Selasa, 28 Disember 2010

Kes Kerasukan

Rasanya bila kerasukan tubuh badan akan lemah longlai.. begitulah apa yang aku perhatikan terhadap seorang sahabatku yang kerasukan..
Tiba-tiba berubah watak dan wajah.. Wajah yang riang bertukar menjadi suggul lalu merepek..mengilai dan merungus.  ah baru sebentar tadi sahaja dia galak becerita..  Keadaan yang pelik begitu membuatkan aku bertindak pantas membaca surah yang termampu aku baca yang pastinya surah 3 Kul. Apa yang membuat aku gelak besar bila diperlekehkan apa yang aku baca dengan mengatakan aku manusia bodoh walaupun dia menutup telinga dan berkata panas! panas!..
Meneruskan bacaan dengan surah Yassin dan Ayatul Kursi sekali lagi aku dijerit dan dia menutup telinganya.. langsung tak mahu mendengar.  Malah mencabarkan aku bahawa aku sengaja memberi kesakitan kepada mangsa..
Tiba-tiba wataknya berubah dengan memberi salam dan beristigfar.. memperkenalkan dirinya adalah nenek berasal dari Bukit Seguntang dan meminta membaca surah Al-Fill dengan terang dan tertib agar Jin yang merasuk mangsa akan keluar.  Peliknya Jin Kapir dan Nenek silih berganti berada dalam tubuh badan mangsa tadi.
Setelah membaca surat Al-Fill tiba-tiba mangsa merebahkan badan dan meronta-ronta sambil menjerit panas! panas!. Meneruskan bacaan secara beramai-ramai dengan terang dan tertib menyebabkan mangsa berguling-guling kepanasan.. sehinggalah mangsa tersedar.. Alhamdulillah selamat adanya.
Hari ini amat meneruja diriku.. aku terpaksa berhadapan dan berkomunikasi dengan Jin yang menyerap dalam badan manusia. Aku terpaksa nekad dan berani walaupun aku rasa seluruh badanku seram sejuk dan bulu romaku naik berdiri.  Pengalaman ini membuatkan aku terfikir bahawa kita perlu belajar sesuatu untuk pendinding dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan tidak kira yang zahir atau yang batin. Maha kuasa Allah yang mengizinkan apa jua yang berlaku terhadap hambaNya.