Khamis, 30 September 2010

BUAH HATI KEKASIH ORANG

Pada aku perkara ini biasa.. bila lelaki yang telah bertunang tersuka perempuan yang lain.. lelaki yang telah kahwin suka dan gatal dengan perempuan lain.. kalau dijodohkan akhirnya berakhir dengan pernikahan..

Kalau kepada perempuan pulak, dah ada tunang terjatuh cinta dengan lelaki lain.. biasa juga.. setidaknya belum jadi bini orang.. kalau dah jadi bini orang jatuh cinta dengan orang lain.. memang ada pun.. jadi kesimpulannya cinta itu buta..

Mungkin manis lagi bila kata bercinta dengan laki orang, tapi akan nampak janggal bila bercinta dengan bini orang.. hahaha.. dunia dunia..

So kalau kita nampak alim dan baik konon pun tapi kalau dah kata manusia kegatalan tetap ada.. dan selagi nama manusia nafsu tetap ada la .. itu sememangnya fitrah manusia.. kadangkala bila suka mengaibkan orang rupanya Tuhan membalas dengan mengaibkan diri sendiri..  hahaha.. tepuk dahi!!

ORANG YANG BODOH SOMBONG

Bagaimana orang tua-tua boleh mewujudkan ungkapan kata "bodoh sombong"?  pada pengamatan aku orang tua-tua dahulu kala amat tepat bila berkata.. jelas amat bila marah.. orang yang bodoh. maknanya orang yang pendek akal fikirannya, orang yang tidak tahu membuat penilaian, orang tidak tahu berfikir apa kesannya bila bertindak, orang yang rasanya dunia kecilnya itu adalah sebesar dunia sebenar..rasa pa yang dibuat itu betul pada pengamatanya..

Sombong pula?  merujuk kepada orang yang rasa dirinya amat bagus maksudnya terlebih bagus hingga tersasar perkataan bagus.. jadi tak de maknanya lagi perkataan bagus itu...

Jadi boleh aku kata si sombong bodoh ini adalah yang berperangai bodoh sombong.. hahaha terbalik, terbalik rupanya memang itu pun maknanya.. merujuk kepada perangai,  sikap dan pemikiran orang tersebut.. kena sabar jer berdepan spesis manusia seperti ini.. betul gak kata pensyarah aku dulu.. setiap manusia ada unsur kebinatangan... maksudnya selagi bernama haiwan tetap haiwan kerana manusia adalah spesis haiwan..

Selasa, 21 September 2010

Lagu "MATAHARI"

Aku pernah menyanyikan lagu Matahari nyanyian Monica Agnes ni.. sajer-sajer.. dan ada seorang sahabat yang mengatakan aku boleh menyanyikan lagu tersebut dan memintaku hafal liriknya..dan dia merasa sangat terharu bila aku menyannyikan lagu ini.. Entahlah lagu-lagu ni padaku hanya satu genre seni yang perlu dihargai dan aku taklah pulak jenis lentuk-lentuk ngan lagu-lagu ni... Seoarang lagi rakan karibku yang mendengar komen dari sahabat pertama merasa suspen jer bila dengan pengakuan sahabat pertama tadi..

Dua minggu kemudian bila naik ofis.. kawan karibku yang suspen tadi telah menghulurkan lirik lagu tersebut.. "oh! lagu Matahariku?" tanyaku sambil tersenyum.. dia lantas menceritakan sanggup download lagu ni masa sesi menunggu di airport semasa balik kampung.. wah!  dia ni seorang sahabat yang paling perihatin dan sentiasa ingin mendapat jawapan dalam apa cara pun.. hehehe.. 

Bila pasal lirik lagu ni satu kelemahan aku ialah tak pernah hafal lirik lagu. Seingat aku hanya lagu Negaraku yang aku hafal..so jangalah nak suruh aku ikut program "jangan lupa lirik" hehehehe

So di laman ini ingin ku persembahkan lagu "MATAHARIKU " khas buat sahabat-sahabat baikku yang telah mendengar aku nyanyi lagu ini.. hahaha..

tertutup sudah pintu, pintu hatiku
yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

*berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

**dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

repeat *
dengarkanlah kau matahariku

dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku

repeat **


Jumaat, 17 September 2010

Bila Jarang Naik Pengangkutan Awam

Apabila amalan lama sudah lama tidak diamalkan.. iaitu beli tiket bas di kaunter.. Gara-gara kereta bermasalah terpaksa balik naik bas.. bosan melihat dua kerani kaunter yg layan tak layan pelanggan dah beratur.. asyik membelek komputer yang mungkin ada masalah.. pandang atau beri isyarat tunggu sebentar pun tak.. aduh seksanya rasa.. orang belakang saya dah berkata naper lambat sangat.. geram punya pasal aku cakap "ntah!, dia wat tak tahu jer kita ada kat sini.." yer lah apa salahnya dia kata.. kejap yer kak.. agak-agak 10 minit komputer dah ok.. pelanggan pertama berlalu.. tiba giliran aku.. kerani lelaki ni pandang saya.. "dalam hati nasib baik dia pandang" kak nak gi mana? lantas dengan selamba aku jawab  ke Batu Pahat? ermmm??? Batu Pahat Kak? aku terdiam.. dia pandang aku.. Allahu Akhbar! rupanya la ni aku di Batu Pahat yang aku nak pergi ke Seremban.. Sorry ke Seremban!! Oh Seremban dan dia senyum.. yang terawal jam 4.00 petang. Ok aku pun bayar tiket Batu Pahat - Seremban RM15.40. 

Rasa kekok tu terasa juga.. tanya kerani tu kembali.. bas sampai di depan ni ke dek? yer kak, akak tunggu dalam ni..  Aku pun duduk menunggu sambil pandang sana pandang sini..  Bas akan bertolak jam 4.00 petang.. Ok aku menunggu  masa lebih kurang 25 minit lagi.. Jam dinding jam 4.00 petang dah.. kerani tadi tak kisah pun, memaklumkan bas dah sampai ker belum. Pelanggan semakin ramai beratur beli tiket.. gelabah aku dibuatnya.. aku belek tiket tak der pun no plat basnya.. dah dua minit.. dek, basnya tunggu di sini ker? Apa nombor basnya.. Oh.. oh.. kak! akak kena pergi seberang jalan tu.. bas "$$&%%" sambil menggaru kepala.. Aku pun terus menghala ke bas yang dinyatakan.. Driver dah ada dah kulihat dah ramai penumpang. Driver tu cakap ah.. nak jalan dah ni.. First syukur tak ketinggalan bas..

Bila naik bas.. tiket aku seat no 12.. alamak penuh ngan beg besar-besar ni.. amacam tempat duduk aku ni.. aku pandang kiri kanan.. tiba-tiba penumpang sebelah berkata kak duduk jer di mana-mana kak.. aku pun tak kisah duduk jer.. lagi pun tak ramai orang.. aduhai.. gini gamaknya...

Nasib baik tak ramai.. driver pun sopan dan kelihatan bertanggungjawab.. aku pun relaxlah dalam bas.. melayan perasaan.. sambil dengar video cd lagu-lagu raya, lagu lama dalam bas.. boleh lah..tak bosan sangat. Tapi geram aku kat kerani yang tak maklum mana bas, apa nombornya, maklum mengatakan bas dah sampai, sila naik bas No Pendaftaran apa ker.. orang macam aku ni yang jarang naik bas akan terpinga-pinga.. kalau orang tua bagaimana? OKU bagaimana? pelancung bagaimana? hendaknya syarikat-syarikat bas lebih mengutamakan layanan mesra dan maklumat yang betul kepada pelanggan.. baru pelanggan rasa seronok nak naik bas.. perkhidmatan bas pun boleh maju..

Dah samapai Seremban.. 17 tahun yang lalu inilah stesyen tempat aku menuju ke destinasi kampung halamanku di Johor.. almaklumlah tak der kereta lagi.. Wow! rasa bangga gak Seremban jauh berubah.. terbayang 17 tahun yang lalu.. ada gerai-gerai penjual kacang putih di tepi  la ni dah tak nampak dah. Bila nak turun bas jer.. satu suara dari tempat duduk penumpang.. Kuperhatikan eh!! orang yang letak beg besar dia di tempat duduk aku tadi ni.. (dalam hati jer..) Cik Aisyah! terus bersalam dan cium tangan.. oleh kerana keadaan tak mengizinkan dalam bas aku pun tunggu di bawah.. Dia perkenalkan dirinya..  rupanya bekas studentku di TSPR.. jauh berubah.. sopan, mesra dan yang penting ingat aku dan beberapa orang staf di TSPR. memperkenalkan adiknya.. adiknya tersenyum.. oh awak tadi yer yang letak beg di seat saya.. sambil ketawa.. kecil benar dunia ni. Terima kasih lah ingat saya.. Masakan tak ingat Cik Aisyah! , Cik Aisyah kan jaga disiplin.. dan kami pun ketawa.. bertukar no telefon dan berharap dia sentiasa berjaya insya-Allah.  Seronok rasanya student kita berubah ke arah positif.. 
 
Jalan kaki menuju stesyen KTM Seremban. Laluan penjalan kaki dah cantik, selamat dan berbumbung lagi .. Satu perubahan yang bagus, tandanya kerajaan perihatin. Beli tiket di kaunter.. Sekali lagi berdepan  dengan penjual tiket bezanya ini komuter.. aku cakap ke UKM Bangi dan menghulurkan note RM50.00.  Sepontan dia ambil duit  dan minta maaf.. Cik saya ada note kecil sahaja RM5.00,  tak mengapan kan cik.. kalau saya  beri baki wang note kecil.. aku pun dengan senyum berkata tak mengapa tetapi dalam hati kata lagi bagus.. sebenarnya aku ada note RM10.00 tetapi sengaja aku tak bagi kerana lebih mementingkan untuk membayar tambang teksi nanti. Manalah tau driver teksi tak der wang kecil nak balikkan wang baki aku.. hehehe.  

Selepas beli tiket, maka aku pun menjadi penunggu sepi di setesyen ini.. Komuter jangka sampai jam 8.00 malam.  Dalam duduk menunggu  aku mengambil peluang memerhati sekitar.. sebelah aku adalah sebuah keluarga (bapa, ibu dan anak lelaki umur lingkungan 10 tahun) si bapa sengaja hisap rokok betul-betul di papan tanda  "BAHAYA VOLTAN TINGGI".  Aduh! nak tegur dah tua..  erm biar kan jer  lah!!.. walau pun dalam hati ada rasa negeri .. Kenapalah lah pihak KTM ni tak mendidik  amalan keselamatan kepada pengguna dengan lebih kreatif? terpacul pulak dalam otak aku ni.. ah lantak lah.. 

Jam 8.00 malam tepat tren pun sampai.. wow tepat pada waktunya.. Sekali lagi aku berdepan dengan keluarga ni yang tak membiarkan orang turun dulu.. membiarkan anaknya berdiri macam main galah panjang.. kejap ke kiri kejap ke kanan.. aduh.. apalah salahnya berdiri sebelah tepi biarkan penumpang turun dan rasa selesa naik.. bukannya ramai orang pun.. Masuk perut tren dan duduk di sebelah  mamat Cina.. tapi aku lebih tertarik tenguk lantai tren ni yang dah terkoyak dan nampak papan di dalamnya.. Sekali lagi aku berkata dalam hati selamat ker..??? apa KTM dah buat? oh mungkin merasakan masih selamat lagi kot...??  hati dan otak selalu berrcanggah.. dan otak aku suka sangat merasionalkan keadaan walau pun  hatiku berkata kena bertindak dengan segera.. jangan!! ikut hati mati beb.. hehehe.  45 minit kemudian sampai di UKM Bangi. 

Aku terus menujuk ke port teksi.  Pak Cik Driver Teksi terus suruh aku masuk dan tak sempat aku nak cakap kat mana.  Dalam teksi baru aku cakap nak ke PLPP Bangi, Jalan Sungai  Merab.. Ok, kuarters yer Cik.. Ya jawab ku ringkas.  Aku memecah kesunyian.. tak ramai orang ya encik.. yer lah orang tak balik lagi dari bercuti.. student pun tak balik..  Senyap kembali hingga  hampir sampai.. dan driver bertanya nak lalu gate depan atau gate belakang cik.. Lalu gate utama lah.. rupanya Pak Cik Driver Teksi ni selalu masuk kawasan ambil student keluar outing.. Rasa bangga gak kat Pak Cik Driver teksi ni.. tak kisah ambil dan jemput student walau pun OKU, sesetengan pemandu rasa malas dan rasa susah nak layan OKU.   Selamat sampai kuartrs jam 9.00 malam. Apa yang pasti.. jimat memanglah jimat, tak penat drive sendiri.. cuma masa jer kot yang panjang sedikit..  telefon emak kata anaknya dah sampai.. emak pun kata "Alhamdulillah!, agak cepat yer.." yang penting selamat..

Ini lah pengalaman yang lebih kurang sepuluh tahun tak naik bas.. walau apa pun terima kasih lah atas perkhidmatan pengangkutan awam ni.. perkhidmatanmu amat diperlukan.. Banyak pengalaman yang aku lalui sepanjang perjalanan ini.. Erti kemanusiaan, keperaturan, kenang budi, sikap tolak ansur, kemajuan  dan apa yang penting di mana kita meletakkan diri kita sebagai individu di negara yang tercinta ini.
   

Ahad, 12 September 2010

Raya

hasilnya...... burasak yang siap di bungkus
zeera... tekun membungkus burasak

Persiapan Hari Raya

Assalamualaikum wbkt..
Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut syawal 1413 dengan penuh kegembiraan.. Perjalanan balik kampung memang memenatkan tetapi panggilan kampung lebih kuat.. yerlah bila balik kampung boleh jumpa sanak saudara, rakan taulan... tapi yang paling terfikir bagaiaman nak buat persiapan hari raya.. Paling pasti mengemas rumah.. almaklumlah hanya ibu yang telah tua dan cucu yang tinggal.. jadi banyak perkara yang telah terlepas pandang..

Sawang, barang-barang yang perlu dilupuskan..pasang langsir, ganti sarung kusyen, pasang karpet jadi agenda.. bila dah berkumpul ramai-ramai mulalah gotong royong.. satu kumpulan bahagian pengemasan dan satu kumpulan pula buat Burasak,Pakloi, Lepat dan Ketupat. Kumpulan buat buat burasak lazimnya sehari sebelum raya.. dalam masa yang sama menyiang daging, ayam dan ikan parang satu kemestian. beginalah gamatnya apabila nak beraya...