Sabtu, 31 Disember 2011
Khamis, 29 Disember 2011
Masalah Remaja: Siapa Ugut Siapa?
Kisah benar-benar berlaku...
Pelik bin Ajaib bila Remaja A mendakwa diperas ugut RM100.00 oleh seorang Remaja B dan Remaja C. Remaja A dan keluarga datang menemui keluarga Remaja B dan menyatakan tarikh diperas ugut.. tetapi tarikh berkenaan Remaja B dan keluarganya pergi bercuti, kemudian Remaja A mendakwa bahawa dirinya silap dan menyatakan dua hari sebelumnya.. tetapi dua hari sebelumnya juga Remaja B dan keluarga sedang bercuti, lalu dipinda pula tarikh yang kononya sebelum raya haji.. Dah lah lokasi dikata sekejap di lokasi A, sekejap di lokasi B. Melihat fakta yang tidak konsisten, keluarga Remaja A memberi alasan kononnya Remaja A agaknya sedang demam dan tak ingat... Terasa amat kelakar bila mendengarnya, atau demi duit RM100.00 keluarga Remaja A sudah hilang maruah dirinya... untuk terus bersekongkol..
Pelik bin Ajaib bila Remaja A mendakwa diperas ugut RM100.00 oleh seorang Remaja B dan Remaja C. Remaja A dan keluarga datang menemui keluarga Remaja B dan menyatakan tarikh diperas ugut.. tetapi tarikh berkenaan Remaja B dan keluarganya pergi bercuti, kemudian Remaja A mendakwa bahawa dirinya silap dan menyatakan dua hari sebelumnya.. tetapi dua hari sebelumnya juga Remaja B dan keluarga sedang bercuti, lalu dipinda pula tarikh yang kononya sebelum raya haji.. Dah lah lokasi dikata sekejap di lokasi A, sekejap di lokasi B. Melihat fakta yang tidak konsisten, keluarga Remaja A memberi alasan kononnya Remaja A agaknya sedang demam dan tak ingat... Terasa amat kelakar bila mendengarnya, atau demi duit RM100.00 keluarga Remaja A sudah hilang maruah dirinya... untuk terus bersekongkol..
Demi mempertahankan si Remaja A, ahli keluarganya telah mengugut dan membelasah si Remaja C, kerana Remaja C tidak mengaku. Mungkin merasakan taktiknya tidak menjadi, keluarga Remaja A mewujudkan cerita kononya si Remaja C sudah membuat pengakuan di mana Remaja B yang mengambil kesemua wangnya, sementara kepada Remaja C pula, dikatakan bahawa Remaja B juga sudah membuat pengakuan bahawa Remaja C memang terlibat. Cerita ini telah dicanang seluruh kampung. Yang peliknya ahli keluarga Remaja A begitu membela perlakuan Remaja A tanpa rasa segan dan silu walau pun segala fakta yang dinyatakan langsung tidak terbukti... malah sanggup mewujudkan seolah situasi itu benar-benar wujud.
Walaupun keluarga Remaja B terfikir untuk membuat laporan polis, tetapi demi untuk menjaga nama baik hubungan sesama jiran, keluarga B dengan rasa curiga dan pelik tetap membayar wang RM100.00 sebagai gantian apa yang terjadi. Semasa menghulurkan note RM50.00 sebanyak 2 keping, si Remaja A dengan rakus terus menyambar tanpa sopan. Ahli keluarga hanya memandang dengan diam tanpa rasa malu, tanpa rasa bersalah dan tanpa pernah berfikir apa cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah remaja A dengan cara berhemah. Adakah cara penyelesaian yang tidak berhemah tersebut sudah menjadi budaya mereka?
Tiada manusia yang sempurna, namun begitu kalau dibudayakan cara gaya hidup yang menyokong perlakuan biadap serta membudayakan perlakuan yang tidak bertemadun maka tersimpanlah sebagai satu sejarah keburukan dalam satu-satu keluarga. Persoalannya.. wajarkah kita turut menyokong perlakuan sedemikian tanpa menyiasat sama ada anak kita memang menjadi mangsa atau pemangsa atau memang sengaja bersubahat untuk dapat duit percuma? Dan sanggupkah kita menikmati wang RM100.00 dari hasil ugutan dan memfitnah sesama saudara Islam? Persolan besar: ~Siapa Ugut Siapa?~
Khamis, 22 Disember 2011
Siswa-Siswi Vs Penderhaka
Tanggungjawab bergelar siswazah ni beratnya bukan sekadar seberat buku yang dibawa ke hulu atau ke hilir. Ianya berat yang tidak boleh terukur dek timbangan kilo. Berat memikul tanggungjawab pada diri sendiri, menjaga nama baik dan harapan ibu bapa, menjaga nama baik asal keturunan, menjaga nama baik para pensyarah dan tentunya nama baik univrsiti.
Syukur kehadrat Allah bagi siswazah yang punya tanggung jawab pada diri, bangsa, negara dan agama. Keempat elemen ini penting didukung bersama dalam membawa gelaran sebagai siswazah. Apalah gunanya jika hanya pandai tetapi tidak berilmu, tetapi tidak matang. Apalah gunanya hanya pandai tetapi hanya pandai membawa kehancuran. Apalah gunanya pandai kalau hanya membawa kontraversi yang mencemarkan nama baik sendiri. Apalah gunanya hanya pandai tetapi dilebelkan sebagai penderhaka kepada ibu bapa, bangsa, negara dan agama sendiri.
Syukur kehadrat Allah bagi siswazah yang punya tanggung jawab pada diri, bangsa, negara dan agama. Keempat elemen ini penting didukung bersama dalam membawa gelaran sebagai siswazah. Apalah gunanya jika hanya pandai tetapi tidak berilmu, tetapi tidak matang. Apalah gunanya hanya pandai tetapi hanya pandai membawa kehancuran. Apalah gunanya pandai kalau hanya membawa kontraversi yang mencemarkan nama baik sendiri. Apalah gunanya hanya pandai tetapi dilebelkan sebagai penderhaka kepada ibu bapa, bangsa, negara dan agama sendiri.
Dalam arus perdana ini, ramai orang yang ingin mempergunakan tenaga muda yang berjiwa besar tetapi cetek kematangan demi agenda dan kepentingan diri sendiri. Apakah peranan golongan dewasa yang dikatakan matang, punya kuasa, punya kredibiliti untuk membawa anak muda yang tersasar kembali ke landasan sebenar. Wahai pengurusan universiti, pemimpin politik, ibu bapa, para ilmuan bantulah anak-anak muda ini yang perlu bimbingan dan ajarlah mereka hal tanggungjawab. Jangan biarkan mereka hanyut kerana mereka ini adalah aset negara.
Siswa/siswi yang punya tanggungjawab dan faham di bahunya ada amanah yang perlu ditunaikan akan berfikir seribu kali malah beribu-ribu kali untuk memikirkan hal kebaikan dirinya dan juga orang lain. Usahlah kita terlalu hanyut dek janji di mana bulan dan matahari seolah bisa diubah kedudukannya. Walau jauh di sudut hati ada bisikan mengatakan semuanya itu maha mustahil.
Wahai adik-adik yang sedang belajar di IPTA/S tunaikan tanggungjawab anda sebagi siswa/wi demi masa hadapanmu. Usah menyongsang arus kerana tidak tercapai kematangan akalmu berhadapan dengan "politik gila" orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Orang yang sayang agamanya, bangsanya, negaranya, keluarganya tidak akan membiarkan dirinya menjadi penderhaka dan menjadi agen kepada penderhaka agama, bangsa dan negara. Kembalilah kepada tanggungjawab kalian sebagai pelajar yang berhemah. Jika sudah ada segulung ijazah, jika sudah ada duit berkarung guni, jika sudah ada pangkat, tekadkan hati dan carilah formula bagaimana menjadikan negara yang tercinta ini terus aman damai, kukuh ekonominya, rakyatnya berjiwa besar dan kuat pendirian agamanya.
Siswa/siswi yang punya tanggungjawab dan faham di bahunya ada amanah yang perlu ditunaikan akan berfikir seribu kali malah beribu-ribu kali untuk memikirkan hal kebaikan dirinya dan juga orang lain. Usahlah kita terlalu hanyut dek janji di mana bulan dan matahari seolah bisa diubah kedudukannya. Walau jauh di sudut hati ada bisikan mengatakan semuanya itu maha mustahil.
Wahai adik-adik yang sedang belajar di IPTA/S tunaikan tanggungjawab anda sebagi siswa/wi demi masa hadapanmu. Usah menyongsang arus kerana tidak tercapai kematangan akalmu berhadapan dengan "politik gila" orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Orang yang sayang agamanya, bangsanya, negaranya, keluarganya tidak akan membiarkan dirinya menjadi penderhaka dan menjadi agen kepada penderhaka agama, bangsa dan negara. Kembalilah kepada tanggungjawab kalian sebagai pelajar yang berhemah. Jika sudah ada segulung ijazah, jika sudah ada duit berkarung guni, jika sudah ada pangkat, tekadkan hati dan carilah formula bagaimana menjadikan negara yang tercinta ini terus aman damai, kukuh ekonominya, rakyatnya berjiwa besar dan kuat pendirian agamanya.
Selasa, 13 Disember 2011
Apa guna berjanji....
Lirik lagu Apa Guna Berjanji (Saloma)
Apa guna berjanji
Kalau tak ditepati
Kelak meracun hati
Tuan sendiri
Mengigit jari
Jangan main asmara
Bukan mudah bercinta
Yang ditunggu tak tiba
Tidur tak lena
Mandi tak basah
Korus:
Dengar lah
Nasihat ku ini
Mari hiburkan hati
Apa guna berduka cita
Nanti tuan merana
Oh…awaslah
Wahai taulan
Cinta bukan mainan
Bila sudah tertawan
Tak takut ribut
Ataupun taufan
(Ulang korus)
* (video dan lirik~ sumber google)
Apa guna berjanji... kalau tak ditepati... ini adalah sebahagian lirik dalam filem Masam-Masam Manis arahan Tan Sri P. Ramli dan didendangkan oleh isterinya sendiri Puan Sri Saloma..
Lagu ini tentunya menggambarkan individu yang berjanji tetapi sukar atau tidak boleh melaksanakan janjinya dan kesan jika gagal menunaikan janji kepada penerima janji..
Bila berjanji tentu wajib ditunai. Bagi orang muslim tentu dikata munafik jika tidak dapat menunaikan janji...
Kepada pemimpin tidak kira pemimpin politik kah, pemimpin keluarga kah atau individu yang berjanji tu.. ingat-ingatlah janji hang pa... jangan membiarkan penerima janji akan rosak diri dan tentunya tukang janji maruahnya tercalar.. bila janji tidak dapat ditunaikan... ermmmmmmmm.....
Khamis, 8 Disember 2011
Team Building: Sikap Dan Minda Yang Terbuka
Alhamdulillah semangat berpasukan melalui program team building dapat dilaksanakan pada 5 - 7 Disember 2011 bertempat di My Gopeng Resort yang terletak 5 km dari bandar Gopeng, Perak. Perjalanan melalui perkampung di kaki bukit, melalui laluan jalan yang berbukit di apit dusun buah-buahan serta aliran jeram amat mengasyikkan. Apa tah lagi kami semua tanpa mengira pangkat menaiki lori beramai-ramai. menghirup udara segar sepanjang perjalanan pergi dan balik. Keseronokan tergambar di muka setiap peserta kerana ramai yang pertama kali melalui pengalaman ini. Tujuan tidak lain menghadiri team building yang dianjurkan oleh pejabat.
Apa pun semangat setia kawan dan bekerjasama boleh dilihat melalui program team building. Melalui team building juga boleh membentuk semangat setia kawan dan bekerjasama. Kelihatan dua ayat ini seakan serupa namun begitu ia sebenarnya berbeza melalui sikap yang ditonjolkan.
Resort yang dikeliling bukit bukau dan dusun durian memberi persekitaran nyaman kepada peserta kursus |
Seseorang yang sentiasa berfikiran positif akan sentiasa berjiwa besar melalui tutur katanya, tingkah lakunya, pandanngan atau idea yang dilontarkan serta emosi stabil yang dizahirkan.
Sebaliknya bagi mereka yang kurang motivasi dan tidak bersikap matang kelihatan sentiasa pasif, acuh tidak acuh dan juga pandangannya yang sentiasa menerima atau menolak atau sering menunding jari. Sikap ini boleh diubah melalui program team building.
Apa pun pengisian program, objektif utama adalah memerlukan individu yang sentiasa berfikiran terbuka, sentiasa bersikap sporting, tidak mudah putus asa, bersedia menerima teguran dan mengakui kesilapan. Perubahan persekitaran melalui pengalaman merupakan aset terbaik kepada individu untuk menambah pengetahuan, dan juga mengadaptasi ilmu baru yang berguna untuk dilaksanakan dalam persekitaran kerja mahu pun dalam kehidupan peribadi.
Dalam konteks ini, team building akan dapat mengubah paradigma seseorang. Dari seorang yang jumud dalam satu perkara tetapi akhirnya dapat memahami dan menerima beberapa perkara yang selama ini di luar kotak pemikiranya.
Apa pun jua tujuan team building, sikap menghormati antara individu adalah penting, di samping komunikasi yang berkesan, dan tahu di mana, apa perkataan yang sesuai mengikut status individu lain juga perlu dipelajari. Kadangkala objektif team building tidak tercapai dek kerana kita gagal dalam menyampaikan maklumat dan tidak tahu cara gaya serta adap berkomuniasi sejajar status individu yang kita lawan bercakap.
Kadangkala habit berbahasa dalam kumpulan tertentu terbawa-bawa apabila bertutur dan merujuk kepada kumpulan individu yang lain, walau kita tahu tidak sewajarnya kita menggunakan bahasa yang dikira tidak sopan kepada pihak atasan kita.
Dalam perkara ini, selain perubahan sikap yang negatif kepada positif, pemikiran juga perlu sentiasa berkembang sejajar dengan edaran masa, situasi dan kehendak persekitaran di samping emosi yang stabil. Maka dari itu, tanpa team building pun kita juga mungkin sentiasa siap sedia dalam apa jua arahan dalam konteks organisasi, siap siaga apa jua rintangan dan berlapang dada menerima segala kerenah manusia. Berfikiran positif dan berjiwa besar ini akan mempengaruhi untuk kita terus maju jaya dan bersikap kental.
persediaan untuk membuat aktiviti kumpulan |
Tambah kapsyen |
Kumpulan Biru adalah Juara dalam aktiviti berkumpulan.. |
Terpaksa menaiki lori untuk menuju ke destinasi.. Pengalaman yang munkin tidak dapat dilupakan.. susah senang bersama.. |
sikap sporting dan saling memberi idea akan menghasilkan kejayaan.. |
Hari Terakhir : Seronok menaiki lori sejauh 5 km melalui lereng bukit di samping melihat kehijau dan haruman buah durian sepanjang jalan... menuju ke bandar Gopeng untuk menaiki bas balik ke Bangi... |
Jumaat, 2 Disember 2011
~~Cinta Yang Kecundang~~
Gambar dari Google |
Manusia dilahirkan dengan pelbagai perasaan.. rasa suka, duka, marah, geram, dendam, simpati, sayu, gabra, berdebar-debar, takut, benci, sayang, cinta, kasih, lapar, dahaga dan bekeinginan sesuatu yang mungkin di luar jangkauan fikiran dan keperluan kita sendiri. Nafsu, citarasa dan kehendak ini mungkin bukan serentak kita rasai namun begitu seringkali silih berganti dan mengikuti situasi. Manusia sememangnya lahir bersama fitrah yang dianugerah oleh Allah S.W.T untuk hambanya. Adakah di antara kita yang langsung tidak memiliki perasaan-perasaan itu?.
Selain rasa cinta kepada maha pencipta cinta ~ Allah yang Maha Esa, kita juga wajib mencintai agama, negara, bangsa, ibu bapa dan keluarga, harta benda kita, malah kerjaya kita. Wujudnya rasa cinta kepada semua ini akan membuat kita sentiasa punya tanggungjawab diri, amanah dan ikhlas untuk berbakti.
Persoalannya, bagaimana jika cinta kepada sesama insan? Ianya berbalik kepada fitrah dan takdir penentu. Hari ini kita boleh bertemu dengan insan yang begitu asing dalam kehidupan dan mungkin insan ini akan menjadi jodoh yang kekal hingga akhir hayat.
Bila menyebut rasa cinta, pelbagai sikap dan tingkahlaku yang kadang kala di luar kawalan pemikiran manusia. Sesetengah manusia sanggup bertaruhan untuk mendapatkan cinta., dan melahirkan cinta kepada pasangannya. Cinta yang bagaimana mudah untuk diperolehi? Cinta yang bagaimana indah untuk dikenang? Cinta yang bagaimana amat melukakan hati? Cinta yang bagaimana membawa rasa kecundang dalam diri? Cinta yang bagaimana membuat kita tenang selalu?
Jatuh cinta dan kecundang dalam cinta juga adalah pengalaman berharga dan ini adalah anugerah dalam mewarnai kehidupan manusia. Wujudnya cinta yang disulami rasa keikhlasan dan tanggungjawab mungkin memberi kebahagiaan kepada manusia. Cinta yang disulami nafsu, kedudukan, harta benda, kecantikan mungkin akan lenyap bersama susutnya perasaan yang dianggap sementara ianya masih ada. Kecantikan rupa, harta benda, pangkat dan darjah boleh hilang dalam sekelip mata.
Cinta tanpa restu, cinta beralih arah, cinta yang dikhianati akan menyebabkan insan-insan akan rasa berputus asa, kecewa, rasa terhina, dendam dan ada setengahnya sanggup memusnahkan diri. Sebelum ditimpa pelbagai penyakit cinta, semua manusia harus melengkapi diri dengan ilmu cinta, Harus sentiasa bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan, dan paling penting perlunya keiklasan dan redha jika kecundang. Kematangan dan sikap terbuka akan memberi kekuatan dalam kehidupan bagi insan yang kecundang dalam cinta dan tentunya kepada Allah jua harus kita berserah. Allah maha mengetahui dan setiap kejadian tentunya ada hikmahnya.
Syanz Abraoof
02.12.2011
Ahad, 27 November 2011
Bukan Mereka Pinta Lahir Demikian...
Minggu lepas saya bertugas sebagai panel penemuduga calon-calon pelatih yang ditawarkan untuk mengikuti kemahiran di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi. Pengalaman saya ini wajar untuk dikongsi bersama rakan-rakan sebagai membuka minda dan tentunya mengharap golongan normal lebih mengerti dan memahami nasib orang kurang upaya (OKU).
OKU yang hadir untuk ditemuduga penuh harapan begitu juga ibu bapa yang mengiringi kehadiran mereka. Riak muka dan gambaran di anak mata mereka mengharapkan satu perubahan secara total akan berlaku dalam kehidupan mereka. Pelbagai wajah yang silih berganti dalam mengisi ruang kamar temuduga dan tentunya pelbagai watak dan cerita yang penuh dramatik mengiringi liku-liku kehidupan OKU ini. Pelbagai cerita ini menguji emosi dan mindaku sebagai panel. Pertembungan emosi, dasar dan skema tentunya berlaku, namun begitu kematangan dan keadilan kena seiring.
Sedia maklum, ramai OKU yang tidak dapat melanjutkan pelajaran, hatta mendapat pendidikan asas juga terlepas disebabkan faktor fizikal dan juga permasalahan ekonomi ibu bapa. Apa yang ingin saya kongsikan kepada sahabat semua, adalah perasaan dan tekanan kepada golongan yang pada awalnya normal dan tiba-tiba menjadi cacat. Kehidupan yang riang ria, penuh kasih-sayang, mendapat pendidikan, bijak, ceria, dan aktif tiba-tiba kehidupan itu terus lenyap bersama kemurungan dek kecacatan akibat kemalangan. Bagi mereka yang masih belajar peluang pendidikan terpaksa tertangguh, wal hal mereka ini cukup bijak dan aktif. Keputusan peperiksaan di sekolah amat cemerlang, aktif dengan kokurikulum, berwajah cantik dan segak tetapi bila hadir temuduga secara nyata, dipandang dan ditemubual gambaran keceriaan itu telah lama hilang. Kelihatan hanya wajah penuh harapan, kadang kala ingatan tidak dapat dipulihkan, pergerakan perlu sokongan, aktiviti harian dan selera makan sudah terbatas ditambah dengan adanya penyakit yang disebabkan kecacatan.
Golongan yang telah punya kerjaya tiba-tiba tidak mampu untuk bekerja. Anak isteri terbeban dek tunggak utama telah cacat dan tidak mampu bergerak pantas seperti dahulu. Majikan mungkin tidak memerlukan lagi sebagai pekerja. Akibatnya punca pendapatan keluarga akan terjejas maka trauma dalam kehidupan mereka akan lama bertapak. Tidak perlu menyalahkan takdir kerana Allah mengetahui apa yang tersembunyi dan ada sebab dan akibatnya yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Namun begitu kemalangan boleh dielak jika kita semua sentiasa peka dan mematuhi peraturan.
Pengalaman ini harusnya dikongsi semua orang, agar golongan normal dapat mengerti akan penderitaan yang dialami oleh OKU. Perlunya keperihatinan dan sokongan semua pihak agar golongan minoriti ini lebih dihargai. Kehadiran mereka akan melengkapi kehidupan kita yang normal. Jangan menyangka bila kita normal kita boleh melakukan segalanya dan jangan ingat bahawa golongan OKU tidak mampu melakukan sesuatu kerana OKU juga manusia yang sentiasa berusaha untuk terus maju. Kadangkala kehendak dan semangat mereka yang tinggi membuatkan mereka mampu buat sesuatu di mana orang normal langsung tidak terfikir dan mampu melakukannya.
Beringatlah sebelum kita terlambat kerana sedikit kelekaan boleh membawa padah dalam kehidupan kita. Jangan sekali ada pandangan hina di mata kita terhadap golongan ini, kerana Allah menguji kita sama ada patuh atau ingkar akan suruhanNya menolong sesama insan. Semoga pengertian kita akan lebih terbuka apabila kita mengetahui serba sedikit tentang OKU ini kerana mereka tidak minta dilahirkan sedemikian...
Khamis, 17 November 2011
Kenalan Tanpa Nama Di Giant
Semalam bersama adik sepupu pergi ke Giant untuk membeli barangan dapur.. al-maklumlah bila famili datang rasa seronok nak memasak dan hasrat menjamu tamu tentulah tinggi.. Geram melihat buah labu yang kelihatan segar.. terasa hendak membelinya.. sambil membelek-belek labu tu, tiba-tiba seorang wanita di sebelah saya yang sedang membelek kunyit segar memandang saya dan berkata.. "kalau orang Cina memilih labu, mereka akan pilih yang bewarna hijau berbanding warna kuning" dan saya pun berkata "oooh!..
Perbualan kami bertambah rancak.. katanya dia memilih kunyit kerana behasrat untuk menanam, dan dia pun becerita dia banyak menanam sayuran dan herba seperti lengkuas, daun kesom, daun kunyit.. dan saya mencadangkan supaya beliau turut menanam pokok kantan. Kerana bunga kantan sekuntum yang dijual di Giant berharga RM2.00. Oleh kerana nak membuat laksa terpaksa juga saya membelinya.
