RM1000.00 tunai? Kepada sang kaya, apalah sangat.. shopping di Suria KLCC mungkin hanya dapat sepasang kasut berjenama.. bagi lelaki kaya setakat RM1000.00 hanya semalam nikmat bersama "bini sementara" di hotel. Apalah sangat jika nilai RM1K berbanding pendapatan RM1M sebulan.
RM1000.00 bagi mereka berpendapatan sederhana dan orang miskin yang tahu memperggunakan kepada jalan yang betul ianya amat tinggi nilainya. Dari RM1K boleh bayar ansuran motor, boleh beli beras sekampit, boleh beri barang dapur untuk sebulan, boleh menyara anak sekolah, boleh beli ubatan bila sakit pening, boleh sedekah anak yatim, dan boleh juga disimpan di Tabung Haji.
RM1000.00 bagi yang mengganggur dan kaki judi pula bagaimana? Tanpa jawapan panjang lebar ianya tidak berhasil dan tidak perlu dijawab.
Bagaimana golongan kaya jika nilaian 1K itu dijadikan sebagai sumbangan kepada fakir miskin atau menyalurkan kepada perkara yang berfaedah melalui program-program kemasyarakatan tentunya banyak menafaat. InsyaAllah semua kategori manusia boleh menikmati hasil sumbangannya itu.
Kadang terfikir saya nilaian sepasang kasut sama nilaiannya jika atap rumah simiskin diganti. Nilaian sepasang kasut yang mungkin hanya dipakai sekali atau dua kali dan pasti selepas itu akan berganti dengan fesyen yang terkini. Sedangkan atap rumah boleh bertahan bertahun-tahun dan dapat melinduungi penghuninya yang mungkin lebih dari 10 orang,
Perbandingannya ini mungkin ada yang mengatakan rezeki orang berbeza-beza. Tetapi haruskah kita membazir sedangkan kita tahu rezeki kita adalah juga milik orang lain..
1 ulasan:
beringatlah...kaya sebelum miskin...
Catat Ulasan