Isnin, 17 Januari 2011

Pemikiranku....Sekadar Pandangan Peribadiku. Maaf jika aku bukan sehaluanmu..


PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

Dr. Mahathir Mohamad
| Permalink | Comments (626) | TrackBacks (0)
1. Perhatian rakyat Malaysia terutama orang Melayu ialah kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku dalam UMNO. Samada mereka ahli atau bukan ahli mereka tahu UMNO memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka, dalam maju mundurnya Negara mereka.

2. Apa yang mereka lihat sehingga kini tidak menyenangkan hati mereka akan keupayaan UMNO dikekalkan.

3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

4. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

5. Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya.

6. Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri.

7. Sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri.

8. Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk.

9. Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

10. Tetapi oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

13. Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya.

14. Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan.

15. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

  
Assalamualaikum Tun,
Harap Tun dan keluarga sentiasa dilindungi Allah..
Hari ini saya sedih melihat keputusan pemilihan Ketua Pemuda Umno. Nampaknya sikap perwakilan di kalangan pemuda jelas melalui terjemahan pengundian... Jika begini berlaku bagaimana agaknya pada tahun2 mendatang... kita berkata tolak politik wang, tetapi wang tetap bertahta di mata mereka. nampaknya yang jujur untuk tidak berpolitik wang memang akan ditolak. sekarang siapa yang tidak jujur?. Nyata sekarang yang memang kemaruk wang telah jelas. Kita mudah dibeli walaupun kita tahu apa nahtijahnya.
Harap Tun sentiasa memberikan buah fikiran yang bernas dan boleh kami berkongsi demi kesejahteraan kita semua.
Saya amat kagum dan hormat pada Tun.



Ahad, 16 Januari 2011

Petikan Puisi Dari Seorang Sahabat

Tajuk: Rindu

Rindu yang hadir 
tak bisa ku usir jauh....
makin diusir...
kian hampir ia mendekat...
kadangku lelah...
menahan rindu
tapi kusedar..
manisnya rindu ini...
mana mungkin kulepas ia berlalu...
kerana rindu ini...
hanya padamu ..

Nukilan D.Y. Sabah 
9 Jan 2011

Kira Aku Tahu Apa Itu Rahsia

KIRA AKU TAHU APA ITU RAHSIA

Masihkah aku berahsia
bila hati dan jiwa 
mula bersatu
dalam satu jasad
yang menyingkap
rahsia kurniaNya

Masihkah aku berahsia
jika ada nyawa
yang ingin mengiringiku
dalam mengerti apa itu rahsia

Bisakah aku mengerti
rahsia diri kurnia dari Nya
yang menyingkap
perasaan dan hati
akal dan budi
qada dan qadar
adalah milik insan
yang punya rahsia tersendiri

Kira aku tahu apa itu rahsia
tentunya sudah lama aku mengerti
yang tersurat dan tersirat
yang bisa membuat aku terpaku
dalam mencari erti
rahsia diri sendiri.






Syanz Abraoof
16 Januari 2011










Sabtu, 15 Januari 2011

Yang Kufikir dan Kudambakan




~YANG KUFIKIR DAN KUDAMBAKAN~
Pandang-pandang
dengar-dengar
fikir-fikir dan kaji-kaji
berbicara dalam sopan
bersabar menghadapi dugaan
kuat menghadapi rintangan
bijak mengatasi godaan
berjuang menghadapi kepuraan
semangat hadapi cabaran
tegas buat keputusan
yang baik dibuat kawan
yang jahat dibuat sempadan
agar hidup penuh aman

maju jaya dalam keberkatan.
 


syanz ab raoof
01012011

Isnin, 3 Januari 2011

Bila Saffin Othman Mula Bergaya...

  • Nama : SAFFIN BINTI OTHMAN
  • Tarikh Lahir : 20 Jun 2005 
  • Gambar ketika umur 5 tahun
  • (Hari Raya tahun 2009)
  • Nama Bapa: Othman bin Abdullah @ Bachok
  • Nama Ibu : Siti Khatijah binti Abdul Raoof
  • Sek. Rendah Keb. (Cina) Loke Yorke Benut, Pontian, Johor








Ahad, 2 Januari 2011

Kuartersku Syurgaku:D-10, PLPP Bangi.


Ini lorong masuk rumah aku..


Ini Ruang Tamu aku.. simple jer ala-ala Jepun gitu..


Ini pulak Ruang Makan ala-ala klasik gitu..



Ini pulak Ruang Dapur aku..




Ini pulak Bilik Buku aku...
nak cari rujukan:
cari fail-fail lama, nota-nota lama, refresh balik terpaksalah belek-belek buku-buku lama..



Jom.. kita naik Tingkat Atas pulak..





Inilah Ruang Lepak-Lepak aku..
baca surat khabar
  baca majalah
nonton TV (berita TV adalah wajib tonton)
tenguk album-album lama
melayari internet (update blog, Facebook, chatting, cari info terkini)
tak pun jom karaoke..
paling tidak terZZZZZZZzzzzz....




Gambar bawah pula bilik-bilik dalam rumah aku.. 
(Atas) Ini Bilik Bujang.. selalunya anak buah aku yang suka tidur sini..

(bawah) Ini Bilik Tetamu aku..


Ini kamar Beradu aku.. bisa membuatkan lena dibuai mimpi..





 
Bunga Hiasan dalam rumah aku










Rumahku syurgaku
kecil kah besar kah
buruk kah cantik kah
dihuni seorang kah ramai kah
yang penting
bagaimana aku selesa
bagaimana aku terasa sejuknya
bagaimana aku begitu damai
sehingga aku terpaku
akulah penghuni di dalamnya...