Jumaat, 17 September 2010

Bila Jarang Naik Pengangkutan Awam

Apabila amalan lama sudah lama tidak diamalkan.. iaitu beli tiket bas di kaunter.. Gara-gara kereta bermasalah terpaksa balik naik bas.. bosan melihat dua kerani kaunter yg layan tak layan pelanggan dah beratur.. asyik membelek komputer yang mungkin ada masalah.. pandang atau beri isyarat tunggu sebentar pun tak.. aduh seksanya rasa.. orang belakang saya dah berkata naper lambat sangat.. geram punya pasal aku cakap "ntah!, dia wat tak tahu jer kita ada kat sini.." yer lah apa salahnya dia kata.. kejap yer kak.. agak-agak 10 minit komputer dah ok.. pelanggan pertama berlalu.. tiba giliran aku.. kerani lelaki ni pandang saya.. "dalam hati nasib baik dia pandang" kak nak gi mana? lantas dengan selamba aku jawab  ke Batu Pahat? ermmm??? Batu Pahat Kak? aku terdiam.. dia pandang aku.. Allahu Akhbar! rupanya la ni aku di Batu Pahat yang aku nak pergi ke Seremban.. Sorry ke Seremban!! Oh Seremban dan dia senyum.. yang terawal jam 4.00 petang. Ok aku pun bayar tiket Batu Pahat - Seremban RM15.40. 

Rasa kekok tu terasa juga.. tanya kerani tu kembali.. bas sampai di depan ni ke dek? yer kak, akak tunggu dalam ni..  Aku pun duduk menunggu sambil pandang sana pandang sini..  Bas akan bertolak jam 4.00 petang.. Ok aku menunggu  masa lebih kurang 25 minit lagi.. Jam dinding jam 4.00 petang dah.. kerani tadi tak kisah pun, memaklumkan bas dah sampai ker belum. Pelanggan semakin ramai beratur beli tiket.. gelabah aku dibuatnya.. aku belek tiket tak der pun no plat basnya.. dah dua minit.. dek, basnya tunggu di sini ker? Apa nombor basnya.. Oh.. oh.. kak! akak kena pergi seberang jalan tu.. bas "$$&%%" sambil menggaru kepala.. Aku pun terus menghala ke bas yang dinyatakan.. Driver dah ada dah kulihat dah ramai penumpang. Driver tu cakap ah.. nak jalan dah ni.. First syukur tak ketinggalan bas..

Bila naik bas.. tiket aku seat no 12.. alamak penuh ngan beg besar-besar ni.. amacam tempat duduk aku ni.. aku pandang kiri kanan.. tiba-tiba penumpang sebelah berkata kak duduk jer di mana-mana kak.. aku pun tak kisah duduk jer.. lagi pun tak ramai orang.. aduhai.. gini gamaknya...

Nasib baik tak ramai.. driver pun sopan dan kelihatan bertanggungjawab.. aku pun relaxlah dalam bas.. melayan perasaan.. sambil dengar video cd lagu-lagu raya, lagu lama dalam bas.. boleh lah..tak bosan sangat. Tapi geram aku kat kerani yang tak maklum mana bas, apa nombornya, maklum mengatakan bas dah sampai, sila naik bas No Pendaftaran apa ker.. orang macam aku ni yang jarang naik bas akan terpinga-pinga.. kalau orang tua bagaimana? OKU bagaimana? pelancung bagaimana? hendaknya syarikat-syarikat bas lebih mengutamakan layanan mesra dan maklumat yang betul kepada pelanggan.. baru pelanggan rasa seronok nak naik bas.. perkhidmatan bas pun boleh maju..

Dah samapai Seremban.. 17 tahun yang lalu inilah stesyen tempat aku menuju ke destinasi kampung halamanku di Johor.. almaklumlah tak der kereta lagi.. Wow! rasa bangga gak Seremban jauh berubah.. terbayang 17 tahun yang lalu.. ada gerai-gerai penjual kacang putih di tepi  la ni dah tak nampak dah. Bila nak turun bas jer.. satu suara dari tempat duduk penumpang.. Kuperhatikan eh!! orang yang letak beg besar dia di tempat duduk aku tadi ni.. (dalam hati jer..) Cik Aisyah! terus bersalam dan cium tangan.. oleh kerana keadaan tak mengizinkan dalam bas aku pun tunggu di bawah.. Dia perkenalkan dirinya..  rupanya bekas studentku di TSPR.. jauh berubah.. sopan, mesra dan yang penting ingat aku dan beberapa orang staf di TSPR. memperkenalkan adiknya.. adiknya tersenyum.. oh awak tadi yer yang letak beg di seat saya.. sambil ketawa.. kecil benar dunia ni. Terima kasih lah ingat saya.. Masakan tak ingat Cik Aisyah! , Cik Aisyah kan jaga disiplin.. dan kami pun ketawa.. bertukar no telefon dan berharap dia sentiasa berjaya insya-Allah.  Seronok rasanya student kita berubah ke arah positif.. 
 
Jalan kaki menuju stesyen KTM Seremban. Laluan penjalan kaki dah cantik, selamat dan berbumbung lagi .. Satu perubahan yang bagus, tandanya kerajaan perihatin. Beli tiket di kaunter.. Sekali lagi berdepan  dengan penjual tiket bezanya ini komuter.. aku cakap ke UKM Bangi dan menghulurkan note RM50.00.  Sepontan dia ambil duit  dan minta maaf.. Cik saya ada note kecil sahaja RM5.00,  tak mengapan kan cik.. kalau saya  beri baki wang note kecil.. aku pun dengan senyum berkata tak mengapa tetapi dalam hati kata lagi bagus.. sebenarnya aku ada note RM10.00 tetapi sengaja aku tak bagi kerana lebih mementingkan untuk membayar tambang teksi nanti. Manalah tau driver teksi tak der wang kecil nak balikkan wang baki aku.. hehehe.  

Selepas beli tiket, maka aku pun menjadi penunggu sepi di setesyen ini.. Komuter jangka sampai jam 8.00 malam.  Dalam duduk menunggu  aku mengambil peluang memerhati sekitar.. sebelah aku adalah sebuah keluarga (bapa, ibu dan anak lelaki umur lingkungan 10 tahun) si bapa sengaja hisap rokok betul-betul di papan tanda  "BAHAYA VOLTAN TINGGI".  Aduh! nak tegur dah tua..  erm biar kan jer  lah!!.. walau pun dalam hati ada rasa negeri .. Kenapalah lah pihak KTM ni tak mendidik  amalan keselamatan kepada pengguna dengan lebih kreatif? terpacul pulak dalam otak aku ni.. ah lantak lah.. 

Jam 8.00 malam tepat tren pun sampai.. wow tepat pada waktunya.. Sekali lagi aku berdepan dengan keluarga ni yang tak membiarkan orang turun dulu.. membiarkan anaknya berdiri macam main galah panjang.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. aduh.. apalah salahnya berdiri sebelah tepi biarkan penumpang turun dan rasa selesa naik.. bukannya ramai orang pun.. Masuk perut tren dan duduk di sebelah  mamat Cina.. tapi aku lebih tertarik tenguk lantai tren ni yang dah terkoyak dan nampak papan di dalamnya.. Sekali lagi aku berkata dalam hati selamat ker..??? apa KTM dah buat? oh mungkin merasakan masih selamat lagi kot...??  hati dan otak selalu berrcanggah.. dan otak aku suka sangat merasionalkan keadaan walau pun  hatiku berkata kena bertindak dengan segera.. jangan!! ikut hati mati beb.. hehehe.  45 minit kemudian sampai di UKM Bangi. 

Aku terus menujuk ke port teksi.  Pak Cik Driver Teksi terus suruh aku masuk dan tak sempat aku nak cakap kat mana.  Dalam teksi baru aku cakap nak ke PLPP Bangi, Jalan Sungai  Merab.. Ok, kuarters yer Cik.. Ya jawab ku ringkas.  Aku memecah kesunyian.. tak ramai orang ya encik.. yer lah orang tak balik lagi dari bercuti.. student pun tak balik..  Senyap kembali hingga  hampir sampai.. dan driver bertanya nak lalu gate depan atau gate belakang cik.. Lalu gate utama lah.. rupanya Pak Cik Driver Teksi ni selalu masuk kawasan ambil student keluar outing.. Rasa bangga gak kat Pak Cik Driver teksi ni.. tak kisah ambil dan jemput student walau pun OKU, sesetengan pemandu rasa malas dan rasa susah nak layan OKU.   Selamat sampai kuartrs jam 9.00 malam. Apa yang pasti.. jimat memanglah jimat, tak penat drive sendiri.. cuma masa jer kot yang panjang sedikit..  telefon emak kata anaknya dah sampai.. emak pun kata "Alhamdulillah!, agak cepat yer.." yang penting selamat..

Ini lah pengalaman yang lebih kurang sepuluh tahun tak naik bas.. walau apa pun terima kasih lah atas perkhidmatan pengangkutan awam ni.. perkhidmatanmu amat diperlukan.. Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang perjalanan ini.. Erti kemanusiaan, keperaturan, kenang budi, sikap tolak ansur, kemajuan  dan apa yang penting di mana kita meletakkan diri kita sebagai individu di negara yang tercinta ini.