Bila Manusia Telah Ada SPM
- SPM bukan singkatan kepada Sijil Pelajaran Malaysia tetapi merujuk kepada pemikiran aku terhadap huruf S bermaksud "Sex", P bermaksud "Power" dan M pula bermaksud "Money".
- Tiga elemen ini adalah melengkapi kehidupan manusia tidak kira di mana, agama apa, keturunan apa atau nasabnya apa.
- Semua orang mempunyai naluri seks. Miskin kah, kaya kah, cacat kah atau tidak, lelaki atau wanita kah secara fitrahnya tetap ada keinginan seksnya.
- Power atau kuasa? Secara tidak sedarnya semua manusia di muka bumi mempunyai kuasa. Bergantung kepada persekitaran dirinya di mana kedudukan dirinya waktu itu. Kuasa sebagai seorang abang atau kakak kepada adiknya, kuasa seorang guru kepada anak muridnya, kuasa seorang suami terhadap isterinya, kuasa ibu kepada anaknya, kuasa ketua kepada pengikutnya, kuasa majikan kepada pekerjanya dan kuasa pemerintah kepada rakyatnya dan tidak boleh dipertikaikan kuasa Allah S.W.T pencipta maha agong kepada hambaNya.
- Adanya kuasa maka adanya kesan dari kuasa itu. Bijak atau tidak mereka yang ada kuasa dalam menentukan objektif yang dikehendaki, jujur atau tidak mereka dalam mengendalikan kuasa.
- Kuasa bukan sahaja merujuk kepada isu yang besar seperti kepimpinan negara tetapi kuasa penentu dalam membuat keputusan untuk diri sendiri juga amat penting.
- Kuasa dalam hala tuju sebuah keluarga juga penting di mana pemimpin dalam keluarga iaitu suami/bapa/ibu/isteri mengorak langkah kepada keharmonian sesebuah keluarga itu sendiri.
- Money atau duit dan pelbagai sebutan seperti dolar, yen, pound, sterling, ringgit, peso, rupee, rupiah atau apa sahaja mengikut ketetetapan sesebuah negara dilihat boleh membawa power dan seks menjadi tertinggi atau yang paling rendah.martabatnya. Kenapa?
- Sesetngah individu telah dikuniakan kekuatan "power" di mana keupayaan mempengaruhi orang lain adalah skill yang boleh menjadi senjata. Di sini mungkin power boleh mempengaruhi untuk mendapatkan money mahu pun sex.
- Money sebenarnya juga satu kuasa yang benar-benar boleh membuatkan manusia berjaya atau terus tenggelam. Kuasa membeli tentunya dengan duit yang dimiliki. Boleh membeli dan memilik apa jua barangan yang dihajati. Hatta maruah diri manusia juga boleh dibeli bila berduit. Jika tidak berduit maka ada manusia sanggup merendahkan martabat dirinya untuk menjadi pengemis, menjadi pelacur, menjadi tali barut, menjadi perasuah, menerima rasuah, membunuh, merompak dan lain-lain demi kuasa wang. Berbohong jika tidak ada sekumit dalam diri manusia menganggap tiada wang tidak mengapa, asal penuh cinta di dada.
- Seks? aduh.. mungkin agak keterlaluan kita memperkatakan di sini.. tapi apa salahnya jika ianya sebagai perkongsian ilmu.. setiap manusia naluri seksnya pasti ada.. jika mahu dirujuk ilmu perkembangan manusia mengikut psikologi tentu terlalu banyak dan detail diperkatakan. Secara jujurnya manusia berkahwin selain memupuk kasih sayang dan menghalalkan perhubungan sudah tentunya ianya juga kerana seks. Tanpa wang bagaimana mahu berkahwin? Jika tanpa kuasa/kudrat/tenaga bagaimana boleh mengukuhkan sesebuah perkahwinan? Ini bermakna dalam konteks kehidupan seharian SPM saling berkaitan dan tidak akan terpisah.
- Ingin juga saya nyatakan dalam hubungan kekuasan dalam sudut moralnya. Dewasa ini perlakuan orang-orang ternama yang punya kuasa, punya duit terkantul dek rakus seksnya. Sejarah memperlihatkan bagaimana Kesultanan Melayu Melaka musnah dek nafsu serakah seks sultannya selain faktor penjajah. Beberapa pemimpin politik berkalibar hilang status pangkatnya dek keterlibatannya dalam skandal seks. Ketua-ketua jabatan diberi tindakan tatatertib dek berlakunya skandal seks. Hatta pemimpin-pemimpin dunia yang berkuasa dan kaya juga hilang kuasa dek masalah moralnya.
- Jadi bagaimana harus kita melihat sudut SPM ini? Pandangan saya biarlah kuasa yang ada jika adil, saksama, bijak menjalankan tanggungjawabnya, tahu di mana letak kuasa bila digunakan, memberi manfaat kepada orang lain akan kuasanya, maka akan selamat lah individu tersebut.
- Money jika digunakan pada saluran yang betul maka bertambah banyaklah ia kerana dalam keberkatan.
- Seks sebagai satu keperluan dalam kehidupan yang telah difitrahkan oleh Allah kepada hambaNya, jika disalurkan secara halal maka selamatlah manusia ini.
- Janganlah kita menjadikan ketiga elemen sama didahulukan sama ada seperti SPM, atau SMP atau PMS atau PSM, atau MSP atau MPS sebagai jalan dalam mementingkan nafsu serakah semata-mata.
- Wallahualam..
Maaf jika saya tersilap dalam pandangan ini.