Khamis, 29 Disember 2011

Masalah Remaja: Siapa Ugut Siapa?

Kisah benar-benar berlaku...
Pelik bin Ajaib bila Remaja A mendakwa diperas ugut RM100.00 oleh seorang Remaja B dan Remaja C. Remaja A dan keluarga datang menemui keluarga Remaja B dan menyatakan tarikh diperas ugut.. tetapi tarikh berkenaan Remaja B dan keluarganya pergi bercuti, kemudian Remaja A mendakwa bahawa dirinya silap dan menyatakan dua hari sebelumnya.. tetapi dua hari sebelumnya juga Remaja B dan keluarga sedang bercuti, lalu dipinda pula tarikh yang kononya sebelum raya haji.. Dah lah lokasi dikata sekejap di lokasi A, sekejap di lokasi B. Melihat fakta yang tidak konsisten, keluarga Remaja A memberi alasan kononnya Remaja A agaknya sedang demam dan tak ingat... Terasa amat kelakar bila mendengarnya, atau demi duit RM100.00 keluarga Remaja A sudah hilang maruah dirinya... untuk terus bersekongkol..

Demi mempertahankan si Remaja A, ahli keluarganya telah mengugut dan membelasah si Remaja C, kerana Remaja C tidak mengaku.  Mungkin merasakan taktiknya tidak menjadi, keluarga Remaja A mewujudkan cerita kononya si Remaja C sudah membuat pengakuan di mana Remaja B yang mengambil kesemua wangnya, sementara kepada Remaja C pula, dikatakan bahawa Remaja B juga sudah membuat pengakuan bahawa Remaja C memang terlibat.  Cerita ini telah dicanang seluruh kampung. Yang peliknya ahli keluarga Remaja A begitu membela perlakuan Remaja A tanpa rasa segan dan silu walau pun segala fakta yang dinyatakan langsung tidak terbukti... malah sanggup mewujudkan seolah situasi itu benar-benar wujud.
 
Walaupun keluarga Remaja B terfikir untuk membuat laporan polis, tetapi demi untuk menjaga nama baik  hubungan sesama jiran, keluarga B dengan rasa curiga dan pelik tetap membayar wang RM100.00 sebagai gantian apa yang terjadi. Semasa menghulurkan note RM50.00  sebanyak 2 keping, si Remaja A dengan rakus terus menyambar tanpa sopan. Ahli keluarga hanya memandang dengan diam tanpa rasa malu, tanpa rasa bersalah dan tanpa pernah berfikir apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah remaja  A dengan cara berhemah.  Adakah cara penyelesaian yang tidak berhemah tersebut sudah menjadi budaya mereka?

Tiada manusia yang sempurna,  namun begitu kalau dibudayakan cara gaya hidup yang menyokong perlakuan biadap serta membudayakan perlakuan yang tidak bertemadun maka tersimpanlah sebagai satu sejarah keburukan dalam satu-satu keluarga. Persoalannya.. wajarkah kita turut menyokong perlakuan sedemikian tanpa menyiasat sama ada anak kita memang menjadi mangsa atau pemangsa atau memang sengaja bersubahat untuk  dapat duit percuma? Dan sanggupkah kita menikmati wang RM100.00 dari hasil ugutan dan memfitnah sesama saudara Islam? Persolan besar: ~Siapa Ugut Siapa?~

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak patut dan tak tahu malu