Gambar: sumber google |
Tarikh 14 Februari - Valentine Day(VD) ~ Hari Valentine (Hari Kasih Sayang) yang menjadi isu telah berlalu semalam. Kalau tak sambut pun tak menjadi hal kan. Saya percaya ramai saudara Islamku tidak menyambutnya. Naluri orang yang mempunyai rasa kasih sayang penuh romantis (di alam percintaan) mungkin mempunyai keghairahan yang tinggi untuk menyambut VD. Almaklum pengucapan sayang atau melahirkan sayang itu adalah satu perkara yang kelihatan mudah tetapi agak sukar untuk dilafazkan. Justeru itu bersempena tarikh yang dianggap "istimewa" maka ramai pasangan ternanti-nanti tarikh tersebut yang dianggap penuh bermakna untuk meraikan dan menzahirkan rasa kasih sayang mereka. Apa pun alasannya sebagai penganut agama Islam kita perlu melihat kepada kepentingan aqidah.
Jika pihak berkuasa dan menjaga hal ehwal agama sudah memberikan fatwanya bahawa ianya menyalahi aqidah adalah wajib kita mematuhinnya. Kasih sayang itu terlalu luas untuk dimengertikan dan tidak mempunyai batasan untuk dizahirkan asalkan tahu di mana halal dan haramnya.
Selagi ianya membawa kepada kebaikan adalah wajar kita segarkan rasa
kasih sayang dalam jiwa kita. Kuntuman bunga atau kepingan coklat
sebagai lambang kasih sayang boleh diberi pada bila-bila masa sahaja
asalkan ianya ikhlas dan bertujuan baik. Seorang suami harus membuang
rasa malu untuk menzahirkan rasa sayang dengan membeli hadiah yang tidak
semestinya mahal buat isteri, begitu juga siisteri. Anak-anak harus
menyejukkan hati ibu bapa dengan memberikan hadiah kepada orang tuanya
walaupon hadiah itu bukan dilihat dalam bentuk harga tetapi pemberian
ikhlas itu cukup mengembirakan orang tua. Seorang sahabat akan terus mengingati sahabatnya apabila terpandang hadiah yang diterimanya. Pemberian hadiah saya anggap sebagai satu kesinambungan ingatan walau jauh di mata sebagai lambang rasa kasih dan sayang.
Gambar:sumber google |
Sebagai manusia kita difitrahkan rasa kasih sayang oleh Illahi. Bukan sahaja ianya tertuju kepada orang menjadi pujaan hati, penuh rasa kecintaan berahi yang dianggap sebagai kekasih. Kasih sayang kepada pencipta kita iaitu Allah SWT, kepada Rasulullah, ibubapa, adik beradik, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat andai, saudara seislam mahupon semua manusia di dunia ini wajib ada agar tidak wujud persengketaan. Kerana adanya sifat kasih dan sayang akan membuatkan kita berhenti bersengketa, kerana adanya kasih dan sayang wujudnya sikap tolong menolong, adanya kasih sayang maka umat di dunia ini semakin bertambah, dan wujudnya kasih sayang juga pelbagai ciptaan dan rekaan dilakukan untuk menfaat umat di dunia, dan kerana adanya kasih sayang kita sentiasa mengucapkan terima kasih. Sesungguhnya maha basar kuasa Allah mengizinkan sifatNya dengan menwujudkan rasa kasih dan sayang ini kepada hambanya. Sewajibnya rasa syukur itu kepadaMu ya Allah.
Marilah kita hidup dalam penuh kasih sayang kerana kasih sayang yang ikhlas akan mengundang kebahagiaan, mengundang rasa kegembiraan dan tentunya melalui kasih sayang juga akan membuat orang lain bahagia dan akan menyekat segala kemungkaran. Jangan biarkan kasih sayang itu berlalu pergi tanpa memberi menfaat kepada orang lain...
Gambar: sumber google |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan