Ahad, 2 Januari 2011

Kuartersku Syurgaku:D-10, PLPP Bangi.


Ini lorong masuk rumah aku..


Ini Ruang Tamu aku.. simple jer ala-ala Jepun gitu..


Ini pulak Ruang Makan ala-ala klasik gitu..



Ini pulak Ruang Dapur aku..




Ini pulak Bilik Buku aku...
nak cari rujukan:
cari fail-fail lama, nota-nota lama, refresh balik terpaksalah belek-belek buku-buku lama..



Jom.. kita naik Tingkat Atas pulak..





Inilah Ruang Lepak-Lepak aku..
baca surat khabar
  baca majalah
nonton TV (berita TV adalah wajib tonton)
tenguk album-album lama
melayari internet (update blog, Facebook, chatting, cari info terkini)
tak pun jom karaoke..
paling tidak terZZZZZZZzzzzz....




Gambar bawah pula bilik-bilik dalam rumah aku.. 
(Atas) Ini Bilik Bujang.. selalunya anak buah aku yang suka tidur sini..

(bawah) Ini Bilik Tetamu aku..


Ini kamar Beradu aku.. bisa membuatkan lena dibuai mimpi..





 
Bunga Hiasan dalam rumah aku










Rumahku syurgaku
kecil kah besar kah
buruk kah cantik kah
dihuni seorang kah ramai kah
yang penting
bagaimana aku selesa
bagaimana aku terasa sejuknya
bagaimana aku begitu damai
sehingga aku terpaku
akulah penghuni di dalamnya...












Selasa, 28 Disember 2010

Kes Kerasukan

Rasanya bila kerasukan tubuh badan akan lemah longlai.. begitulah apa yang aku perhatikan terhadap seorang sahabatku yang kerasukan..
Tiba-tiba berubah watak dan wajah.. Wajah yang riang bertukar menjadi suggul lalu merepek..mengilai dan merungus.  ah baru sebentar tadi sahaja dia galak becerita..  Keadaan yang pelik begitu membuatkan aku bertindak pantas membaca surah yang termampu aku baca yang pastinya surah 3 Kul. Apa yang membuat aku gelak besar bila diperlekehkan apa yang aku baca dengan mengatakan aku manusia bodoh walaupun dia menutup telinga dan berkata panas! panas!..
Meneruskan bacaan dengan surah Yassin dan Ayatul Kursi sekali lagi aku dijerit dan dia menutup telinganya.. langsung tak mahu mendengar.  Malah mencabarkan aku bahawa aku sengaja memberi kesakitan kepada mangsa..
Tiba-tiba wataknya berubah dengan memberi salam dan beristigfar.. memperkenalkan dirinya adalah nenek berasal dari Bukit Seguntang dan meminta membaca surah Al-Fill dengan terang dan tertib agar Jin yang merasuk mangsa akan keluar.  Peliknya Jin Kapir dan Nenek silih berganti berada dalam tubuh badan mangsa tadi.
Setelah membaca surat Al-Fill tiba-tiba mangsa merebahkan badan dan meronta-ronta sambil menjerit panas! panas!. Meneruskan bacaan secara beramai-ramai dengan terang dan tertib menyebabkan mangsa berguling-guling kepanasan.. sehinggalah mangsa tersedar.. Alhamdulillah selamat adanya.
Hari ini amat meneruja diriku.. aku terpaksa berhadapan dan berkomunikasi dengan Jin yang menyerap dalam badan manusia. Aku terpaksa nekad dan berani walaupun aku rasa seluruh badanku seram sejuk dan bulu romaku naik berdiri.  Pengalaman ini membuatkan aku terfikir bahawa kita perlu belajar sesuatu untuk pendinding dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan tidak kira yang zahir atau yang batin. Maha kuasa Allah yang mengizinkan apa jua yang berlaku terhadap hambaNya.

Khamis, 23 Disember 2010

HANTU RAYA

Hantu Raya? Alamak! kali ni aku nak cerita pasal Hantu Raya yang telah mengunjungi rumah ibuku di kampung. Aduh kesian aku melihat emakku yang tension benar dengan malaon seekor ni.. kisahnya apabila emak selalu mengadu duit dia sering hilang bukan setakat seringgit dua ringgit, malah beratus ringgit.. biasalah orang tua akan simpan duit pemberian anak menantu buat belanja dapur dan keperluan harian.. simpan pulak kadangkala yang tak terduga dek akal.. bawah tilam, dalam tin dan paling kelakar kalau disimpan dalam bakul bawang tak pun dalam peti ais.. hahaha emakku tak lah seteruk itu..

Mula-mula ingat kenakalan cucunya tetapi bila simpan dalam kocek di baju sendiri pun boleh hilang sedangkan cucu-cucu semua pergi sekolah telah menimbulkan syak di hatinya.. apa dan siapa sebenarnya. Toyol? tak mustahil sitoyol punya kerja.. al-maklumlah memang cerita toyol ni menjadi buah mulut orang.. maka emak aku ni pun menyimpan duitnya dalam bekas berisi kacang hijau.. tetapi malang lagi.. tetap hilang.. aduh..

Orang tua ni terpaksa memendam perasaan dan membuatnya bertambah stress. Bila stress bertambah lagi darah tingginya.. Bila balik kampung maka cerita kehilangan duitnya lah yang akan menjadi tajuk utama.. yang mendengarnya pulak terasa bosan.. mulalah memikirkan kot-kot orang tua ni salah letak ke, salah simpan ke, cicir mana-mana ke.. maklumlah orang tua ingatan pun semakin lemah.. hehehe

Tetapi bila dia cerita pada suatu malam semasa tidur  dan anak buah sedang menonton tv, tiba-tiba penyangkut besi (pencangkut kelapa sawit) yang selama ni tersangkut di dinding rumah tiba-tiba tercampak di tengah rumah membuatkan semua mula naik seram!. bukan setakat itu sahaja tiba-tiba sofa dan tilam basah ibarat kena kencing dek budak apa pulak cerita? Helmet tiba-tiba jatuh dari meja dan charger telefon tiba-tiba tercabut ibarat ditarik orang apa pulak cerita? aduhai..

bila merujuk kepada orang-orang pandai dan hasilnya.. di rumah tu ada seekor Hantu Raya yang kononya berbadan besar dan berbulu macam "king kong" bertuankan orang Indon (entah betul atau tidak) yang patuh pada suruhan tuannya..

Wahai Hantu Raya kalau ye pun nak mencuri kamu pergilah ke bank ke, ke pusat perjudian ke atau rumah orang kaya-kaya! janganlah engkau ganggu emak akau yang selalu sakit tu..

Sepanjang seminggu percutian, maka kisah Hantu Raya nilah jadi bahan bualan.. selain zikir dan doa, pelbagai cara nak mengubati termasuk perasapkan belerang dan lada kering.. aduh tak sanggup hidu dan tentunya asyik bersin jer.. Jalan lain yang lebih baik memanggil ustaz yang tahu bagaimana nak menghalau si Hantu Raya ni... Apa pun segalanya berserah kepada Allah s.w.t yang maha mengatahui.


Isnin, 1 November 2010

Bila Pengantin Terlebih Gedik

          Melihat keghairahan sambutan majlis perkahwinan sesetengah keluarga amat membimbangkan diri aku.. hati aku bertanya mengapa aku mesti bimbang.. Sebabnya banyak!  

Pertama; aku merasakan sesetengah keluarga ingin menunjuk-nunjuk untuk kelihatan mereka yang terbaik di antara yang terbaik. Kedua: bila ingin terbaik tentunya kos perbelanjaan semakin tinggi, dan tanggungan hutang "bagi yang kurang mampu" tetapi ingin dikata mampu.  Ketiga: Pembaziran - banyak perkara yang remeh tetapi ingin digunakan supaya nampak grand seperti kad jemputan yang cantik dan design yang terkini,  cenderahati (kalau dulu-dulu bunga telur). pelamin, dan macam-macam supaya kelihatan lebih cantik, hebat dan disukai ramai..  

Tetapi perkara yang aku sebut di atas bukan sangat isunya jika sememang itu yang dihajatkan terutama apabila itu adalah satu impian setiap manusia yang sentiasa tak sudah kehendaknya.. Yang lebih membimbangkan aku keletah atau perangai pengantin itu sendiri semasa majlis berjalan.. 

Sakitnya hati aku melihat sepasang pengantin ni.. sampai aku menjerit  kecil agar adalah saudara mara mereka yang perasaan agar menegur supaya pasangan pengantin tersebut bersikap sopan dan tertib.. kata raja sehari.. sepanjang majlis aku lihat pengantin perempuan tersengeh sana tersengeh sini, melambai sana melambai sini walhal yang datang sebagai tetamu  meraikan majlis bukan calang-calang orang.. sebaliknya tetamu pulak duduk sopan dan tertib penuh protokol.. aduh!! bukan setakat semasa arakan pengantin dia bersikap "gedik" tetapi di atas pelamin juga.. manalah kesopanan dan ketertiban mereka ini..

Tak puas hati aku ternyata berterusan apabila seorang sahabat mengulas pengantin yang dilihatnya juga.. tetapi sahabat memuji kerana cantik dan menawan. Bila aku nyatakan pandangan aku seperti di atas, sahabat tadi berkata mungkin si pengantin begitu ghairah almaklumlah majlis gilang gemilang serta sekali gus mendapat pengiktirafan diri.. 

Mungkin benar apa yang dikata oleh sahabat tetapi hatiku tetap berkata andainya ingin mertabatkan budaya bangsa dan sebagai satu cara memperkenalkan tingginya budaya Melayu bukan begitu cara kelaku sepengantin.. Mungkinkah budaya sopan santun, tertib dan lemah lembut itu sepatutnya ada pada diri pengantin supaya tidak dikata orang  "Pengantin Gedik" dan ianya terlipat dalam sejarah bangsa negara. 
Bila hari ini aku terbaca nukilan Maimunah di Utusan Malaysia.. erm.. tak salah apa yang dikatakan oleh beliau dan aku rasa puas hati...