Ahad, 20 September 2015

Bandar Marang dan Buah Perah

Buah perah rebus enak dimakan begitu sahaja.
Buah perah yang belum gugur (gambar:sumber.)

Beginilah keadaan isinya..
 Buah perah merupakan buah tumbuhan di hutan khatulistiwa yang banyak didapati di hutan negeri Pahang. Buat pertama kalinya saya melihat buah ini di Pasar, bandar Marang,  Terengganu yang dijual setelah direbus. Difahamkan oleh sahabat saya cikgu Riee,  buah repah ini dipungut di dalam hutan apabila berguguran dari kelongsong asalnya.  buah ini akan direbus berjam-jam dan isinya dimakan.  kulitnya agak keras namun bila dipicit hujungnya maka mudah untuk merekah.

Rasa buah yang direbus ini mengingatkan saya kepada buah cempedak dan berangan. Lemak dan sedikit rasa pahit tetapi amat lazat.  makan sebiji boleh berulang tanpa sedar bagai makan kacang atau badam. Pertama kali memakannya membuatkan saya ingin mengulanginya. Tak cuba tak tahu kan..
Buah perah yang dijual oleh penjual. Sebekas plastik berharga RM3.00

Ramah mesra penjualnya membuatkan hati nak merasa juga buah perah ini.
Tidak jauh dari Pasar Daerah Marang adalah jeti untuk melihat pemandangan Kuala Marang dan jeti ke Pulau Kapas.
Kuala Marang, sayang jerebu tebal membuatkan pandangan Pulau Kapas kabur dari pandangan

Suasana Bandar Marang yang agak sibuk

Asam keping juga banyak dijual.. beli jugalah secupak..





Tiada ulasan: