Isnin, 11 Oktober 2010

Bila Aku Tersalah Kereta

Peristiwa ini berlaku semasa aku lepas jumpa member lama di Alamanda Putrajaya. Sebaik borak aku mula rasa sakit perut.. setelah berbahasa basi aku minta izin untuk balik.. keter Gen2 aku parking di level 6 so aku terpaksa naik lif.. Dalam lif ada seorang lelaki umur 30an agaknya.. dengan seorang anak perempuan yang cute baya umur 4 atau 5 tahun.. dalam masa kesakitan perut aku masih sempat senyum-senyum dengan si cute ni..
Sampai di level 6 aku bergegas keluar.. dan menuju ke kereta Gen2ku.. Lelaki dan anak perempuannya mengikuti aku dari belakang.. Bila aku sampai di kereta Gen2ku  aku perasan lelaki tadi pun berada di belakang aku.. Aku dengan konfidennnya terus ambil kunci dan cuba buka pintu kereta.. Eh! apasal lak kereta aku ni susah nak buka..

Lelaki tadi dah berada di sebelah aku.. "Kak, ini kereta saya.." haa...??? dan aku perasan si budak cute tadi memandang aku dengan penuh suspen..  Tak percaya aku amati lagi kereta.. oh bukan kereta akulah.. kereta ni nampak rugged  semacam jer.." "eh, mana kereta saya.. lalu mata aku melilau cari Gen2 oren ku.. dan kali ini sure aku tak tersalah kereta lagi.. bila aku amati di barisan hadapan ada kerete plat no JJLXXXX.. sure memang tak salah.. aku menoleh pada mamat ni.. "dek, akak minta maaf yer.. akak tersalah kereta.." huhuhu.. malu...

Lelaki tadi tersenyum dan mengangguk-angguk... tetapi terus memandangku sehingga aku masuk kereta.. mungkin nak memastikan yang aku bukan pencuri kereta.. hahaha... aku ketawa dalam hati tapi dalam masa yang sama aduh malunya... sepanjang balik memandu menuju rumah beberapa kali aku menepuk pipiku.. terasa tebal..hahahaha....

Tiada ulasan: