Tiba-tiba aku terfikir tentaang kehidupan para pedagang seks. Kelihatan apa yang aku fikirkan ini agak menyimpang sedikit dari kebiasaan pemikiranku. Seringkali kita dipertontonkan dalam laporan berita tertangkapnya wanita-wanita yang terlibat dalam kes-kes pelacuran dan maksiat. Persoalannya kenapa kaum wanita ini sudi bekerja dalam arena rezeki haram ini? Persoalan kedua adakah hanya kaum wanita dipersalahkan dalam perkara ini? Persoalan ketiga apakah yang mendorong kepada kesanggupan untuk bekerja? Keempat, sampai bila mereka akan bekerja?
Jika kita meselusuri permasalahan ini tentunya pelbagai jawapan kita perolehi dan setiap jawapan itu pastinya akan membina persoalan baru dan tentu juga ada jawapan tersendiri. Jika remaja seawal umur 15 tahun sudah terlibat dalam kerja-kerja sebegini mungkin ada tarikan paksa hingga terjerumus dan mungkin akhirnya menjiwai pekerjaannya. Bagaimana pula bagi wanita dewasa yang memang mencari pekerjaan ini sebagai kerjaya tetapnya? Dalam erti kata lain bagaimana wanita yang sememangnya suka dengan profesion ini? Dalam perkara ini adakah wang dan nafsu sama kuat tarikkannya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan