Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
yang berbeza rupa
berbeza watak
berbeza impian
Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
di kala aku menjadi air
yang bisa mendidih dek hangatmu
bisa kering dek panasmu
bukan kerana bencinya aku padamu
adanya rasa cinta dan setia
rela sahaja aku dididihkan
mahu pun panas hingga kering
Antara dirimu dan diriku
ibarat air dan api
di kala aku panas membara
tersedak dek percikan halusmu
aku lemah dek gurauanmu
dikala aku menyala marak
keikhlasanmu menyejukkanku
luluhan kasih sayangmu
lalu aku terkedu dek kelembutanmu
Antara kau dan aku
kini aku mengerti
kiranya aku air kau bisa menjadi api
kiranya aku api kau bisa menjadi air
aku ingin terus begini
kerana aku tahu bila aku api dan kau api
akan bisa marak membakar yang lain
bila aku air dan kau air
akan bisa mengelami sungai indah
akan aku akur bersama fitrah
antara engkau dan aku
adalah pelengkap alam
kehendak Illahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan