Khamis, 11 Ogos 2011

Bila Aku Jadi Pemerhati Pada Zaman Yang Rakus


Bila Aku Jadi Pemerhati Pada Zaman Yang Rakus

Bila aku pemerhati pada zaman yang rakus;
Ramai Ingin bertakhta tanpa mahkota
Istana Putra idaman bertakhta
Menjadi sultan tidak berdarjat
Tidak terhormat dan berdaulat
Halal dan haram peduli apa

Bila aku pemerhati pada zaman yang rakus;
Ramai  berangan jadi panglima
Mendabik dada  ingin digeruni 
Namun tiada pedang di tangan
Hanya kata pembelit bicara
Lawan dan kawan jadi saingan
Asal kuasa dalam genggaman

Bila aku pemerhati pada zaman yang rakus;
Bila bendahara lebih sudu dari kuah
Gerak kerja bagai tukul dengan pemahat
Berangan menjadi yang terhormat
Namun kata selalu tersekat
Rakyat jelata suka menyakat

Bila aku menjadi pemerhati  pada zaman yang rakus;
Bila pendita menjadi  buta
Ilmu di dada tidak berguna
Pangkat dan kuasa itu diminta
Hilang takut pada yang kuasa
Makmum hanyut bersama dosa
Amanah Allah tidak diusaha
Takut kuasa hilang di mata
Peduli apa aku sudah dijanji syurga

Bila aku pemerhati  pada zaman yang rakus;
Bangsaku hanya banyak kata membuta tuli
Dari fakta, nilai hati dan budi
Pada yang Esa pun bisa ditolak tepi
Apa lagi  manusia tiada guna lagi erti
Demi hasad dan dengki
Bangsa sendiri petualang negeri..

Bila aku pemerhati pada zaman yang rakus;
Dan aku kini mengerti
Selagi bernama manusia duniawi
Nafsu itu yang tertinggi
Walau tahu hilang harga diri...
Aku mengerti....
Dan anda juga mengerti?
Bisakah kita hanya goyang kaki?

Syanz AbRaoof
10 Ogos 2011 @ 1.50 am.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia sentiasa leka mengejar kebendaan yang tidak pasti... sedangkan 'kebendaan' yang dijanjikan ALLAH selalu dibelakangkan... bila tiba di satu persimpangan antara celik dan padam, mula lah terkapai-kapai mencari cahaya keredhaan... Nauzubillah....

Syanz Abdul Raoof berkata...

Terima kasih sahabat atas ulasannya..Semoga kita sentiasa diberi sifat kewarasan dalam apa jua tindak tanduk..