Rabu, 13 Oktober 2010

Pulau Pisang



KISAH - PULAU PISANG - 1

Mengimbau kembali kenangan semasa kecilku.. bersama aruah Bak "Allayarham Abdul Raoof" Bak adalah panggilan kami adik beradik kepada  ayah kami yang tercinta.. seorang bapa yang cukup penyayang dan kukenali sebagai seorang bapa yang berhemah.. 

Ketika kami kecil dulu  bersama kekandaku - Nor Fifah, adikku Julie, Awaluddin dan yang bongsu Siti Khatijah.. kami akan balik ke Pulau Pisang apabila tiba musim buah-buahan.. satu masa yang amat kunantikan.. sebab aku terlalu suka mandi laut di tepi pantai, suka bersihkan kolam, suka menyusur pantai berbatu untuk mencari karangan laut, suka panjat bukit untuk memungut buah mangga, kuini, durian dan cempedak. 

Bila mengingatkan aruah Bak paling aku suka apabila Bak menebang pokok buluh di lereng bukit dan dari kejauhan aku boleh dengar dentuman pokok buluh yang telah di bakar... Kudrat orang tua dan orang-orang tua dahulu amat kuat hanya berbekalkan parang panjang dan kapak bukit belentara dapat terang dan menghasilkan satu warisan generasi kini..

Aku amat merindui suasana ini.. aku tahu ibuku Hajah Kalsom juga amat merindui saat manis bersama suaminya ketika menemaninya semasa menebas dan menebang pokok buluh di lereng bukit.  Bersama melihat kepulan asap dari pantai sambil memerhatikan kelebatan buah mangga yang menjadi punca rezeki keluarga. Tentunya mereka memikirkan inikah warisan untuk anak bangsanya.. sedangkan aku ngan adik beradik yang lain terlalu seronok dan ketawa kerana dibadai ombak ketika berenang di pantai yang berbatu..

Aku amat merinduimu Bak.. AlFatihah - Abdul Raoof bin Jabir@Tuaka (1921-2003)