Rabu, 6 Ogos 2014
Khamis, 10 April 2014
Musim Tekoma Di Pekan Benut.
![]() |
| Pandangan Jalan Jaafar dari Simpang Empat. |
Ada yang menyebut tekoma ini "Sakura Malaysia"
Apa pun, kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang menganugerahkan kepelbagaian yang indah untuk kenikmatan makhlukNya. Terima kasih kepada landskaper yang mengilhamkan penanaman pokok Tekoma ini. Amat diharap tiada ada halangan dari mana-mana pihak untuk mengnyahkan pepohonan tekoma ini. Amat berharap Majlis Tempatan Benut agar sentiasa mengutamakan keindahan dan mengekalkan identiti Jalan Jaafar dengan redupan deretan tekoma ini. Keredupan di tengahari tentunya memberi keselesaan kepada pejalan kaki terutama kepada anak-anak sekolah di mana terdapat tiga buah sekolah yang saling berdekatan iaitu Sekolah Menengah Benut, Sekolah Kebangsaan Benut, Sekolah Agama Benut, Tadika, dan juga PDK Benut.
Pekan Benut sebuah pekan kecil di mana penduduknya boleh dikatakan saling mengenali antara satu sama lain bagaikan berada di sebuah pekan kecil di negara empat musim.. penuh romantik. Ramai yang menyebut musim tekoma ini bagaikan musima "sakura" di Malaysia. Kehidupan begini tentunya memberi satu aura ceria kepada penduduk pekan ini.
![]() |
| Anak buah penulis Amani dan adiknya Farid kelihatan begitu seronok dengan bunga tekoma yang sedang berguguran sepanjang Jalan Jaafar. |
![]() |
| Bagaikan hamparan.... |
Selasa, 28 Januari 2014
Menghirup Bayu Laut Sambil Membeli Hasil Laut di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.
![]() |
| Pantai Remis Menghadap Selat Melaka , berbalam kelihatan Pulau Angsa |
Assalam, lama tak berkongsi cerita di blog ini.. kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman semasa berkunjung ke Pantai Remis, Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor.
Mendapat kesempatan di hujung minggu melihat tempat orang menjadi satu pengalaman yang cukup berharga. Gara-gara teringin nak merasa mentarang yang begitu popular di Kuala Selangor memberi peluang kepada saya bersama sahabat balik ke kampungn halaman keluarganya di Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor.
Mendapat kesempatan di hujung minggu melihat tempat orang menjadi satu pengalaman yang cukup berharga. Gara-gara teringin nak merasa mentarang yang begitu popular di Kuala Selangor memberi peluang kepada saya bersama sahabat balik ke kampungn halaman keluarganya di Sungai Sembilang, Jeram, Kuala Selangor.
Kesempatan ini membawa saya ke Pantai Remis yang tidak jauh dari
belakang rumah ibu saudaranya. Hamparan
laut Selat Melaka menjadikan Pantai Remis ini sumber rezeki kepada penduduk
tempatan. Hembusan bayu yang menyegarkan amat mendamaikan jika anda penggemar
alam semula jadi yang menghargai alam.
Walaupun pantainya tidak berpasir putih segebu di pantai sebelah timur, berlaut Laut China Selatan
namun Pantai Remis tetap ada keunikannya serta mendamaikan.
![]() |
| Batuan tambak sepanjang pantai bagi mengelakkan hakisan dan deretan pohon rhu menambah keindahan pantai |
![]() |
![]() |
| Penulis bersama sahabat mengambil peluang merakamkan kenangan di pantai ini |
Gerai yang menghadap laut tentunya memberi kepuasan kepada mereka yang
cintakan alam semula jadi. Sambil membeli belah untuk dijadikan lauk
pauk, pengujung juga boleh membawa keluarga terutama anak-anak bermain
layang-layang. Tiupan angin laut tentunya memberi
keseronokan kepada penggemar layang-layang.
Pantai Remis ini memberi rezeki
kehidupan kepada penduduknya yang menjadi nelayan pantai dan peniaga di
sepanjang Pantai Remis ini. Banyak gerai-gerai yang menjual hasil
tangkapan laut selain ikan segar, spesis cengkerang iaitu
mentarang, lokan, siput sedut, remis, kepah, ala-ala, pepahat, kupang malah
belangkas juga ada dijual. Di Pantai Remis ini seolah satu hub
penjualan hasil laut spesis cengkerang. ![]() |
| Penulis menunjukkan belangkas yang dijual digerai makanan dan menjadi rezeki hidangan makan malam belangkas masak cili. |
Belangkas juga adalah hasil makanan laut yang enak dimakan.
Ianya dianggap sebagai makanan exotik dan hanya mereka yang biasa sahaja mengetahui kelazatan belangkas. Sebelum ini penulis hanya berpengalaman memakan telurnya sahaja, tetapi kesempatan ini penulis dapat menikmati isinya, walaubagaimana pun penulis jujur mengatakan telurnya lagi enak.. hehehehe..
![]() | ||
![]() | ||||||
| Pelbagai hasil laut yang boleh dibeli di gerai Pantai Remis |
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
| Inilah yang dikatakan mentarang. Direbus atau dibakar memang enak sekali.
Rasanya manis. Selain itu ianya juga boleh dimasak sambal atau apa sahaja yang difikirkan sesuai.
|
Selain dari hasil laut, tanaman sayuran penduduk tempatan juga banyak dijual seperti keladi, ubi, keledek, batang keladi, pucuk ubi, pucuk paku, pucuk peria pantai, nangka dan pelbagai hasil tanaman lain boleh dibeli dengan harga yang cukup berpatutan.
Ikan Bilis, ikan kering dan belacan buatan penduduk tempatan juga ada dijual. Pendek kata apa sahaja hasil lautan boleh diperolehi di gerai sepanjang Pantai Remis ini. Sempat juga berbual mesra dengan penjual yang cukup ramah yang melahirkan rasa bangganya kerana penduduk tempatan boleh menghasilkan jualan yang menjadi identiti masyarakat setempat.
Berkunjung di Pantai Remis, membawa satu pengalaman menarik dan rasa keinginan penulis untuk datang lagi begitu tinggi. Kepada anda pembaca blog ini andai ada kesempatan pergilah berkunjung ke Pantai Remis. Akhir kata pantun penulis..
Pantai Remis pantainya landai,
Banyak kerangan datang merapat,
Tidaklah mengemis andainya pandai,
Ringannya tangan rezeki mendapat.
Wassalam.
Oleh : Syanz Abdul Raoof
Kenangan 22 Januari 2014
Kenangan 22 Januari 2014
Isnin, 18 November 2013
Khamis, 12 September 2013
Isnin, 29 Julai 2013
Nukilan Pantun Dariku:
Angin kencang beralun gelombang,
Gelombang besar membadai pantai,
Bawa berbincang bawa bersembang,
Hati nan gusar menjadi santai.
Gelombang besar membadai pantai,
Pasir berderai hanyut ke laut,
Hati nan gusar dibawa bersantai,
Kusut terlerai kasih berpaut.
Pasir berderai hanyut kelaut,
Dipukul ombak naik ke pantai,
Kusut terlerai kasih berpaut,
Harum semerbak di birai mengintai.
Dipukul ombak naik ke pantai,
Mencari teduh di bawah kepayang,
Harum semerbak di birai mengintai,
Jodoh nan utuh kembali menyayang.
(Pemerhatianku, bahtera rumahtangga gelora melanda pasti ada, namun begitu sikap tolak ansur dan ingin kedamaian akan membawa perbincangan. Paling penting ketepikan sikap ego dahulu dan seeloknya buanglah ego agar kesejahteraan hidup lebih diutamakan)
Syanz Aisyah Abdul Raoof
29 julai 2013
Angin kencang beralun gelombang,
Gelombang besar membadai pantai,
Bawa berbincang bawa bersembang,
Hati nan gusar menjadi santai.
Gelombang besar membadai pantai,
Pasir berderai hanyut ke laut,
Hati nan gusar dibawa bersantai,
Kusut terlerai kasih berpaut.
Pasir berderai hanyut kelaut,
Dipukul ombak naik ke pantai,
Kusut terlerai kasih berpaut,
Harum semerbak di birai mengintai.
Dipukul ombak naik ke pantai,
Mencari teduh di bawah kepayang,
Harum semerbak di birai mengintai,
Jodoh nan utuh kembali menyayang.
(Pemerhatianku, bahtera rumahtangga gelora melanda pasti ada, namun begitu sikap tolak ansur dan ingin kedamaian akan membawa perbincangan. Paling penting ketepikan sikap ego dahulu dan seeloknya buanglah ego agar kesejahteraan hidup lebih diutamakan)
Syanz Aisyah Abdul Raoof
29 julai 2013
Gambar: Sumber Negis Art.
Khamis, 13 Jun 2013
Bukit Broga Dalam Ingatan.
Cik Aisyah!!! Jom kita pergi Bukit Broga.. Lembut ajer si Khaidzir mempelawa saya apabila masuk di kamar kerja saya. Geng minat rekreasi di pejabat mengajak pergi mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyeh. Oleh kerana saya tinggal di Bangi maka jarak bukanlah satu masalah lagi pun memang teringin sangat nak mendaki Bukit Broga ini.. Almaklumlah melihat gambar-gambar di Face Book rakan-rakan mengamit keinginan untuk pergi. Apa lagi perbincangan yang banyak kali berubah akhirnya terputus juga dengan hanya 3 orang yang akan pergi saya, Amirah Sofea dan Khaidzir. Khaidzir Zaharin ni memang kaki gunung dan out door. Beliaulah yang memberitahu arah jalan dan akan menunggu di kaki bukit jam 7.30 pagi.

Hahahahaha.. ketawa saya dengan Amirah Sofea bila jam 7.30 pagi kami berdua masih dalam rumah baru memakai sepatu. Tup tup terdengar bunyi telefon dari Khaidzir bertanya di mana kedudukan saya. Rasa bersalah dan meminta dia menunggu atau pergi bersarapan pagi sementara menunggu mak-mak datin ni bergerak.. hehehehe..
8.10 pagi akhirnya kami sampai di kaki bukit dan melihat sekitar.... wow banyaknya kereta yang parking di celah pokok kelapa sawit. Lalu saya terus memandu masuk dengan membayar RM2.00 untuk parking kepada Aunty berbangsa Cina. Beliau mengalukan kehadiran kami dengan ucapan "Morning..." dengan nada mesra sekali.. Alhamdulillah ada juga parking untuk Gen2ku. Sebaik sampai, saya terus telefon Khaidzir.. dengar nada mengahnya.. rupanya dia dah berada 3/4 pendakian dan meminta saya terus mendaki semementara dia turun menjemput saya dan Amirah.
Tidak sampai 10 minit Khaidzir pun dah ada di hadapan kami. Kami pun bersama ramai pendaki lain meneruskan pendakian. Semasa pendakian sentiasa berselisih dengan ramai pendaki yang telah turun ke kaki bukit. Saya kira beratus orang berselisih turun dari pendakian Bukit Broga ni. Menurut Khaidzir kami kira terlewat kerana ramai pendaki seawal subuh sudah berada di atas puncak untuk melihat matahari terbit atau sebagai satu senaman pendakian. Terasa meriah seolah berada satu pesta apabila melihat ramainya pencinta alam atau penggemar rekreasi yang hadir pada hari ini. Menurut Khaidzir beginilah keadaan bila hujung minggu. Pengunjung sentiasa ramai dan dalam waktu jam 9 pagi ini sudah 60 peratus pengunjung sudah turun dan balik. Apatah lagi hari itu adalah hari cuti umum sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Agong (Sabtu: 1 Jun 2013)
Hahahahaha.. ketawa saya dengan Amirah Sofea bila jam 7.30 pagi kami berdua masih dalam rumah baru memakai sepatu. Tup tup terdengar bunyi telefon dari Khaidzir bertanya di mana kedudukan saya. Rasa bersalah dan meminta dia menunggu atau pergi bersarapan pagi sementara menunggu mak-mak datin ni bergerak.. hehehehe..
8.10 pagi akhirnya kami sampai di kaki bukit dan melihat sekitar.... wow banyaknya kereta yang parking di celah pokok kelapa sawit. Lalu saya terus memandu masuk dengan membayar RM2.00 untuk parking kepada Aunty berbangsa Cina. Beliau mengalukan kehadiran kami dengan ucapan "Morning..." dengan nada mesra sekali.. Alhamdulillah ada juga parking untuk Gen2ku. Sebaik sampai, saya terus telefon Khaidzir.. dengar nada mengahnya.. rupanya dia dah berada 3/4 pendakian dan meminta saya terus mendaki semementara dia turun menjemput saya dan Amirah.
Tidak sampai 10 minit Khaidzir pun dah ada di hadapan kami. Kami pun bersama ramai pendaki lain meneruskan pendakian. Semasa pendakian sentiasa berselisih dengan ramai pendaki yang telah turun ke kaki bukit. Saya kira beratus orang berselisih turun dari pendakian Bukit Broga ni. Menurut Khaidzir kami kira terlewat kerana ramai pendaki seawal subuh sudah berada di atas puncak untuk melihat matahari terbit atau sebagai satu senaman pendakian. Terasa meriah seolah berada satu pesta apabila melihat ramainya pencinta alam atau penggemar rekreasi yang hadir pada hari ini. Menurut Khaidzir beginilah keadaan bila hujung minggu. Pengunjung sentiasa ramai dan dalam waktu jam 9 pagi ini sudah 60 peratus pengunjung sudah turun dan balik. Apatah lagi hari itu adalah hari cuti umum sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Agong (Sabtu: 1 Jun 2013)
Oklah.. dalam perjalanan sambil sembang-sembang saya memerhati para peserta yang pelbagai keturunan, pelbagai lingkungan usia dan latarbelakang. Dari kanak-kanak seusia 3 tahun lebih hinggalah ke usia lewat 50an sama-sama menuju impian yang sama ke puncak Bukit Broga. Saya kagum dengan ibu bapa yang mendidik anak-anak kecil mendaki bersama mereka. Dalam bertembung sempat juga bertegur sapa. Maklum balasnya mengapa mereka bawa anak yang masih kecil kerana ingin mendidik mereka dari segi ketahanan fizikal dan mental. Wow.. saya merasakan jika ramai ibubapa yang bersikap positif begini tentu akan melahirkan anak watan yang berjiwa kental.
Matahari semakin terik walau jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi apabila sudah sampai ke Bukit Botak. Subahanallah cantik sungguh ciptaan Illahi bila saya berdiri dari aras ini kulihat pemandangan alam semulajdi menghijau dan langit cerah kebiruan. Apa lagi kamera HP ku pun mencari sudut yang saya rasa cantik dan menarik.
Ternyata Bukit Broga setinggi 400 meter terletak di Semenyeh ini menjadi tumpuan ramai bagi penduduk sekitar lembah Klang dan kawasan sekitarnya. Apa lagi.. sesiapa yang belum pergi ke Bukit Broga saya mencadang supaya pergi..
Sinar terik di pagi hari,
Bunga lalang megah berdiri,
Bunga lalang megah berdiri,
Mata melirik riang terperi,
Penat hilang di broga ku berdiri..
Penat hilang di broga ku berdiri..
Oleh: Syanz Abdul Raoof
Khamis, 16 Mei 2013
~PELITA MINYAK TANAH BERSUMBU KAIN~
Pelita itu hanya menyala di kala malam
bila ada minyak menjadi nadi untuk bercahaya
kadang terkerlip kerlip ke kiri dan kanan
bila angin laut berlalu meniup
Kadang pelita itu hanya bernyawa sekejap cuma
bila minyak bukan penuh di dalam
nasib baik ada cahaya bulan purnama
membalik cahaya bersama sinar nan indah
Pelita ini hanya bersumbu kain
kain batik lama dikoyak
menjadi sumbu hingga lima pelita
dari ruang tamu hingga ke pelantar mencuci pinggan
pelita itu teman di kala malam
Pelita itu saksi aku mengaji
mengenal hurul alif ba dan ta
kerja sekolah siap esok dihantar
ada kesan habuk hitam dalm hidung
peduli apa semua orang pun sama
Pelita itu sudah lama aku cari
tiada lagi di depan mata
untuk kuisi minyak di sebelum senja
mana kau tercampak
sedang aku masih ada rindu di hati
Pelita itu bukan sekadar pelita
pelita realiti membawa cerita
dalam dada ada banyak derita
bikin hati menjadi tabah
Pelita itu bikin hatiku terus bersinar
bersama sinar Sang Pelita dari sekolah
pelita hati pelita ilmu
menjadi satu dalam jiwa besar.
bila ada minyak menjadi nadi untuk bercahaya
kadang terkerlip kerlip ke kiri dan kanan
bila angin laut berlalu meniup
Kadang pelita itu hanya bernyawa sekejap cuma
bila minyak bukan penuh di dalam
nasib baik ada cahaya bulan purnama
membalik cahaya bersama sinar nan indah
Pelita ini hanya bersumbu kain
kain batik lama dikoyak
menjadi sumbu hingga lima pelita
dari ruang tamu hingga ke pelantar mencuci pinggan
pelita itu teman di kala malam
Pelita itu saksi aku mengaji
mengenal hurul alif ba dan ta
kerja sekolah siap esok dihantar
ada kesan habuk hitam dalm hidung
peduli apa semua orang pun sama
Pelita itu sudah lama aku cari
tiada lagi di depan mata
untuk kuisi minyak di sebelum senja
mana kau tercampak
sedang aku masih ada rindu di hati
Pelita itu bukan sekadar pelita
pelita realiti membawa cerita
dalam dada ada banyak derita
bikin hati menjadi tabah
Pelita itu bikin hatiku terus bersinar
bersama sinar Sang Pelita dari sekolah
pelita hati pelita ilmu
menjadi satu dalam jiwa besar.
Syanz Abdul Raoof
16 Mei 2013
Jumaat, 10 Mei 2013
Kuasa Penumpang
~Kuasa Penumpang~
Penumpang berdiri megah
menunjuk arah dituju
tangan kiri di pinggang
matanya tajam bersama telunjuk
pemandu akur dan menyusur laju
Penumpang membayar hanya segenggam emas
pemandu sudah juling mata
wajah cerah tampan di mata
mata sepet tapi celik permata
pemandu mula kelabu
lubuk baru dituju
Lubuk baru punya sinar
pemandu resah hati berdebar
sayang ada haloba pun ada
terikat janji perlu dikota
Kini penumpang sudah jadi nakhoda
pemandu hanya kaku kelu bersuara
emas sinar bukan kongsi bersama
mata sepet memenuhi lembah
pemandu lari tinggal harta berjuta.
Penumpang berdiri megah
menunjuk arah dituju
tangan kiri di pinggang
matanya tajam bersama telunjuk
pemandu akur dan menyusur laju
Penumpang membayar hanya segenggam emas
pemandu sudah juling mata
wajah cerah tampan di mata
mata sepet tapi celik permata
pemandu mula kelabu
lubuk baru dituju
Lubuk baru punya sinar
pemandu resah hati berdebar
sayang ada haloba pun ada
terikat janji perlu dikota
Kini penumpang sudah jadi nakhoda
pemandu hanya kaku kelu bersuara
emas sinar bukan kongsi bersama
mata sepet memenuhi lembah
pemandu lari tinggal harta berjuta.
Oleh: Syanz Abdul Raoof
Rabu, 6 Mac 2013
~LALANG~
Lalang lentuk kiri dan kanan
Lalang rebah ditiup angin
Lalang benihmu berterbangan
Lalang akarmu bersatu erat dalam tanah
Lalang sayang daunmu kasar dan tajam..
Lalang rebah ditiup angin
Lalang benihmu berterbangan
Lalang akarmu bersatu erat dalam tanah
Lalang sayang daunmu kasar dan tajam..
Lalang memang begitu fitrahmu
Tetapi lalang ini punya otak
Bisa berkata nista
Sanggup membunuh tanpa senjata
Tangannya bisa menari selaju angin
Katanya setajam hirisan daunmu
Akal jahatnya bagai akar bergenggam rapat di tanah
Kata fitnahnya bagai debunga ringan terbang ditiup angin
Tetapi lalang ini punya otak
Bisa berkata nista
Sanggup membunuh tanpa senjata
Tangannya bisa menari selaju angin
Katanya setajam hirisan daunmu
Akal jahatnya bagai akar bergenggam rapat di tanah
Kata fitnahnya bagai debunga ringan terbang ditiup angin
dan
Siapakah lalang di kalangan lalang...
Siapakah lalang di kalangan lalang...
bila aku melihat kemelut politik di kalangan Melayuku di negara Melayuku..
Syanz Ab Raoof
6 Mac 2013
Selasa, 18 Disember 2012
Bila Aku Rindu
Tiada suara tapi punya aura
punya rupa tidak bisa kusapa
bagai bayang tidak berjasad
kuwujud rupamu dikala aku rindu
Syanz Abdul Raoof
17.12.2012
punya rupa tidak bisa kusapa
bagai bayang tidak berjasad
kuwujud rupamu dikala aku rindu
Syanz Abdul Raoof
17.12.2012
Senyummu Semahal Maharmu
Mahal senyummu
hingga kucuri intai
kala dirimu dalam diam
rautmu jernih berwajah tenang
rupanya indah tersungging senyuman
buat aku tersenyum girang
mahal senyummu
semahal maharmu
dan aku menghitung dinarku.
Syanz Abdul Raoof
17.12.2012
hingga kucuri intai
kala dirimu dalam diam
rautmu jernih berwajah tenang
rupanya indah tersungging senyuman
buat aku tersenyum girang
mahal senyummu
semahal maharmu
dan aku menghitung dinarku.
Syanz Abdul Raoof
17.12.2012
Tekala Aku Menanti Azan
Menanti azan
ku ingin pinjam kudusMu
buat selama dalam diriku
menjadikan hatiku tulus
bermohon padaMu
agar aku bisa
dalam lena dan dalam jaga
bertasbih padaMu dalam nyata
seiring hati akal dan nafasku berjaga
mengingat padaMu
setiap masa.
Syanz Abdul Raoof
18.12.2012
ku ingin pinjam kudusMu
buat selama dalam diriku
menjadikan hatiku tulus
bermohon padaMu
agar aku bisa
dalam lena dan dalam jaga
bertasbih padaMu dalam nyata
seiring hati akal dan nafasku berjaga
mengingat padaMu
setiap masa.
Syanz Abdul Raoof
18.12.2012
Isnin, 17 Disember 2012
Sayang Pemerintahku
Bila aku membaca Klik di sini aku bertambah sayang kepada negaraku di bawah pemerintahan pemimpinku... Moga aman makmor negaraku.
Khamis, 13 Disember 2012
~KAWAN~
Kadangkala berada masa berharta
kadangkala wujud bila perlu
kadangkala tiada bila berkata dusta
kadangkala hilang bila berhutang
kadang datang untuk jual temberang
kadangkala bertamu bila yang lain sudah jemu
kadangkala beria-iya bila ingin sukaria
dan kawan hanya seketika cuma..
Tidak mahu begitu kawan
antara kita bukannya lawan
kalau sudah berkawan harus setiakawan
baru lawan akan rasa segan
melihat kita erat berpegangan
perpaduan itu bukan sekadar angan
biar menjadi realiti yang berpanjangan.
Syanz Abdul Raoof
antara kita bukannya lawan
kalau sudah berkawan harus setiakawan
baru lawan akan rasa segan
melihat kita erat berpegangan
perpaduan itu bukan sekadar angan
biar menjadi realiti yang berpanjangan.
Syanz Abdul Raoof
13.12.2012
BICARA DIARI HATI
Di sini jejariku menari bebas bersama irama dari detikkan hati..
di sini aku jujur bersuara dari hati nurani..
di sini adalah mata hatiku yang bisa berseni..
di sini akalku menconteng warna tanpa prajudis..
walau mungkin aku sinis..
inilah bicara diari hati
dikala mencari satu yang hakiki.
Syanz Abdul Raoof
13.12.12
di sini aku jujur bersuara dari hati nurani..
di sini adalah mata hatiku yang bisa berseni..
di sini akalku menconteng warna tanpa prajudis..
walau mungkin aku sinis..
inilah bicara diari hati
dikala mencari satu yang hakiki.
Syanz Abdul Raoof
13.12.12
Rabu, 12 Disember 2012
Maghrib Pasti Datang
Maghrib datang lagi
sang burung riuh berkicau
sudah masa terbang pulang
kembali bertenang di dalam sarang
Maghrib datang lagi
atas jalan sesak mobil berjenama
entah dari mana berpusu
arah tuju dalam fikiran
mungkin rumah juga mall
sang burung riuh berkicau
sudah masa terbang pulang
kembali bertenang di dalam sarang
Maghrib datang lagi
atas jalan sesak mobil berjenama
entah dari mana berpusu
arah tuju dalam fikiran
mungkin rumah juga mall
punya hasrat sendiri tahu
Maghrib pasti datang tepat waktu
waktumu singkat bagi yang tahu
tiada makna bagi yang tak kuasa
bisa terkejar bagi yang biasa
tiada makna bagi yang alfa
cukup indah bagi yang setia.
Maghrib datang lagi
dan pasti datang tepat dijanji
cuma kita belum pasti
tertunaikah Maghrib.
Maghrib pasti datang tepat waktu
waktumu singkat bagi yang tahu
tiada makna bagi yang tak kuasa
bisa terkejar bagi yang biasa
tiada makna bagi yang alfa
cukup indah bagi yang setia.
Maghrib datang lagi
dan pasti datang tepat dijanji
cuma kita belum pasti
tertunaikah Maghrib.
Syanz Abdul Raoof
Di Ambang Maghrib: 11.12.12
Kuasa Yang Tertumpah
Ketepi!!!" Maharaja mahu lalu..
maharaja: rakyat beta semua sihat kah..?
nada lembut penuh kasih..
Tepi.. !tepi..! Menteri mahu lalu..
menteri: apa khabar semua..
sapa sopan sambil tersenyum..
Siapa aku siapa kalian
siapa kalian siapa aku
mungkinkah ada mangkok terlebih sudu
maka kuah kering kerna tertumpah???
Syanz Abdul Raoof
12.12.12
maharaja: rakyat beta semua sihat kah..?
nada lembut penuh kasih..
Tepi.. !tepi..! Menteri mahu lalu..
menteri: apa khabar semua..
sapa sopan sambil tersenyum..
Siapa aku siapa kalian
siapa kalian siapa aku
mungkinkah ada mangkok terlebih sudu
maka kuah kering kerna tertumpah???
Syanz Abdul Raoof
12.12.12
HUJAN DAN MAGHRIB
Maghrib datang lagi
pada waktu yang jitu
bahawa itu sudah tentu..
Hujan datangmu tidak kutahu
bila dan di mana waktu
asal dirimu ingin bertamu
kau datang dan bertemu..
Maghrib waktu mu itu nan singkat..
pada waktu yang jitu
bahawa itu sudah tentu..
Hujan datangmu tidak kutahu
bila dan di mana waktu
asal dirimu ingin bertamu
kau datang dan bertemu..
Maghrib waktu mu itu nan singkat..
ada syahdu
juga suara sayu
memohon dan mengadu
Hujan sifatmu itu sejuk..
juga buatku sayu..
kala rintikmu bak mutiara yang berlagu
bikin hati rawan bertambah rindu
Kala hujan di waktu Maghrib
Syahdu dan rindu itu
membawa sayu di hati
dan..padaMu jua
Penentu waktu.
Syanz Abdul Raoof
09 Disember 2012
juga suara sayu
memohon dan mengadu
Hujan sifatmu itu sejuk..
juga buatku sayu..
kala rintikmu bak mutiara yang berlagu
bikin hati rawan bertambah rindu
Kala hujan di waktu Maghrib
Syahdu dan rindu itu
membawa sayu di hati
dan..padaMu jua
Penentu waktu.
Syanz Abdul Raoof
09 Disember 2012
Kalau Ada Rasa Murka
Kalau ada rasa murka
nyatakan saja
agar aku tidak salah teka
bikin diri hanyut prasangka
Biar kutahu
di mana silapku
di mana salahku
takut kira terada dusta
mungkin juga silap berkata
Bisa kuatur
bisa kubaiki
kerana aku bukan manusia sempurna
yang tahu hakiki
pada hak yang nyata
Katakan padaku
agar diriku
tidak penderhaka
padamu wahai
Arjuna hatiku.
nyatakan saja
agar aku tidak salah teka
bikin diri hanyut prasangka
Biar kutahu
di mana silapku
di mana salahku
takut kira terada dusta
mungkin juga silap berkata
Bisa kuatur
bisa kubaiki
kerana aku bukan manusia sempurna
yang tahu hakiki
pada hak yang nyata
Katakan padaku
agar diriku
tidak penderhaka
padamu wahai
Arjuna hatiku.
Syanz Abdul Raoof 12.12.12.
Langgan:
Catatan (Atom)
































