Khamis, 17 November 2011

Kenalan Tanpa Nama Di Giant

Semalam bersama adik sepupu pergi ke Giant untuk membeli barangan dapur.. al-maklumlah bila famili datang rasa seronok nak memasak dan hasrat menjamu tamu tentulah tinggi.. Geram melihat buah labu yang kelihatan segar.. terasa hendak membelinya.. sambil membelek-belek labu tu, tiba-tiba seorang wanita di sebelah saya yang sedang membelek kunyit segar memandang saya dan berkata.. "kalau orang Cina memilih labu, mereka akan pilih yang bewarna hijau berbanding warna kuning" dan saya pun berkata "oooh!.. 

           Perbualan kami bertambah rancak.. katanya dia memilih kunyit kerana behasrat untuk menanam, dan dia pun becerita dia banyak menanam sayuran dan herba seperti lengkuas, daun kesom, daun kunyit.. dan saya mencadangkan supaya beliau turut menanam pokok kantan.  Kerana bunga kantan sekuntum yang dijual di Giant berharga RM2.00. Oleh kerana nak membuat laksa terpaksa juga saya membelinya.

           Bila sebut daun kunyit saya pun menambah kalau daun kunyit sedap dibuat jemput-jemput.. rupanya resepi dan cita rasa kami sealiran.. dari bab tanaman dan sayuran beralih pula ke resepi jemput-jemput daun kunyit campur udang. Beliau menambah jika jemput-jemput  hendak lembut hendaklah dicampur dengan telur.. adunannya perlulah agak cair dan lembut.. wanita ini menambah lagi.. dia tidak membeli makanan atau makan di luar dan akan masak sendiri dan Alhamdulillah hasil tanamannya telah dapat dituai.. Saya mengangguk-angguk dan rasa kagum kepada wanita kecil molek yang saya agak  mungkin usianya lewat 40an, melihat gayanya saya mengagak beliau adalah orang berkerjaya. 
           Hari ini saya terfikir pengalaman saya dengan wanita semalam.. Alangkah bagusnya saya mengambil sikapnya untuk saya praktikkan juga di kediaman saya.. Bertambah semangat saya untuk memulakan projek "tani" ini.. Semasa menulis ini saya tersenyum sendiri kerana wanita yang saya berbual mesra dari hal labu ke hal tanaman herba hingga ke resepi jemput-jemput daun kunyit rupanya saya tidak tahu namanya.... Apa pun terima kasih kepada beliau yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman... Moga kami berjumpa kembali di Giant tempat yang sama atau di lain tempat kerana saya amat cam wajahnya..

Pokok Kunyit (Gambar dari Google)

Jemput-Jemput Daun Kunyit + Udang/Udang Pepai (Gambar dari Google)

Labu~ Warna hijau seperti ini digemari orang Cina (Gambar Google)
Buah Labu selain buat sayur masak lemak, sedap juga dibuat pengat dan cucur labu
Pokok Bunga Kantan (Gambar dari Google) Bahan wajib yang perlu ada dalam membuat laksa.
Sedap juga dihiris halus dan dicapur dengan ikab bilis goreng dan diperah asam limau



Pokok Lengkuas (Gambar dari Google)
Lengkuas bahan yang perlu ada dalam masakan rendang, kurma dan sebagainya
Orang bugis menjadikan bahan utama dalam masakan Ayam Lengkuas (Manuk  Nasu Likku')

Tiada ulasan: