Pandangan Jalan Jaafar dari Simpang Empat. |
Ada yang menyebut tekoma ini "Sakura Malaysia"
Apa pun, kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang menganugerahkan kepelbagaian yang indah untuk kenikmatan makhlukNya. Terima kasih kepada landskaper yang mengilhamkan penanaman pokok Tekoma ini. Amat diharap tiada ada halangan dari mana-mana pihak untuk mengnyahkan pepohonan tekoma ini. Amat berharap Majlis Tempatan Benut agar sentiasa mengutamakan keindahan dan mengekalkan identiti Jalan Jaafar dengan redupan deretan tekoma ini. Keredupan di tengahari tentunya memberi keselesaan kepada pejalan kaki terutama kepada anak-anak sekolah di mana terdapat tiga buah sekolah yang saling berdekatan iaitu Sekolah Menengah Benut, Sekolah Kebangsaan Benut, Sekolah Agama Benut, Tadika, dan juga PDK Benut.
Pekan Benut sebuah pekan kecil di mana penduduknya boleh dikatakan saling mengenali antara satu sama lain bagaikan berada di sebuah pekan kecil di negara empat musim.. penuh romantik. Ramai yang menyebut musim tekoma ini bagaikan musima "sakura" di Malaysia. Kehidupan begini tentunya memberi satu aura ceria kepada penduduk pekan ini.
Anak buah penulis Amani dan adiknya Farid kelihatan begitu seronok dengan bunga tekoma yang sedang berguguran sepanjang Jalan Jaafar. |
Bagaikan hamparan.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan