Selasa, 28 Disember 2010

Kes Kerasukan

Rasanya bila kerasukan tubuh badan akan lemah longlai.. begitulah apa yang aku perhatikan terhadap seorang sahabatku yang kerasukan..
Tiba-tiba berubah watak dan wajah.. Wajah yang riang bertukar menjadi suggul lalu merepek..mengilai dan merungus.  ah baru sebentar tadi sahaja dia galak becerita..  Keadaan yang pelik begitu membuatkan aku bertindak pantas membaca surah yang termampu aku baca yang pastinya surah 3 Kul. Apa yang membuat aku gelak besar bila diperlekehkan apa yang aku baca dengan mengatakan aku manusia bodoh walaupun dia menutup telinga dan berkata panas! panas!..
Meneruskan bacaan dengan surah Yassin dan Ayatul Kursi sekali lagi aku dijerit dan dia menutup telinganya.. langsung tak mahu mendengar.  Malah mencabarkan aku bahawa aku sengaja memberi kesakitan kepada mangsa..
Tiba-tiba wataknya berubah dengan memberi salam dan beristigfar.. memperkenalkan dirinya adalah nenek berasal dari Bukit Seguntang dan meminta membaca surah Al-Fill dengan terang dan tertib agar Jin yang merasuk mangsa akan keluar.  Peliknya Jin Kapir dan Nenek silih berganti berada dalam tubuh badan mangsa tadi.
Setelah membaca surat Al-Fill tiba-tiba mangsa merebahkan badan dan meronta-ronta sambil menjerit panas! panas!. Meneruskan bacaan secara beramai-ramai dengan terang dan tertib menyebabkan mangsa berguling-guling kepanasan.. sehinggalah mangsa tersedar.. Alhamdulillah selamat adanya.
Hari ini amat meneruja diriku.. aku terpaksa berhadapan dan berkomunikasi dengan Jin yang menyerap dalam badan manusia. Aku terpaksa nekad dan berani walaupun aku rasa seluruh badanku seram sejuk dan bulu romaku naik berdiri.  Pengalaman ini membuatkan aku terfikir bahawa kita perlu belajar sesuatu untuk pendinding dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan tidak kira yang zahir atau yang batin. Maha kuasa Allah yang mengizinkan apa jua yang berlaku terhadap hambaNya.

Khamis, 23 Disember 2010

HANTU RAYA

Hantu Raya? Alamak! kali ni aku nak cerita pasal Hantu Raya yang telah mengunjungi rumah ibuku di kampung. Aduh kesian aku melihat emakku yang tension benar dengan malaon seekor ni.. kisahnya apabila emak selalu mengadu duit dia sering hilang bukan setakat seringgit dua ringgit, malah beratus ringgit.. biasalah orang tua akan simpan duit pemberian anak menantu buat belanja dapur dan keperluan harian.. simpan pulak kadangkala yang tak terduga dek akal.. bawah tilam, dalam tin dan paling kelakar kalau disimpan dalam bakul bawang tak pun dalam peti ais.. hahaha emakku tak lah seteruk itu..

Mula-mula ingat kenakalan cucunya tetapi bila simpan dalam kocek di baju sendiri pun boleh hilang sedangkan cucu-cucu semua pergi sekolah telah menimbulkan syak di hatinya.. apa dan siapa sebenarnya. Toyol? tak mustahil sitoyol punya kerja.. al-maklumlah memang cerita toyol ni menjadi buah mulut orang.. maka emak aku ni pun menyimpan duitnya dalam bekas berisi kacang hijau.. tetapi malang lagi.. tetap hilang.. aduh..

Orang tua ni terpaksa memendam perasaan dan membuatnya bertambah stress. Bila stress bertambah lagi darah tingginya.. Bila balik kampung maka cerita kehilangan duitnya lah yang akan menjadi tajuk utama.. yang mendengarnya pulak terasa bosan.. mulalah memikirkan kot-kot orang tua ni salah letak ke, salah simpan ke, cicir mana-mana ke.. maklumlah orang tua ingatan pun semakin lemah.. hehehe

Tetapi bila dia cerita pada suatu malam semasa tidur  dan anak buah sedang menonton tv, tiba-tiba penyangkut besi (pencangkut kelapa sawit) yang selama ni tersangkut di dinding rumah tiba-tiba tercampak di tengah rumah membuatkan semua mula naik seram!. bukan setakat itu sahaja tiba-tiba sofa dan tilam basah ibarat kena kencing dek budak apa pulak cerita? Helmet tiba-tiba jatuh dari meja dan charger telefon tiba-tiba tercabut ibarat ditarik orang apa pulak cerita? aduhai..

bila merujuk kepada orang-orang pandai dan hasilnya.. di rumah tu ada seekor Hantu Raya yang kononya berbadan besar dan berbulu macam "king kong" bertuankan orang Indon (entah betul atau tidak) yang patuh pada suruhan tuannya..

Wahai Hantu Raya kalau ye pun nak mencuri kamu pergilah ke bank ke, ke pusat perjudian ke atau rumah orang kaya-kaya! janganlah engkau ganggu emak akau yang selalu sakit tu..

Sepanjang seminggu percutian, maka kisah Hantu Raya nilah jadi bahan bualan.. selain zikir dan doa, pelbagai cara nak mengubati termasuk perasapkan belerang dan lada kering.. aduh tak sanggup hidu dan tentunya asyik bersin jer.. Jalan lain yang lebih baik memanggil ustaz yang tahu bagaimana nak menghalau si Hantu Raya ni... Apa pun segalanya berserah kepada Allah s.w.t yang maha mengatahui.


Isnin, 1 November 2010

Bila Pengantin Terlebih Gedik

          Melihat keghairahan sambutan majlis perkahwinan sesetengah keluarga amat membimbangkan diri aku.. hati aku bertanya mengapa aku mesti bimbang.. Sebabnya banyak!  

Pertama; aku merasakan sesetengah keluarga ingin menunjuk-nunjuk untuk kelihatan mereka yang terbaik di antara yang terbaik. Kedua: bila ingin terbaik tentunya kos perbelanjaan semakin tinggi, dan tanggungan hutang "bagi yang kurang mampu" tetapi ingin dikata mampu.  Ketiga: Pembaziran - banyak perkara yang remeh tetapi ingin digunakan supaya nampak grand seperti kad jemputan yang cantik dan design yang terkini,  cenderahati (kalau dulu-dulu bunga telur). pelamin, dan macam-macam supaya kelihatan lebih cantik, hebat dan disukai ramai..  

Tetapi perkara yang aku sebut di atas bukan sangat isunya jika sememang itu yang dihajatkan terutama apabila itu adalah satu impian setiap manusia yang sentiasa tak sudah kehendaknya.. Yang lebih membimbangkan aku keletah atau perangai pengantin itu sendiri semasa majlis berjalan.. 

Sakitnya hati aku melihat sepasang pengantin ni.. sampai aku menjerit  kecil agar adalah saudara mara mereka yang perasaan agar menegur supaya pasangan pengantin tersebut bersikap sopan dan tertib.. kata raja sehari.. sepanjang majlis aku lihat pengantin perempuan tersengeh sana tersengeh sini, melambai sana melambai sini walhal yang datang sebagai tetamu  meraikan majlis bukan calang-calang orang.. sebaliknya tetamu pulak duduk sopan dan tertib penuh protokol.. aduh!! bukan setakat semasa arakan pengantin dia bersikap "gedik" tetapi di atas pelamin juga.. manalah kesopanan dan ketertiban mereka ini..

Tak puas hati aku ternyata berterusan apabila seorang sahabat mengulas pengantin yang dilihatnya juga.. tetapi sahabat memuji kerana cantik dan menawan. Bila aku nyatakan pandangan aku seperti di atas, sahabat tadi berkata mungkin si pengantin begitu ghairah almaklumlah majlis gilang gemilang serta sekali gus mendapat pengiktirafan diri.. 

Mungkin benar apa yang dikata oleh sahabat tetapi hatiku tetap berkata andainya ingin mertabatkan budaya bangsa dan sebagai satu cara memperkenalkan tingginya budaya Melayu bukan begitu cara kelaku sepengantin.. Mungkinkah budaya sopan santun, tertib dan lemah lembut itu sepatutnya ada pada diri pengantin supaya tidak dikata orang  "Pengantin Gedik" dan ianya terlipat dalam sejarah bangsa negara. 
Bila hari ini aku terbaca nukilan Maimunah di Utusan Malaysia.. erm.. tak salah apa yang dikatakan oleh beliau dan aku rasa puas hati...


   

Ahad, 24 Oktober 2010

Kisah Pulau Pisang 2 - Bila Hujan Lebat

Masih aku ingat kenangan semasa hujan lebat di Pulau Pisang.  Aku suka sebenarnya bila hujan lebat terutama bila musim buah pelam masak.  Bila hujan lebat maka banyaklah buah pelam yang gugur.. semakin banyak buah pelam gugur semakin banyak duit aku dapat.. tapi agak seksa bila mencari buah di lereng bukit apa tah lagi dicelah pokok buluh sebabnya tanah licin dan kerap aku tergelunsur dari atas dan tersangkut di celah pokok buluh.
      Di celah pokok buluh ni lah berkumpulnya buah-buah pelam.. maklumlah dari atas bukit tentunya berkumpul di celah dan mudah sahaja aku pungut dan masuk dalam "lanjung". Lanjung ni pula sebuah bakul yang dianyam dari buluh dan diletakkan di belakang bahu.. seolah mendukung orang.  Lanjungn ini pula ada saiznya, untuk kanak-kanak boleh isi buah pelam 20 biji, sederhana 50-60 biji dan yang saiz besar 100-150 biji. Berat juga kalau dipikul terutama bila mendaki bukit dani agak bahaya bila menuruni bukit selepas hujan lebat sebab mudah jatuh kerana licin.
     Satu perkara yang paling aku suka bila hujan lebat ialah jeram yang kering di tepi rumah akan berfungsi sebagai anak sungai mengalir deras. Masa inilah yang kami tunggu-tunggukan.. apa tidaknya mulalah kami mandi sakan di jeram yang kecil tetapi airnya sangat laju. Peristiwa ini hanya berlaku bila hujan lebat.  Kalau tiada hujan jeram ini akan kering kontang macam  anak sungai mati. Tetapi bila hujan lebat dah macam air terjun. Mandi sepuasnya  dan akan naik rumah bila semua dah mengigil kesejukkan.
      Tetapi bila hujan turun sehingga dua atau tiga hari.. alamak mulalah termenung di tepi tingkap jer.. dan paling tidak aktiviti makan, makan, makan... Nasi sejuk berlauk ikan masin amat menyelerakan... Bila dah lama memerap dalam rumah terasa bosan pulak. Hanya dengar bunyi tokek mengalun irama dari dalam rumah bersahut-sahutan di balik bukit dan di atas pokok. Masa inilah radio menjadi rebutan. Berkata dalam hati "bila hujan nak berhenti nih.. nak berlari di atas batu pulak" Itulah zaman kanak-kanak ku yang tahu hanya seronok jer... 
     Mengimbau kembali zaman itu.. erm bestnya zaman itu. Peristiwa yang dilalui menjadikan diri cekal dan wujudkan jati diri sebagai anak yang ingin berjaya.

Jumaat, 15 Oktober 2010

HARI KETAWA

Hari ini aku sangat kuat ketawa.. hahahaha! kah kah kah! hehehehe! huhuhu! semua versi ketawaku ada.. kenapa aku ketawa? hehehe banyak sebab.. 

Sebab pertama aku tenguk video pengantin di Indonesia yang pengantin lelakinya  mengikut kata tok imam.. Tok Imam kata "Wahai!" si pengantin pun ikut "wahai!" bila diijabkan dengan panjang lebar dan goncangkan tangan tiba-tiba pengantin lelaki menyambut dengan goncangan tangan yang penuh yakin lalu menyebut "SAH" hahahaha.. Tok Imam dan saksi yang lain tiba-tiba tercengang!! hahaha siapa pengantin yang sepatutnya kabul dan peranan si saksi bertukar kepada pengantin lelaki.. hahahhaa aku ketawa lagi...  sila klik url di bawah..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=153611948009309&ref=mf

Sebab kedua aku ketawa besar bila memberku secara kebetulan berbaju sedondon dengan seorang mamat yang selalu "kontraversi" dalam isu poligami.. tup tup boleh pulak berpakaian sedondon dengan member aku.. yang kelakarnya boleh bergambar sebagai kenangan pulak.. hahahaha aku ketawa lagi.. hehehehe apa tidaknya aku ketawa kerana kebanyakan masa depa ni selalu sangat berbaju sedondon walaupun tak pernah berpakat.. masa majlislah.. masa rombongan lah.. masa kerjalah...  macam sehati sejiwa ajer.. wal hal aku tahu pantang jumpa ada saja yang hendak didebatnya termasuk aku.. yang aku nak ketawa sebab dalam banyak perkara tak pernah sehati sejiwa tetapi bila berpakaian tetap sejiwa.. hahahaha ketawa lagi..

Sebab ketiga aku ketawa.. mungkin dari awal aku dah happy so that sampai petang pun aku happy.. bila happy aku mudah ketawa.. hahahaha ketawa lagi aku.. yang nyata janganlah sampai aku nak tidur pun aku ketawa atau dalam mimpi aku boleh ketawa.. confirm semua orang akan ketawa aku sebab aku dah mula ada penyakit ketawa.. hahahha oppss.. tak nak ketawa.. hehehe tak boleh sebab aku sedang nak ketawa gak.. hahahahha..




Rabu, 13 Oktober 2010

Pulau Pisang



KISAH - PULAU PISANG - 1

Mengimbau kembali kenangan semasa kecilku.. bersama aruah Bak "Allayarham Abdul Raoof" Bak adalah panggilan kami adik beradik kepada  ayah kami yang tercinta.. seorang bapa yang cukup penyayang dan kukenali sebagai seorang bapa yang berhemah.. 

Ketika kami kecil dulu  bersama kekandaku - Nor Fifah, adikku Julie, Awaluddin dan yang bongsu Siti Khatijah.. kami akan balik ke Pulau Pisang apabila tiba musim buah-buahan.. satu masa yang amat kunantikan.. sebab aku terlalu suka mandi laut di tepi pantai, suka bersihkan kolam, suka menyusur pantai berbatu untuk mencari karangan laut, suka panjat bukit untuk memungut buah mangga, kuini, durian dan cempedak. 

Bila mengingatkan aruah Bak paling aku suka apabila Bak menebang pokok buluh di lereng bukit dan dari kejauhan aku boleh dengar dentuman pokok buluh yang telah di bakar... Kudrat orang tua dan orang-orang tua dahulu amat kuat hanya berbekalkan parang panjang dan kapak bukit belentara dapat terang dan menghasilkan satu warisan generasi kini..

Aku amat merindui suasana ini.. aku tahu ibuku Hajah Kalsom juga amat merindui saat manis bersama suaminya ketika menemaninya semasa menebas dan menebang pokok buluh di lereng bukit.  Bersama melihat kepulan asap dari pantai sambil memerhatikan kelebatan buah mangga yang menjadi punca rezeki keluarga. Tentunya mereka memikirkan inikah warisan untuk anak bangsanya.. sedangkan aku ngan adik beradik yang lain terlalu seronok dan ketawa kerana dibadai ombak ketika berenang di pantai yang berbatu..

Aku amat merinduimu Bak.. AlFatihah - Abdul Raoof bin Jabir@Tuaka (1921-2003)

 

Isnin, 11 Oktober 2010

Bila Aku Tersalah Kereta

Peristiwa ini berlaku semasa aku lepas jumpa member lama di Alamanda Putrajaya. Sebaik borak aku mula rasa sakit perut.. setelah berbahasa basi aku minta izin untuk balik.. keter Gen2 aku parking di level 6 so aku terpaksa naik lif.. Dalam lif ada seorang lelaki umur 30an agaknya.. dengan seorang anak perempuan yang cute baya umur 4 atau 5 tahun.. dalam masa kesakitan perut aku masih sempat senyum-senyum dengan si cute ni..
Sampai di level 6 aku bergegas keluar.. dan menuju ke kereta Gen2ku.. Lelaki dan anak perempuannya mengikuti aku dari belakang.. Bila aku sampai di kereta Gen2ku  aku perasan lelaki tadi pun berada di belakang aku.. Aku dengan konfidennnya terus ambil kunci dan cuba buka pintu kereta.. Eh! apasal lak kereta aku ni susah nak buka..

Lelaki tadi dah berada di sebelah aku.. "Kak, ini kereta saya.." haa...??? dan aku perasan si budak cute tadi memandang aku dengan penuh suspen..  Tak percaya aku amati lagi kereta.. oh bukan kereta akulah.. kereta ni nampak rugged  semacam jer.." "eh, mana kereta saya.. lalu mata aku melilau cari Gen2 oren ku.. dan kali ini sure aku tak tersalah kereta lagi.. bila aku amati di barisan hadapan ada kerete plat no JJLXXXX.. sure memang tak salah.. aku menoleh pada mamat ni.. "dek, akak minta maaf yer.. akak tersalah kereta.." huhuhu.. malu...

Lelaki tadi tersenyum dan mengangguk-angguk... tetapi terus memandangku sehingga aku masuk kereta.. mungkin nak memastikan yang aku bukan pencuri kereta.. hahaha... aku ketawa dalam hati tapi dalam masa yang sama aduh malunya... sepanjang balik memandu menuju rumah beberapa kali aku menepuk pipiku.. terasa tebal..hahahaha....

Khamis, 30 September 2010

BUAH HATI KEKASIH ORANG

Pada aku perkara ini biasa.. bila lelaki yang telah bertunang tersuka perempuan yang lain.. lelaki yang telah kahwin suka dan gatal dengan perempuan lain.. kalau dijodohkan akhirnya berakhir dengan pernikahan..

Kalau kepada perempuan pulak, dah ada tunang terjatuh cinta dengan lelaki lain.. biasa juga.. setidaknya belum jadi bini orang.. kalau dah jadi bini orang jatuh cinta dengan orang lain.. memang ada pun.. jadi kesimpulannya cinta itu buta..

Mungkin manis lagi bila kata bercinta dengan laki orang, tapi akan nampak janggal bila bercinta dengan bini orang.. hahaha.. dunia dunia..

So kalau kita nampak alim dan baik konon pun tapi kalau dah kata manusia kegatalan tetap ada.. dan selagi nama manusia nafsu tetap ada la .. itu sememangnya fitrah manusia.. kadangkala bila suka mengaibkan orang rupanya Tuhan membalas dengan mengaibkan diri sendiri..  hahaha.. tepuk dahi!!

ORANG YANG BODOH SOMBONG

Bagaimana orang tua-tua boleh mewujudkan ungkapan kata "bodoh sombong"?  pada pengamatan aku orang tua-tua dahulu kala amat tepat bila berkata.. jelas amat bila marah.. orang yang bodoh. maknanya orang yang pendek akal fikirannya, orang yang tidak tahu membuat penilaian, orang tidak tahu berfikir apa kesannya bila bertindak, orang yang rasanya dunia kecilnya itu adalah sebesar dunia sebenar..rasa pa yang dibuat itu betul pada pengamatanya..

Sombong pula?  merujuk kepada orang yang rasa dirinya amat bagus maksudnya terlebih bagus hingga tersasar perkataan bagus.. jadi tak de maknanya lagi perkataan bagus itu...

Jadi boleh aku kata si sombong bodoh ini adalah yang berperangai bodoh sombong.. hahaha terbalik, terbalik rupanya memang itu pun maknanya.. merujuk kepada perangai,  sikap dan pemikiran orang tersebut.. kena sabar jer berdepan spesis manusia seperti ini.. betul gak kata pensyarah aku dulu.. setiap manusia ada unsur kebinatangan... maksudnya selagi bernama haiwan tetap haiwan kerana manusia adalah spesis haiwan..

Selasa, 21 September 2010

Lagu "MATAHARI"

Aku pernah menyanyikan lagu Matahari nyanyian Monica Agnes ni.. sajer-sajer.. dan ada seorang sahabat yang mengatakan aku boleh menyanyikan lagu tersebut dan memintaku hafal liriknya..dan dia merasa sangat terharu bila aku menyannyikan lagu ini.. Entahlah lagu-lagu ni padaku hanya satu genre seni yang perlu dihargai dan aku taklah pulak jenis lentuk-lentuk ngan lagu-lagu ni... Seoarang lagi rakan karibku yang mendengar komen dari sahabat pertama merasa suspen jer bila dengan pengakuan sahabat pertama tadi..

Dua minggu kemudian bila naik ofis.. kawan karibku yang suspen tadi telah menghulurkan lirik lagu tersebut.. "oh! lagu Matahariku?" tanyaku sambil tersenyum.. dia lantas menceritakan sanggup download lagu ni masa sesi menunggu di airport semasa balik kampung.. wah!  dia ni seorang sahabat yang paling perihatin dan sentiasa ingin mendapat jawapan dalam apa cara pun.. hehehe.. 

Bila pasal lirik lagu ni satu kelemahan aku ialah tak pernah hafal lirik lagu. Seingat aku hanya lagu Negaraku yang aku hafal..so jangalah nak suruh aku ikut program "jangan lupa lirik" hehehehe

So di laman ini ingin ku persembahkan lagu "MATAHARIKU " khas buat sahabat-sahabat baikku yang telah mendengar aku nyanyi lagu ini.. hahaha..

tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

*berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

**dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

repeat *
dengarkanlah kau matahariku

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku

repeat **


Jumaat, 17 September 2010

Bila Jarang Naik Pengangkutan Awam

Apabila amalan lama sudah lama tidak diamalkan.. iaitu beli tiket bas di kaunter.. Gara-gara kereta bermasalah terpaksa balik naik bas.. bosan melihat dua kerani kaunter yg layan tak layan pelanggan dah beratur.. asyik membelek komputer yang mungkin ada masalah.. pandang atau beri isyarat tunggu sebentar pun tak.. aduh seksanya rasa.. orang belakang saya dah berkata naper lambat sangat.. geram punya pasal aku cakap "ntah!, dia wat tak tahu jer kita ada kat sini.." yer lah apa salahnya dia kata.. kejap yer kak.. agak-agak 10 minit komputer dah ok.. pelanggan pertama berlalu.. tiba giliran aku.. kerani lelaki ni pandang saya.. "dalam hati nasib baik dia pandang" kak nak gi mana? lantas dengan selamba aku jawab  ke Batu Pahat? ermmm??? Batu Pahat Kak? aku terdiam.. dia pandang aku.. Allahu Akhbar! rupanya la ni aku di Batu Pahat yang aku nak pergi ke Seremban.. Sorry ke Seremban!! Oh Seremban dan dia senyum.. yang terawal jam 4.00 petang. Ok aku pun bayar tiket Batu Pahat - Seremban RM15.40. 

Rasa kekok tu terasa juga.. tanya kerani tu kembali.. bas sampai di depan ni ke dek? yer kak, akak tunggu dalam ni..  Aku pun duduk menunggu sambil pandang sana pandang sini..  Bas akan bertolak jam 4.00 petang.. Ok aku menunggu  masa lebih kurang 25 minit lagi.. Jam dinding jam 4.00 petang dah.. kerani tadi tak kisah pun, memaklumkan bas dah sampai ker belum. Pelanggan semakin ramai beratur beli tiket.. gelabah aku dibuatnya.. aku belek tiket tak der pun no plat basnya.. dah dua minit.. dek, basnya tunggu di sini ker? Apa nombor basnya.. Oh.. oh.. kak! akak kena pergi seberang jalan tu.. bas "$$&%%" sambil menggaru kepala.. Aku pun terus menghala ke bas yang dinyatakan.. Driver dah ada dah kulihat dah ramai penumpang. Driver tu cakap ah.. nak jalan dah ni.. First syukur tak ketinggalan bas..

Bila naik bas.. tiket aku seat no 12.. alamak penuh ngan beg besar-besar ni.. amacam tempat duduk aku ni.. aku pandang kiri kanan.. tiba-tiba penumpang sebelah berkata kak duduk jer di mana-mana kak.. aku pun tak kisah duduk jer.. lagi pun tak ramai orang.. aduhai.. gini gamaknya...

Nasib baik tak ramai.. driver pun sopan dan kelihatan bertanggungjawab.. aku pun relaxlah dalam bas.. melayan perasaan.. sambil dengar video cd lagu-lagu raya, lagu lama dalam bas.. boleh lah..tak bosan sangat. Tapi geram aku kat kerani yang tak maklum mana bas, apa nombornya, maklum mengatakan bas dah sampai, sila naik bas No Pendaftaran apa ker.. orang macam aku ni yang jarang naik bas akan terpinga-pinga.. kalau orang tua bagaimana? OKU bagaimana? pelancung bagaimana? hendaknya syarikat-syarikat bas lebih mengutamakan layanan mesra dan maklumat yang betul kepada pelanggan.. baru pelanggan rasa seronok nak naik bas.. perkhidmatan bas pun boleh maju..

Dah samapai Seremban.. 17 tahun yang lalu inilah stesyen tempat aku menuju ke destinasi kampung halamanku di Johor.. almaklumlah tak der kereta lagi.. Wow! rasa bangga gak Seremban jauh berubah.. terbayang 17 tahun yang lalu.. ada gerai-gerai penjual kacang putih di tepi  la ni dah tak nampak dah. Bila nak turun bas jer.. satu suara dari tempat duduk penumpang.. Kuperhatikan eh!! orang yang letak beg besar dia di tempat duduk aku tadi ni.. (dalam hati jer..) Cik Aisyah! terus bersalam dan cium tangan.. oleh kerana keadaan tak mengizinkan dalam bas aku pun tunggu di bawah.. Dia perkenalkan dirinya..  rupanya bekas studentku di TSPR.. jauh berubah.. sopan, mesra dan yang penting ingat aku dan beberapa orang staf di TSPR. memperkenalkan adiknya.. adiknya tersenyum.. oh awak tadi yer yang letak beg di seat saya.. sambil ketawa.. kecil benar dunia ni. Terima kasih lah ingat saya.. Masakan tak ingat Cik Aisyah! , Cik Aisyah kan jaga disiplin.. dan kami pun ketawa.. bertukar no telefon dan berharap dia sentiasa berjaya insya-Allah.  Seronok rasanya student kita berubah ke arah positif.. 
 
Jalan kaki menuju stesyen KTM Seremban. Laluan penjalan kaki dah cantik, selamat dan berbumbung lagi .. Satu perubahan yang bagus, tandanya kerajaan perihatin. Beli tiket di kaunter.. Sekali lagi berdepan  dengan penjual tiket bezanya ini komuter.. aku cakap ke UKM Bangi dan menghulurkan note RM50.00.  Sepontan dia ambil duit  dan minta maaf.. Cik saya ada note kecil sahaja RM5.00,  tak mengapan kan cik.. kalau saya  beri baki wang note kecil.. aku pun dengan senyum berkata tak mengapa tetapi dalam hati kata lagi bagus.. sebenarnya aku ada note RM10.00 tetapi sengaja aku tak bagi kerana lebih mementingkan untuk membayar tambang teksi nanti. Manalah tau driver teksi tak der wang kecil nak balikkan wang baki aku.. hehehe.  

Selepas beli tiket, maka aku pun menjadi penunggu sepi di setesyen ini.. Komuter jangka sampai jam 8.00 malam.  Dalam duduk menunggu  aku mengambil peluang memerhati sekitar.. sebelah aku adalah sebuah keluarga (bapa, ibu dan anak lelaki umur lingkungan 10 tahun) si bapa sengaja hisap rokok betul-betul di papan tanda  "BAHAYA VOLTAN TINGGI".  Aduh! nak tegur dah tua..  erm biar kan jer  lah!!.. walau pun dalam hati ada rasa negeri .. Kenapalah lah pihak KTM ni tak mendidik  amalan keselamatan kepada pengguna dengan lebih kreatif? terpacul pulak dalam otak aku ni.. ah lantak lah.. 

Jam 8.00 malam tepat tren pun sampai.. wow tepat pada waktunya.. Sekali lagi aku berdepan dengan keluarga ni yang tak membiarkan orang turun dulu.. membiarkan anaknya berdiri macam main galah panjang.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. aduh.. apalah salahnya berdiri sebelah tepi biarkan penumpang turun dan rasa selesa naik.. bukannya ramai orang pun.. Masuk perut tren dan duduk di sebelah  mamat Cina.. tapi aku lebih tertarik tenguk lantai tren ni yang dah terkoyak dan nampak papan di dalamnya.. Sekali lagi aku berkata dalam hati selamat ker..??? apa KTM dah buat? oh mungkin merasakan masih selamat lagi kot...??  hati dan otak selalu berrcanggah.. dan otak aku suka sangat merasionalkan keadaan walau pun  hatiku berkata kena bertindak dengan segera.. jangan!! ikut hati mati beb.. hehehe.  45 minit kemudian sampai di UKM Bangi. 

Aku terus menujuk ke port teksi.  Pak Cik Driver Teksi terus suruh aku masuk dan tak sempat aku nak cakap kat mana.  Dalam teksi baru aku cakap nak ke PLPP Bangi, Jalan Sungai  Merab.. Ok, kuarters yer Cik.. Ya jawab ku ringkas.  Aku memecah kesunyian.. tak ramai orang ya encik.. yer lah orang tak balik lagi dari bercuti.. student pun tak balik..  Senyap kembali hingga  hampir sampai.. dan driver bertanya nak lalu gate depan atau gate belakang cik.. Lalu gate utama lah.. rupanya Pak Cik Driver Teksi ni selalu masuk kawasan ambil student keluar outing.. Rasa bangga gak kat Pak Cik Driver teksi ni.. tak kisah ambil dan jemput student walau pun OKU, sesetengan pemandu rasa malas dan rasa susah nak layan OKU.   Selamat sampai kuartrs jam 9.00 malam. Apa yang pasti.. jimat memanglah jimat, tak penat drive sendiri.. cuma masa jer kot yang panjang sedikit..  telefon emak kata anaknya dah sampai.. emak pun kata "Alhamdulillah!, agak cepat yer.." yang penting selamat..

Ini lah pengalaman yang lebih kurang sepuluh tahun tak naik bas.. walau apa pun terima kasih lah atas perkhidmatan pengangkutan awam ni.. perkhidmatanmu amat diperlukan.. Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang perjalanan ini.. Erti kemanusiaan, keperaturan, kenang budi, sikap tolak ansur, kemajuan  dan apa yang penting di mana kita meletakkan diri kita sebagai individu di negara yang tercinta ini.
   

Ahad, 12 September 2010

Raya

hasilnya...... burasak yang siap di bungkus
zeera... tekun membungkus burasak

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum wbkt..
Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut syawal 1413 dengan penuh kegembiraan.. Perjalanan balik kampung memang memenatkan tetapi panggilan kampung lebih kuat.. yerlah bila balik kampung boleh jumpa sanak saudara, rakan taulan... tapi yang paling terfikir bagaiaman nak buat persiapan hari raya.. Paling pasti mengemas rumah.. almaklumlah hanya ibu yang telah tua dan cucu yang tinggal.. jadi banyak perkara yang telah terlepas pandang..

Sawang, barang-barang yang perlu dilupuskan..pasang langsir, ganti sarung kusyen, pasang karpet jadi agenda.. bila dah berkumpul ramai-ramai mulalah gotong royong.. satu kumpulan bahagian pengemasan dan satu kumpulan pula buat Burasak,Pakloi, Lepat dan Ketupat. Kumpulan buat buat burasak lazimnya sehari sebelum raya.. dalam masa yang sama menyiang daging, ayam dan ikan parang satu kemestian. beginalah gamatnya apabila nak beraya...