Hari ini tanggal 15 Ogos 2011, ini bermakna hanya lagi 16 hari ke tarikh keramat 31 Ogos 2011 dan itu tandanya ulang tahun kemerdekaan negara yang aku cintai Malaysia akan genap ke 54 tahun. Aku dan bendera, secara jelasnya diriku dan juga bendera - Jalur Gemilang adalah sebagai satu semangat kesetiaanku, lambang kemerdekaan diriku, di sini tumpah darahku, di sini aku dibesarkan, di sini aku mendapat pendidikan, di sini aku mendapat rezeki, di sini ialah Malaysia negaraku.
Di ruang pejabatku pasti ada bendera kecil mengiringi semangat dan jati diriku. Di rumahku ada bendera besar yang sentiasa berkibar di balkoniku, Di kampungku pasti ibu juga akan mengibarkan bendera di pintu rumah kami. Setiap kali ada acara rasmi, nyanyian lagu Negaraku akan memulakan majlis,, dan tidak ada siapa tahu kalau aku bangga menyanyi dengan hati yang sebak. Aku bangga punya Jalur Gemilang dan bukan hanya sebagai penghias di laman pejabat tetapi penghias semangat jati diriku sebagai anak watan MALAYSIA.
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54.
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-54.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan