Ahad, 27 November 2011

Bukan Mereka Pinta Lahir Demikian...

Minggu lepas saya bertugas sebagai panel penemuduga calon-calon pelatih yang ditawarkan untuk mengikuti kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.  Pengalaman saya ini wajar untuk dikongsi bersama rakan-rakan sebagai membuka minda dan tentunya mengharap golongan  normal lebih mengerti dan memahami nasib orang kurang upaya (OKU). 
OKU yang hadir untuk ditemuduga penuh harapan begitu juga ibu bapa yang mengiringi kehadiran mereka. Riak muka dan gambaran di anak mata mereka mengharapkan satu perubahan secara total akan berlaku dalam  kehidupan mereka. Pelbagai wajah yang silih berganti dalam mengisi ruang kamar temuduga dan tentunya pelbagai watak dan cerita yang penuh dramatik mengiringi liku-liku kehidupan OKU ini. Pelbagai cerita ini menguji emosi dan mindaku sebagai panel.  Pertembungan emosi, dasar dan skema  tentunya berlaku, namun begitu kematangan dan keadilan kena seiring.
Sedia maklum, ramai OKU yang tidak dapat melanjutkan pelajaran,  hatta mendapat pendidikan asas juga  terlepas disebabkan faktor fizikal dan juga permasalahan ekonomi ibu bapa.  Apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat semua, adalah perasaan dan tekanan kepada golongan yang pada awalnya normal dan tiba-tiba menjadi cacat. Kehidupan yang riang ria, penuh kasih-sayang, mendapat pendidikan, bijak, ceria, dan aktif tiba-tiba kehidupan itu terus lenyap bersama kemurungan dek kecacatan akibat kemalangan. Bagi mereka yang masih belajar peluang pendidikan terpaksa tertangguh, wal hal mereka ini cukup bijak dan aktif. Keputusan peperiksaan di sekolah amat cemerlang, aktif dengan kokurikulum, berwajah cantik dan segak tetapi bila hadir temuduga secara nyata, dipandang dan ditemubual gambaran keceriaan itu  telah lama hilang. Kelihatan hanya wajah penuh harapan, kadang kala ingatan tidak dapat dipulihkan, pergerakan perlu sokongan, aktiviti harian dan selera makan sudah terbatas ditambah dengan adanya penyakit yang disebabkan kecacatan.
Golongan yang telah punya kerjaya tiba-tiba tidak mampu untuk bekerja. Anak isteri terbeban dek tunggak utama telah cacat dan tidak mampu bergerak pantas seperti dahulu. Majikan mungkin tidak memerlukan lagi sebagai pekerja.  Akibatnya punca pendapatan keluarga akan terjejas maka trauma dalam kehidupan mereka akan lama bertapak. Tidak perlu menyalahkan takdir kerana Allah mengetahui apa yang tersembunyi  dan  ada sebab dan akibatnya yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Namun begitu kemalangan boleh dielak jika kita semua sentiasa peka dan mematuhi peraturan.
Pengalaman ini harusnya dikongsi semua orang, agar golongan normal dapat mengerti akan  penderitaan yang dialami oleh OKU.  Perlunya keperihatinan dan sokongan semua pihak agar golongan minoriti ini lebih dihargai.  Kehadiran mereka akan melengkapi kehidupan kita yang normal. Jangan menyangka bila kita normal kita boleh melakukan segalanya dan jangan ingat bahawa golongan OKU tidak mampu melakukan sesuatu  kerana OKU juga manusia yang sentiasa berusaha untuk terus maju. Kadangkala kehendak dan semangat mereka yang tinggi membuatkan mereka mampu buat sesuatu di mana orang normal langsung tidak terfikir dan mampu melakukannya.
Beringatlah sebelum kita terlambat kerana sedikit kelekaan boleh membawa padah dalam kehidupan kita. Jangan sekali ada pandangan hina di mata kita terhadap golongan ini, kerana Allah menguji kita sama ada patuh atau ingkar akan suruhanNya menolong sesama insan. Semoga pengertian kita akan lebih terbuka apabila kita mengetahui serba sedikit tentang OKU ini kerana mereka tidak minta dilahirkan sedemikian...

Khamis, 17 November 2011

Kenalan Tanpa Nama Di Giant

Semalam bersama adik sepupu pergi ke Giant untuk membeli barangan dapur.. al-maklumlah bila famili datang rasa seronok nak memasak dan hasrat menjamu tamu tentulah tinggi.. Geram melihat buah labu yang kelihatan segar.. terasa hendak membelinya.. sambil membelek-belek labu tu, tiba-tiba seorang wanita di sebelah saya yang sedang membelek kunyit segar memandang saya dan berkata.. "kalau orang Cina memilih labu, mereka akan pilih yang bewarna hijau berbanding warna kuning" dan saya pun berkata "oooh!.. 

           Perbualan kami bertambah rancak.. katanya dia memilih kunyit kerana behasrat untuk menanam, dan dia pun becerita dia banyak menanam sayuran dan herba seperti lengkuas, daun kesom, daun kunyit.. dan saya mencadangkan supaya beliau turut menanam pokok kantan.  Kerana bunga kantan sekuntum yang dijual di Giant berharga RM2.00. Oleh kerana nak membuat laksa terpaksa juga saya membelinya.

           Bila sebut daun kunyit saya pun menambah kalau daun kunyit sedap dibuat jemput-jemput.. rupanya resepi dan cita rasa kami sealiran.. dari bab tanaman dan sayuran beralih pula ke resepi jemput-jemput daun kunyit campur udang. Beliau menambah jika jemput-jemput  hendak lembut hendaklah dicampur dengan telur.. adunannya perlulah agak cair dan lembut.. wanita ini menambah lagi.. dia tidak membeli makanan atau makan di luar dan akan masak sendiri dan Alhamdulillah hasil tanamannya telah dapat dituai.. Saya mengangguk-angguk dan rasa kagum kepada wanita kecil molek yang saya agak  mungkin usianya lewat 40an, melihat gayanya saya mengagak beliau adalah orang berkerjaya. 
           Hari ini saya terfikir pengalaman saya dengan wanita semalam.. Alangkah bagusnya saya mengambil sikapnya untuk saya praktikkan juga di kediaman saya.. Bertambah semangat saya untuk memulakan projek "tani" ini.. Semasa menulis ini saya tersenyum sendiri kerana wanita yang saya berbual mesra dari hal labu ke hal tanaman herba hingga ke resepi jemput-jemput daun kunyit rupanya saya tidak tahu namanya.... Apa pun terima kasih kepada beliau yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman... Moga kami berjumpa kembali di Giant tempat yang sama atau di lain tempat kerana saya amat cam wajahnya..

Pokok Kunyit (Gambar dari Google)

Jemput-Jemput Daun Kunyit + Udang/Udang Pepai (Gambar dari Google)

Labu~ Warna hijau seperti ini digemari orang Cina (Gambar Google)
Buah Labu selain buat sayur masak lemak, sedap juga dibuat pengat dan cucur labu
Pokok Bunga Kantan (Gambar dari Google) Bahan wajib yang perlu ada dalam membuat laksa.
Sedap juga dihiris halus dan dicapur dengan ikab bilis goreng dan diperah asam limau



Pokok Lengkuas (Gambar dari Google)
Lengkuas bahan yang perlu ada dalam masakan rendang, kurma dan sebagainya
Orang bugis menjadikan bahan utama dalam masakan Ayam Lengkuas (Manuk  Nasu Likku')

Isnin, 31 Oktober 2011

Di Kala Sepi..

Di kala sepi itu tenang
hati pun bisa menyanyi  riang
mata berkelip bersinar
mulut terukir indah
kerana bersama sepi itu
tetap ada yang rindu.. 

Di kala sepi itu indah
hati, akal dan mata
bagai bersatu
seia sekata
bersama menyanyi
apa pun lagu pasti gembira
kerna dia pembawa semangat..

Di kala sepi yang sayu
bagai daun berguguran
berlalu bersama deras air di kali
tanpa henti tanpa kembali
hanyut setia bersama waktu..
kerana rindu tidak berpaksi..

Di kala sepi itu bagai sembilu
merindu pada yang tak setuju
entah bila masa menentu
engkau dan aku akan bertemu
walau hanya seketika lalu
biar suratan jadi penentu..

Syanz Abraoof
12.10am@31 Okt 2011

Ahad, 30 Oktober 2011

Aktiviti Waktu Senggangku...

Petang ni terasa boring.. cuaca pun tidak menentu di luar 
sat mendung sat panas..
Mengambil kesempatan ini untuk membuat eksperimen pelbagai foto 
melalui aplikasi PhotoScape.. 
Boleh diprint dan dijadikan frame hiasan dinding sebagai koleksi decor-decor di rumah..
Hook Pelbagai Gambar Jenis Cafe






Hiasan Bunga Berpasu







Frame Gambar Liona, Fiona dan Miona
Frame Gambar Anak Buahku ~ Amani Othman Dengan Pelbagai Wajah Dalam Satu Hari Di Hari Raya

Foto pelbagai aksi ketika boring... hahahaha...

Bunga-Bunga Di PLPP Bangi (2)

Minat kepada tumbuhan mendorong diriku mengambil gambar-gambar tumbuhan yang ada di perkarangan pejabatku ~ PLPP Bangi. Sejuta terima kasih sebenarnya kepada salah seorang staf yang bernama Puan Lackcumy Devi yang begitu komited menjaga pokok-pokok bunga pejabat ni. Kekemasan dan kesuburan pokok-pokok bunga ini adalah hasil usahanya.
Saya pula akan cari kesempatan untuk mengambil gambar-gambar landskap pejabat bukan sekadar minat saya dalam landskap tetapi ianya juga boleh memberi ransangan idea dan ketenangan di kala stress. Gambar di bawah adalah sekitar di pengkaran pejabat.    




Bunga Kasidang dan disulami juga bunga morning glory. Bunga morning glory adalah pokok bunga yang saya dan dua rakan lain  bersama Tuan Pengarah  membelinya pada tahun 2009 dan Alhamdulillah kini tumbuh subur


Pokok Paku Langsuir di tanam dalam tempayan besar
Bunga Raya Merah


Pokok Pinang



Deretan Pokok Pinang di hadapan Balai Pengawal



Inilah bunga "morning glory" warna purple berdaun besar sementara kudupnya berwarna putih





Bunga Raya





Bunga Kertas (Bougainvillea)


Rimbunan pokok bunga "morning glory dan kesidang"

Sabtu, 29 Oktober 2011

Decor-Decor Ikut Cita Rasa Sendiri..


Petang ni selepas mengemas sangkar Fiona, Miona dan Liona mood untuk mengemas masih ada. Bukan apa, tetiba rajin kerana inilah di antara cara nak hilangkan rasa stress di tempat kerja. Oleh kerana di luar hujan dan guruh maka hari ini tak menjenguk tanaman di luar rumah.
    Aktivitiku mengambil gambar hiasan dalaman tambahan yang baru dibeli minggu lepas. Baru saya sedar rupanya secara tidak langsung saya ni penyimpan koleksi yang berkaitan "cafe". Bermula dari mug yang merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ku sepuluh tahun yang lalu, hingga ke gambar dinding.
    Sebenarnya sudah hampir setahun saya tidak membuat tambahan dalam hiasan dalaman. Kebetulan anak buah datang bercuti ke rumah saya, maka ada peneman untuk membeli barang hiasan. Anak buah pun sama minat dengan saya maka tidak susah untuk saya membuat pilihan. Pilihan saya lazimnya yang murah tetapi tetap cantik di mata saya. Ini lah hasilnya.....

Harga bunga sejambak RM3.20 x 4 = RM12.80
Harga pasu = RM 12.90
Sponge bunga RM1.50
kalau beli yang dah siap gubah tidak lari RM50.00 sejambak












Bunga Dahlia setangkai berharga RM3.90 x 4 tangkai = RM15.60
tambahan kepada bunga Dahlia yang sedia ada 
Gambar sedia ada di tambah 3 hook bercirikan cafe

Hook:
Espresso
Coffee
Cuppuccino






Ini adalah gambar yang saya beli 3 tahun dahulu


Mat berharga RM5.00 sehelai
 


Mug kesayanganku.. berusia 10 tahun

Hiasan dinding.. Gambar Kucing


Sekor itekku telah pecah gara-gara Fiona, Miona dan Liona.
Pada saya hiasan dalaman rumah tidak semestinya mahal asal kita pandai menyesuaikan dengan suasana atau tema yang kita minati. Lain orang lain cita rasanya maka itu daya kreativiti seseorang individu adalah unik. Mungkin tidak indah pada pandangan mata orang lain tapi ianya satu kepuasan kepada pemilik rumah. Apa pun hargai bakat anda!