Terjemahan surah al-Falaq:
Ayat 1 - 5
1. Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (Yang Menguasai waktu) subuh.
2. Dari bahaya (kejahatan) makhluk.
3. Dan dari bahayanya (kejahatan) malam apabila telah gelap.
4. Dan dari bahaya (kejahatan) yang mengembus (tukang sihir) pada simpulan.
5. Dan dari bahaya (kejahatan) orang yang dengki apabila ia dengki.

Sejarah ayat di atas diturunkan ketika Rasulullah telah disihirkan oleh seorang pemuda yahudi. Terdetik hati aku, sedangkan Rasulullah disihir apa tah lagi manusia di zaman ini. Agaknya selagi ada hasad dan dengki maka perbuatan sihir akan sentiasa menjadi mainan manusia yang kurang imannya.
Terkenang peristiwa pada bulan 2 Mac 2011 apabila bangkit dari bangun tidur tiba-tiba bahagian pinggang sebelah kiriku mula terasa sakit namun aku gagahi juga dan menganggap sakit biasa. Pulaknya ketika itu aku mengikuti kursus. Dua hari selepas tamat kursus secara tiba-tiba aku tidak boleh rukuk semasa solat maghrib dan berlanjutan sakit dari pinggang turun hingga ke lutut dan membuatkan aku tak boleh bergerak.
Pertolongan rakan akhirnya aku di bawa ke klinik tetapi doktor di klinik menyarankan aku pergi ke hospital. Kesakitan bahagian paha dan lutut semakin terasa dan bagaikan ada hirisan yang mengiris daging di dalam pahaku. Keesukan hari sekali lagi pergi ke klinik dan doktor merawat hanya memberi ubat penahan sakit. Hari ketiga terlalu sukar untuk naik tangga dan turun tangga dan sekali lagi atas pertolongan rakan sekerja akhirnya aku dihantar mendapat rawatan doktor untuk kali ketiga. X-ray menunjukkan seolah tiada apa yang berlaku dan akhirnya aku dirujuk ke hospital pakar tetapi kena menunggu hampir sebulan lamanya setelah appointment dijalankan untuk mendapat rawatan pakar.
Sementara menunggu rawatan pakar aku terpaksa memohon cuti untuk balik berehat di kampung. Ahli keluarga banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku. Ketabahan menjagaku serta doa mereka menguatkan semangatku. Seminggu berehat di kampung aku kembali bertugas dalam keadaan masih sakit dan berjalan macam robot.
Appointment di klinik pakar othopedik akhirnya tiba. Filem Xray seperti dijangkakan tidak banyak membantu dan akhirnya aku dirujuk bahagian Rehabilitasi untuk menerima fisioterapi. Fisioterapi aku ikuti dengan disiplin yang baik seperti dijadualkan. Dalam keadaan fizikal yang demikian amat membataskan pergerakkanku. Terpaksa kulupakan kasut tumit tinggiku buat seketika.. Keinsafan meresapi naluriku apabila terpaksa solat secara duduk dan aku redha segala dugaan yang diberikan.

Atas simpati beberapa staff dan mereka menyarankan agar aku membuat rawatan secara ruqqayah. Hatiku mula terbuka untuk pergi membuat rawatan. Aku sendiri hairan boleh hatiku terbuka kerana aku jenis manusia yang kurang berminat dalam bab-bab rawatan sama ada berjumpa doktor, apa lagi yang cara alternatif ni sedangkan nak makan ubat pun satu pekara yang aku tak suka.
Diringkaskan cerita aku pun pergi mendapat rawatan dari perawat tersebut sebanyak tiga kali. Bila berjumpa kali pertama perawat tersebut, beliau bertanyakan apa sakit ku, dan adakah aku pernah bermimpi yang mengerikan dan apakah pekerjaanku. Setelah aku menjawab semua pertanyaannya maka memintaku mengambil buah limau nipis yang aku bawa dan bermula rawatannya.
Diringkaskan cerita aku mendapat rawatan sebanyak tiga kali dan kali kali pertama terdapat dua mata pisau gilet dikeluarkan dari limau nipis, kali kedua dua bilah jarum keluar dari telor dan kali ketiga gumpalan benang kuning dan hitam serta air kotoran keluar dari belahan limau nipis. Aku begitu tenang melihat benda-benda pelik yang berjaya dikeluarkan dari tubuh badanku, sebaliknya pengunjung yang lain merasa terkejut melihat barang yang telah dikeluarkan. Walaubagaimana pun perawat tersebut tidak menyatakan siapa empunya angkara aku disihirkan sedemikian. Aku redha apa yang berlaku.

Terdapat sedikit perubahan pada diriku di mana aku sudah boleh tidur lena dan mimpi yang mengerikan juga sudah tidak mengiringi tidurku, namun rasa sakit di paha dan lutut tetap ada sehingga hari ini. Menariknya setelah lima bulan berlalu, secara tidak terduga apa bila aku mengunjungi seorang sahabat lamaku. Kebetulannya sahabatku ini telah "diresapi" dan menyatakan bahawa kesakitan kakiku adalah disebabkan adanya jarum yang dikeluarkan gara-gara perbuatan sihir oleh seseorang yang mempunyai hasad dan dengki kepadaku. Secara tiba-tiba sahabatku ini diresapi oleh roh yang menyihirkan aku. Roh yang menyihirkan aku memperkenalkan namanya dan menyatakan tujuan menyihirkan aku. Aku terkedu dan merasa hiba kerana nama yang aku dengar itu bukan asing bagiku.
Menghairankan aku juga bagaimana sahabat lama ku ini mengetahui nama orang tersebut sedangkan aku langsung tak pernah cerita berkaiatan masalah dalam hal harianku. Roh orang tersebut mengakui amat membenci dan mencemburui aku kerana aku dianggap sebagai pesaing dalam kerjayanya. Pengakuannya juga menyatakan sengaja menyihirkan supaya aku lumpuh dan kalau boleh supaya aku berhenti dari bekerja. Pengakuannya itu amat memilukan hati aku. Jika benarlah apa yang aku alami ini gara-gara angkaranya, betapa tidak berimannya hamba Allah tersebut. Aku terkedu dan agak terkilan namun begitu aku tidak pula rasa marah dan berdendam. Dalam keadaan situasi itu aku sentiasa mengimbangi diriku supaya sentiasa dalam keadaan yang rasional dengan melihat perkara yang baik-baik yang ada pada hamba Allah tersebut.
Aku juga dinasihatkan supaya tidak mempercayai sangat apa yang berlaku dikhuateri wujud fitnah dan merenggangkan hubungan. Aku sentiasa meletakkan peristiwa ini hanya sebagai petunjuk untuk lebih berhati-hati dan tentunya berlaku adalah dengan izin Allah jua. Aku pegang kata bondaku supaya sentiasa beringat, dan percaya kepada kekuasaan Allah. Apa yang berlaku biarlah berlaku. Aku berserah kapada Allah S.W.T. Kiranya benar aku disihirkan oleh hamba Allah tersebut biarlah Allah yang menentukan segalanya dan aku berdoa agar dia kembali kepercayaan dan beriman kepada Allah.
Allahu Akbar.
1 ulasan:
d sihir?? sihir ada bermacam sihir..apa maksud syanzz d sihir...sihir yg nak sy kongsi kan spt tersebut.sihir sememang ada..terkena sihir kerana dalaman kita lemah dan repoh..bila diri tak cukup cuci tak masuk hidayah akan lemah nya iman pertahanan diri kosong maka tumbang nya seorang kahlifah Allah maka bermaharajalela si sihir ke daalam diri.kenali diri teguh la sang kahlifah..insya Allah
Catat Ulasan