Khamis, 30 September 2010

ORANG YANG BODOH SOMBONG

Bagaimana orang tua-tua boleh mewujudkan ungkapan kata "bodoh sombong"?  pada pengamatan aku orang tua-tua dahulu kala amat tepat bila berkata.. jelas amat bila marah.. orang yang bodoh. maknanya orang yang pendek akal fikirannya, orang yang tidak tahu membuat penilaian, orang tidak tahu berfikir apa kesannya bila bertindak, orang yang rasanya dunia kecilnya itu adalah sebesar dunia sebenar..rasa pa yang dibuat itu betul pada pengamatanya..

Sombong pula?  merujuk kepada orang yang rasa dirinya amat bagus maksudnya terlebih bagus hingga tersasar perkataan bagus.. jadi tak de maknanya lagi perkataan bagus itu...

Jadi boleh aku kata si sombong bodoh ini adalah yang berperangai bodoh sombong.. hahaha terbalik, terbalik rupanya memang itu pun maknanya.. merujuk kepada perangai,  sikap dan pemikiran orang tersebut.. kena sabar jer berdepan spesis manusia seperti ini.. betul gak kata pensyarah aku dulu.. setiap manusia ada unsur kebinatangan... maksudnya selagi bernama haiwan tetap haiwan kerana manusia adalah spesis haiwan..