Bila sebut daun kunyit saya pun menambah kalau daun kunyit sedap dibuat jemput-jemput.. rupanya resepi dan cita rasa kami sealiran.. dari bab tanaman dan sayuran beralih pula ke resepi jemput-jemput daun kunyit campur udang. Beliau menambah jika jemput-jemput hendak lembut hendaklah dicampur dengan telur.. adunannya perlulah agak cair dan lembut.. wanita ini menambah lagi.. dia tidak membeli makanan atau makan di luar dan akan masak sendiri dan Alhamdulillah hasil tanamannya telah dapat dituai.. Saya mengangguk-angguk dan rasa kagum kepada wanita kecil molek yang saya agak mungkin usianya lewat 40an, melihat gayanya saya mengagak beliau adalah orang berkerjaya.
Hari ini saya terfikir pengalaman saya dengan wanita semalam.. Alangkah bagusnya saya mengambil sikapnya untuk saya praktikkan juga di kediaman saya.. Bertambah semangat saya untuk memulakan projek "tani" ini.. Semasa menulis ini saya tersenyum sendiri kerana wanita yang saya berbual mesra dari hal labu ke hal tanaman herba hingga ke resepi jemput-jemput daun kunyit rupanya saya tidak tahu namanya.... Apa pun terima kasih kepada beliau yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman... Moga kami berjumpa kembali di Giant tempat yang sama atau di lain tempat kerana saya amat cam wajahnya..
Pokok Kunyit (Gambar dari Google) |
Jemput-Jemput Daun Kunyit + Udang/Udang Pepai (Gambar dari Google) |
Labu~ Warna hijau seperti ini digemari orang Cina (Gambar Google) Buah Labu selain buat sayur masak lemak, sedap juga dibuat pengat dan cucur labu |
Pokok Bunga Kantan (Gambar dari Google) Bahan wajib yang perlu ada dalam membuat laksa. Sedap juga dihiris halus dan dicapur dengan ikab bilis goreng dan diperah asam limau |
Pokok Lengkuas (Gambar dari Google) Lengkuas bahan yang perlu ada dalam masakan rendang, kurma dan sebagainya Orang bugis menjadikan bahan utama dalam masakan Ayam Lengkuas (Manuk Nasu Likku') |
Isnin, 31 Oktober 2011
Di Kala Sepi..
Di kala sepi itu tenang
hati pun bisa menyanyi riang
mata berkelip bersinar
mulut terukir indah
mulut terukir indah
kerana bersama sepi itu
tetap ada yang rindu..
Di kala sepi itu indah
hati, akal dan mata
Di kala sepi itu indah
hati, akal dan mata
bagai bersatu
seia sekata
bersama menyanyi
apa pun lagu pasti gembira
kerna dia pembawa semangat..
Di kala sepi yang sayu
bagai daun berguguran
berlalu bersama deras air di kali
tanpa henti tanpa kembali
hanyut setia bersama waktu..
kerana rindu tidak berpaksi..
Di kala sepi itu bagai sembilu
merindu pada yang tak setuju
entah bila masa menentu
engkau dan aku akan bertemu
walau hanya seketika lalu
biar suratan jadi penentu..
Syanz Abraoof
12.10am@31 Okt 2011
Ahad, 30 Oktober 2011
Aktiviti Waktu Senggangku...
Petang ni terasa boring.. cuaca pun tidak menentu di luar
sat mendung sat panas..
Mengambil kesempatan ini untuk membuat eksperimen pelbagai foto
Mengambil kesempatan ini untuk membuat eksperimen pelbagai foto
melalui aplikasi PhotoScape..
Boleh diprint dan dijadikan frame hiasan dinding sebagai koleksi decor-decor di rumah..
Hook Pelbagai Gambar Jenis Cafe |
Hiasan Bunga Berpasu
Frame Gambar Liona, Fiona dan Miona
Frame Gambar Anak Buahku ~ Amani Othman Dengan Pelbagai Wajah Dalam Satu Hari Di Hari Raya |
Foto pelbagai aksi ketika boring... hahahaha... |
Bunga-Bunga Di PLPP Bangi (2)
Minat kepada tumbuhan mendorong diriku mengambil gambar-gambar tumbuhan yang ada di perkarangan pejabatku ~ PLPP Bangi. Sejuta terima kasih sebenarnya kepada salah seorang staf yang bernama Puan Lackcumy Devi yang begitu komited menjaga pokok-pokok bunga pejabat ni. Kekemasan dan kesuburan pokok-pokok bunga ini adalah hasil usahanya.
Saya pula akan cari kesempatan untuk mengambil gambar-gambar landskap pejabat bukan sekadar minat saya dalam landskap tetapi ianya juga boleh memberi ransangan idea dan ketenangan di kala stress. Gambar di bawah adalah sekitar di pengkaran pejabat.
Saya pula akan cari kesempatan untuk mengambil gambar-gambar landskap pejabat bukan sekadar minat saya dalam landskap tetapi ianya juga boleh memberi ransangan idea dan ketenangan di kala stress. Gambar di bawah adalah sekitar di pengkaran pejabat.
Pokok Paku Langsuir di tanam dalam tempayan besar |
Bunga Raya Merah |
Pokok Pinang |
Deretan Pokok Pinang di hadapan Balai Pengawal |
Inilah bunga "morning glory" warna purple berdaun besar sementara kudupnya berwarna putih |
Bunga Raya |
Bunga Kertas (Bougainvillea) |
Rimbunan pokok bunga "morning glory dan kesidang" |
Sabtu, 29 Oktober 2011
Decor-Decor Ikut Cita Rasa Sendiri..
Petang ni selepas mengemas sangkar Fiona, Miona dan Liona mood untuk mengemas masih ada. Bukan apa, tetiba rajin kerana inilah di antara cara nak hilangkan rasa stress di tempat kerja. Oleh kerana di luar hujan dan guruh maka hari ini tak menjenguk tanaman di luar rumah.
Aktivitiku mengambil gambar hiasan dalaman tambahan yang baru dibeli minggu lepas. Baru saya sedar rupanya secara tidak langsung saya ni penyimpan koleksi yang berkaitan "cafe". Bermula dari mug yang merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ku sepuluh tahun yang lalu, hingga ke gambar dinding.
Sebenarnya sudah hampir setahun saya tidak membuat tambahan dalam hiasan dalaman. Kebetulan anak buah datang bercuti ke rumah saya, maka ada peneman untuk membeli barang hiasan. Anak buah pun sama minat dengan saya maka tidak susah untuk saya membuat pilihan. Pilihan saya lazimnya yang murah tetapi tetap cantik di mata saya. Ini lah hasilnya.....
Sebenarnya sudah hampir setahun saya tidak membuat tambahan dalam hiasan dalaman. Kebetulan anak buah datang bercuti ke rumah saya, maka ada peneman untuk membeli barang hiasan. Anak buah pun sama minat dengan saya maka tidak susah untuk saya membuat pilihan. Pilihan saya lazimnya yang murah tetapi tetap cantik di mata saya. Ini lah hasilnya.....
Harga bunga sejambak RM3.20 x 4 = RM12.80 Harga pasu = RM 12.90 Sponge bunga RM1.50 kalau beli yang dah siap gubah tidak lari RM50.00 sejambak |
Bunga Dahlia setangkai berharga RM3.90 x 4 tangkai = RM15.60 tambahan kepada bunga Dahlia yang sedia ada |
Gambar sedia ada di tambah 3 hook bercirikan cafe |
Hook: Espresso Coffee Cuppuccino |
Ini adalah gambar yang saya beli 3 tahun dahulu |
Mat berharga RM5.00 sehelai |
Mug kesayanganku.. berusia 10 tahun |
Hiasan dinding.. Gambar Kucing |
Sekor itekku telah pecah gara-gara Fiona, Miona dan Liona. |
Pada saya hiasan dalaman rumah tidak semestinya mahal asal kita pandai menyesuaikan dengan suasana atau tema yang kita minati. Lain orang lain cita rasanya maka itu daya kreativiti seseorang individu adalah unik. Mungkin tidak indah pada pandangan mata orang lain tapi ianya satu kepuasan kepada pemilik rumah. Apa pun hargai bakat anda!
Langgan:
Catatan (Atom)