Semenjak akhir-akhir ini saya agak aktif dalam meneroka kehidupan salasilah keturunan saya iaitu Bugis. Apa sahaja berkaitan Bugis (Ogi') akan menjadi keutamaan saya. Mungkin kerana selama ini saya hanya seolah keseoarangan dalam pncarian. Rupanya saya tidak keseorangan bila secara tidak langsungnya saya bertemu dengan ramai rakan Bugis yang sama pemikiran dan mempunyai aspirasi yang mulia terhadap keturunan kami iaitu Bugis.
Apa yang ingin saya nyatakan melalui luahan naluriku.. sampai bilakah semangat ini akan berterusan.. Saya tahu semua rakan-rakanku mempunyai jati diri yang tersendiri, melalui peradaban yang tertentu seperti makanan tradisinya, pemakaiannya, adat istiadat dan juga bahasanya. Alangkah indahnya kesemua elemen ini dapat digabungkan dan akan terus menjadi warisan tanpa ada sebarang hakisan.
Saya tertarik dengan saranan seorang sahabat walau apa pun kemodenan jangan sekali kita ubah nama lain terhadap makanan yang menjadi kebanggaan Ogi'. Sebagai contoh makanan tradisi orang Bugis seperti Burasak, Lepek Loi, Baulu Pechak, Senggarak Pepek dan banyak makanan lain yang mungkin boleh dikomersialkan tetapi kepunyaan identiti itu wajib dikekalkan melalui namanya.
Sebagai generasi sekarang ini, maka perlunya kita mempelajari dari orang terdahulu dari kita jenis masakan agar ianya akan menjadi kebanggaan kita. Saya sendiri mengakui beberapa makanan Bugis itu sendiri baru saya ketahui dan baru saya merasainya. Ini adalah kerana tidak berlaku satu kesinambungan yang baik di antara generasi dulu dalam keluarga. Walaubagaimana pun daya inisiatif kita perlu untuk mengetahu dan mempelajarinya.
Selain dari jenis makanan, jati diri kita juga seharusnya dalam pengekalan nama nasab keturunan. Apa yang saya perhati terlalu ramai telah hilang pangkalan nama gelaran nasab keluarga yang menggambarkan keturunan mereka wal hal mereka ini sememangnya layak. Ada yang menyatakan apalah ada pada nama jika kita tidak berharta. Cuba kita lihat masyarakat dari Kelantan.. Mereka terus mengekalkan nasab mereka. Ada gelaran Nik, Che, Wan, Tuan dan mengapa bagi mereka keturunan Bugis sudah malu atau tidak mahu lagi meletakkan nama "Petta""Andik" "Daeng", "Ambok" "Induk" "Bessek" wal hal mereka sememangnya layak meneruskan gelaran nama ini. Adalah wajar bagi mereka yang menmpunyai gelaran ini meneruskan tradisi ini bagi menunjukkan salasilah keturunan Bugis terus gah dan seiring itu tentunya akan wujud sikap sayang dan ingin menjaga nasab keturunan melalui peradaban diri melalui tatalaku yang sopan.

(bersambung...)
3 ulasan:
gelaran tuh yg aku dengar..kebanyakannya dorang nda gunakan suda sebab dah merantau ke negara lain.. bukan sebab malu atau melupakan nasab keturunan..
mengikut yang aku tau.. bila dorang balik ke sulsel gelaran tuh masing di gunakan seperti sediakala..:)
ya benar sahabatku elnino moona.. tetapi berapa ramai yang masih berhubungan dengan keluarga di Sulawesi.. kadang mereka sudah terputus hubungan.. Saya sendiri melihat abang ipar saya bapanya "petta" tetapi tidak dinyatakan dalam identinya maka ramai yang tidak tahu.. apatah lagi jika sudah terputus hubungan dengan kerabat di Sulawesi..
Susur galur keturunan Ogi perlu terus dipelihara dari generasi ke generasi kerana ianya akan menjadi suatu katalis perpaduan ... pada amnya, apabila masyarakat Bugis menelusuri galur keturunannya, tidak kiralah samada dia dari kalangan Karaeng, Opu, Puang mahupun dari kalangan tau maredeka, semuanya akan tiba pada suatu convergence bergelar La Patiganna dan Guru Ri Selleng
Catat Ulasan