Curang? Mengapa ada kecurangan dalam satu perhubungan yang suci? Adakah lelaki atau wanita yang curang sengaja untuk curang? Saya rasa tiada seorang ingin curang tetapi ianya kadangkala hadir dalam situasi yang mendorong berlakunya kecurangan. Curang bukan sahaja untuk lelaki tetapi ianya berlaku kepada wanita juga. Bukan sekadar yang telah berumahtangga tetapi dalam hubungan percintaan awal juga boleh berlaku. Curang juga bukan hanya merujuk kepada perhubungan cinta dan kasih sayang antara pasangan tetapi curang juga boleh merujuk kepada keesetiaan kepada organisasi atau negara. Saya lebih ingin membahaskan kecurangan dalam erti kata hubungan kasih sayang antara insan.
gambar: sumber google |
Keretakkan dalam rumahtangga lazimya disebabkan wujudnya ketidak sefahaman. Curang boleh berlaku dek ketidak sefahaman antara pasangan lalu mencari satu jalan keluar bagi menyelesaikan masalah. Pencarian menyelesai masalah lazim juga makin menambah masalah. Seringkali seseorang yang ada masalah rumahtangga akan menceritakan masalahnya kepada yang sudi mendengar. Kecenderungan untuk menceritakan masalah selalunya kepada orang yang dikenali tanpa mengira lelaki atau wanita. Andainya tukang mendengar adalah yang berlainan jantina dan mempunyai masalah yang sama, maka lagi mudah terlibat dalam perkongsian emosi dan juga pengalaman. Tidak mustahil situasi ini akan mewujudkan simpati yang berlebihan dan tanpa disedari. Perkongsian masalah ini akan mewujudkan keserasian maka bibit rindu mula wujud dan akhirnya terikat dalam perasaaan. Adalah agak sukar jika kedua pasangan masing-masing mempunyai terikat dengan perkahwinan. Cinta terlarang ini lebih banyak membuahkan kesengsaraan, terpaksa setia walau hakikatnya telah berlaku curang perasaan dan boleh terdorong kepada perlakuan curang fizikal. Adakah situasi begini dikatakan terpaksa curang dan terpaksa setia?
Curang juga boleh berlaku jika wujud masalah dalam bilik tidor. Pasangan akan mula mencari perlepasan dalam imaginasi seksnya melalui pelbagai cara. Ada di antaranya akan kemaruk dengan laman lucah, dan ada yang begitu suka dalam mencari kekasih hati di alam maya, dan ada yang juga secara langsung terlibat dalam pasangan berbayar dan ramai juga mempunyai kekasih gelap sebagai pendorongan atau terlibat secara langsung dalam hubungan intim. Apa yang diperhatikan ramai pasangan ini tetap setia dan masih menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dalam urusan rumahtangga dan keluarganya. Ianya kelihatan bahagia malah ramai mengkaguminya rumah tangga yang dibina seolah sempurna dan bahagia. Mungkin ini dikatakan curang tetapi setia.
Ada juga pasangan curang kerana terjatuh cinta kali kedua. Kehadiran orang yang menepati ciri-ciri dalam imaginasinya secara tiba-tiba hadir di hadapan mata. Mungkin siisteri atau suami tetap akan setia antara satu sama lain, tetapi kehendak yang lebih merangsang diperlukan dalam dirinya secara peribadi yang mungkin sudah tidak dimiliki oleh pasangan. Justeru itu pasangan akan cepat tergoda melihat orang lain yang menepati fizikal atau sikap yang selama ini dalam imaginasinya. Bayangan wanita atau lelaki yang didambakan selama ini benar-benar wujud
apa tah lagi jika pihak lawan ini memberikan respon yang baik dan tidak
mustahil berlakunya hubungan yang berterusan. Adakah ini dikatakan setia tetapi telah curang?
Seringkali juga kita membaca atau disajikan berita hasil penangkapan tokoh, ketua-ketua jabatan atau orang biasa yang dituduh kerana terlibat dalam kes khalwat tetap ditemani oleh isteri semasa pertuduhan atau turun naik mahkamah. Adakah ini dikata sengaja tunjuk setia atau seikhlasnya setia atas dasar tanggungjawab sebagai isteri atau suami yang sedia menemani pasangan dalam susah dan senang? Adakah ini dikatakan rela dicurangi tetapi akan tetap setia?
gambar: sumber google |
Dalam hubungan suami isteri yang dikatakan tiada rahsia antara satu sama lain, hati dan budi yang dikatakan cukup dikenali, mana tahu jauh di dalam kalbu suami atau isteri tetap ada rahsia yang disembunyikan. Curang tetapi setia adalah bukti bahawa manusia tidak pernah puas akan kehendak diri dan tentunya nafsu. Terpulang sejauh mana seseorang dapat menyimpan rahsia kecurangannya, dan sejauh mana pasangan dapat menerima kecurangan pasangannya. Adakah ini dikatakan takdir dalam kehidupan rumahtangga? Tepuk dada tanya nafsu sendiri... opppps tanya ilmu dan iman... hehehehe...
Maaf & Wallahualam.
1 ulasan:
artikel yang sangat bagus salam kenal aja ,,,,,,,
Catat Ulasan