Alhamdulillah semangat berpasukan melalui program team building dapat dilaksanakan pada 5 - 7 Disember 2011 bertempat di My Gopeng Resort yang terletak 5 km dari bandar Gopeng, Perak. Perjalanan melalui perkampung di kaki bukit, melalui laluan jalan yang berbukit di apit dusun buah-buahan serta aliran jeram amat mengasyikkan. Apa tah lagi kami semua tanpa mengira pangkat menaiki lori beramai-ramai. menghirup udara segar sepanjang perjalanan pergi dan balik. Keseronokan tergambar di muka setiap peserta kerana ramai yang pertama kali melalui pengalaman ini. Tujuan tidak lain menghadiri team building yang dianjurkan oleh pejabat.
Apa pun semangat setia kawan dan bekerjasama boleh dilihat melalui program team building. Melalui team building juga boleh membentuk semangat setia kawan dan bekerjasama. Kelihatan dua ayat ini seakan serupa namun begitu ia sebenarnya berbeza melalui sikap yang ditonjolkan.
Resort yang dikeliling bukit bukau dan dusun durian memberi persekitaran nyaman kepada peserta kursus |
Seseorang yang sentiasa berfikiran positif akan sentiasa berjiwa besar melalui tutur katanya, tingkah lakunya, pandanngan atau idea yang dilontarkan serta emosi stabil yang dizahirkan.
Sebaliknya bagi mereka yang kurang motivasi dan tidak bersikap matang kelihatan sentiasa pasif, acuh tidak acuh dan juga pandangannya yang sentiasa menerima atau menolak atau sering menunding jari. Sikap ini boleh diubah melalui program team building.
Apa pun pengisian program, objektif utama adalah memerlukan individu yang sentiasa berfikiran terbuka, sentiasa bersikap sporting, tidak mudah putus asa, bersedia menerima teguran dan mengakui kesilapan. Perubahan persekitaran melalui pengalaman merupakan aset terbaik kepada individu untuk menambah pengetahuan, dan juga mengadaptasi ilmu baru yang berguna untuk dilaksanakan dalam persekitaran kerja mahu pun dalam kehidupan peribadi.
Dalam konteks ini, team building akan dapat mengubah paradigma seseorang. Dari seorang yang jumud dalam satu perkara tetapi akhirnya dapat memahami dan menerima beberapa perkara yang selama ini di luar kotak pemikiranya.
Apa pun jua tujuan team building, sikap menghormati antara individu adalah penting, di samping komunikasi yang berkesan, dan tahu di mana, apa perkataan yang sesuai mengikut status individu lain juga perlu dipelajari. Kadangkala objektif team building tidak tercapai dek kerana kita gagal dalam menyampaikan maklumat dan tidak tahu cara gaya serta adap berkomuniasi sejajar status individu yang kita lawan bercakap.
Kadangkala habit berbahasa dalam kumpulan tertentu terbawa-bawa apabila bertutur dan merujuk kepada kumpulan individu yang lain, walau kita tahu tidak sewajarnya kita menggunakan bahasa yang dikira tidak sopan kepada pihak atasan kita.
Dalam perkara ini, selain perubahan sikap yang negatif kepada positif, pemikiran juga perlu sentiasa berkembang sejajar dengan edaran masa, situasi dan kehendak persekitaran di samping emosi yang stabil. Maka dari itu, tanpa team building pun kita juga mungkin sentiasa siap sedia dalam apa jua arahan dalam konteks organisasi, siap siaga apa jua rintangan dan berlapang dada menerima segala kerenah manusia. Berfikiran positif dan berjiwa besar ini akan mempengaruhi untuk kita terus maju jaya dan bersikap kental.
persediaan untuk membuat aktiviti kumpulan |
Tambah kapsyen |
Kumpulan Biru adalah Juara dalam aktiviti berkumpulan.. |
Terpaksa menaiki lori untuk menuju ke destinasi.. Pengalaman yang munkin tidak dapat dilupakan.. susah senang bersama.. |
sikap sporting dan saling memberi idea akan menghasilkan kejayaan.. |
Hari Terakhir : Seronok menaiki lori sejauh 5 km melalui lereng bukit di samping melihat kehijau dan haruman buah durian sepanjang jalan... menuju ke bandar Gopeng untuk menaiki bas balik ke Bangi... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan