan tidak kira yang zahir atau yang batin. Maha kuasa Allah yang mengizinkan apa jua yang berlaku terhadap hambaNya.

Rabu, 13 Oktober 2010

Pulau Pisang



KISAH - PULAU PISANG - 1

Mengimbau kembali kenangan semasa kecilku.. bersama aruah Bak "Allayarham Abdul Raoof" Bak adalah panggilan kami adik beradik kepada  ayah kami yang tercinta.. seorang bapa yang cukup penyayang dan kukenali sebagai seorang bapa yang berhemah.. 

Ketika kami kecil dulu  bersama kekandaku - Nor Fifah, adikku Julie, Awaluddin dan yang bongsu Siti Khatijah.. kami akan balik ke Pulau Pisang apabila tiba musim buah-buahan.. satu masa yang amat kunantikan.. sebab aku terlalu suka mandi laut di tepi pantai, suka bersihkan kolam, suka menyusur pantai berbatu untuk mencari karangan laut, suka panjat bukit untuk memungut buah mangga, kuini, durian dan cempedak. 

Bila mengingatkan aruah Bak paling aku suka apabila Bak menebang pokok buluh di lereng bukit dan dari kejauhan aku boleh dengar dentuman pokok buluh yang telah di bakar... Kudrat orang tua dan orang-orang tua dahulu amat kuat hanya berbekalkan parang panjang dan kapak bukit belentara dapat terang dan menghasilkan satu warisan generasi kini..

Aku amat merindui suasana ini.. aku tahu ibuku Hajah Kalsom juga amat merindui saat manis bersama suaminya ketika menemaninya semasa menebas dan menebang pokok buluh di lereng bukit.  Bersama melihat kepulan asap dari pantai sambil memerhatikan kelebatan buah mangga yang menjadi punca rezeki keluarga. Tentunya mereka memikirkan inikah warisan untuk anak bangsanya.. sedangkan aku ngan adik beradik yang lain terlalu seronok dan ketawa kerana dibadai ombak ketika berenang di pantai yang berbatu..

Aku amat merinduimu Bak.. AlFatihah - Abdul Raoof bin Jabir@Tuaka (1921-2003)

 

Ahad, 12 September 2010

Raya

hasilnya...... burasak yang siap di bungkus
zeera... tekun membungkus burasak

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum wbkt..
Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut syawal 1413 dengan penuh kegembiraan.. Perjalanan balik kampung memang memenatkan tetapi panggilan kampung lebih kuat.. yerlah bila balik kampung boleh jumpa sanak saudara, rakan taulan... tapi yang paling terfikir bagaiaman nak buat persiapan hari raya.. Paling pasti mengemas rumah.. almaklumlah hanya ibu yang telah tua dan cucu yang tinggal.. jadi banyak perkara yang telah terlepas pandang..

Sawang, barang-barang yang perlu dilupuskan..pasang langsir, ganti sarung kusyen, pasang karpet jadi agenda.. bila dah berkumpul ramai-ramai mulalah gotong royong.. satu kumpulan bahagian pengemasan dan satu kumpulan pula buat Burasak,Pakloi, Lepat dan Ketupat. Kumpulan buat buat burasak lazimnya sehari sebelum raya.. dalam masa yang sama menyiang daging, ayam dan ikan parang satu kemestian. beginalah gamatnya apabila nak beraya...