Hantu Raya? Alamak! kali ni aku nak cerita pasal Hantu Raya yang telah mengunjungi rumah ibuku di kampung. Aduh kesian aku melihat emakku yang tension benar dengan malaon seekor ni.. kisahnya apabila emak selalu mengadu duit dia sering hilang bukan setakat seringgit dua ringgit, malah beratus ringgit.. biasalah orang tua akan simpan duit pemberian anak menantu buat belanja dapur dan keperluan harian.. simpan pulak kadangkala yang tak terduga dek akal.. bawah tilam, dalam tin dan paling kelakar kalau disimpan dalam bakul bawang tak pun dalam peti ais.. hahaha emakku tak lah seteruk itu..
Mula-mula ingat kenakalan cucunya tetapi bila simpan dalam kocek di baju sendiri pun boleh hilang sedangkan cucu-cucu semua pergi sekolah telah menimbulkan syak di hatinya.. apa dan siapa sebenarnya. Toyol? tak mustahil sitoyol punya kerja.. al-maklumlah memang cerita toyol ni menjadi buah mulut orang.. maka emak aku ni pun menyimpan duitnya dalam bekas berisi kacang hijau.. tetapi malang lagi.. tetap hilang.. aduh..
Orang tua ni terpaksa memendam perasaan dan membuatnya bertambah stress. Bila stress bertambah lagi darah tingginya.. Bila balik kampung maka cerita kehilangan duitnya lah yang akan menjadi tajuk utama.. yang mendengarnya pulak terasa bosan.. mulalah memikirkan kot-kot orang tua ni salah letak ke, salah simpan ke, cicir mana-mana ke.. maklumlah orang tua ingatan pun semakin lemah.. hehehe
Tetapi bila dia cerita pada suatu malam semasa tidur dan anak buah sedang menonton tv, tiba-tiba penyangkut besi (pencangkut kelapa sawit) yang selama ni tersangkut di dinding rumah tiba-tiba tercampak di tengah rumah membuatkan semua mula naik seram!. bukan setakat itu sahaja tiba-tiba sofa dan tilam basah ibarat kena kencing dek budak apa pulak cerita? Helmet tiba-tiba jatuh dari meja dan charger telefon tiba-tiba tercabut ibarat ditarik orang apa pulak cerita? aduhai..
bila merujuk kepada orang-orang pandai dan hasilnya.. di rumah tu ada seekor Hantu Raya yang kononya berbadan besar dan berbulu macam "king kong" bertuankan orang Indon (entah betul atau tidak) yang patuh pada suruhan tuannya..
Wahai Hantu Raya kalau ye pun nak mencuri kamu pergilah ke bank ke, ke pusat perjudian ke atau rumah orang kaya-kaya! janganlah engkau ganggu emak akau yang selalu sakit tu..
Sepanjang seminggu percutian, maka kisah Hantu Raya nilah jadi bahan bualan.. selain zikir dan doa, pelbagai cara nak mengubati termasuk perasapkan belerang dan lada kering.. aduh tak sanggup hidu dan tentunya asyik bersin jer.. Jalan lain yang lebih baik memanggil ustaz yang tahu bagaimana nak menghalau si Hantu Raya ni... Apa pun segalanya berserah kepada Allah s.w.t yang maha mengatahui.