Ahad, 20 September 2015

Bandar Marang dan Buah Perah

Buah perah rebus enak dimakan begitu sahaja.
Buah perah yang belum gugur (gambar:sumber.)

Beginilah keadaan isinya..
 Buah perah merupakan buah tumbuhan di hutan khatulistiwa yang banyak didapati di hutan negeri Pahang. Buat pertama kalinya saya melihat buah ini di Pasar, bandar Marang,  Terengganu yang dijual setelah direbus. Difahamkan oleh sahabat saya cikgu Riee,  buah repah ini dipungut di dalam hutan apabila berguguran dari kelongsong asalnya.  buah ini akan direbus berjam-jam dan isinya dimakan.  kulitnya agak keras namun bila dipicit hujungnya maka mudah untuk merekah.

Rasa buah yang direbus ini mengingatkan saya kepada buah cempedak dan berangan. Lemak dan sedikit rasa pahit tetapi amat lazat.  makan sebiji boleh berulang tanpa sedar bagai makan kacang atau badam. Pertama kali memakannya membuatkan saya ingin mengulanginya. Tak cuba tak tahu kan..
Buah perah yang dijual oleh penjual. Sebekas plastik berharga RM3.00

Ramah mesra penjualnya membuatkan hati nak merasa juga buah perah ini.
Tidak jauh dari Pasar Daerah Marang adalah jeti untuk melihat pemandangan Kuala Marang dan jeti ke Pulau Kapas.
Kuala Marang, sayang jerebu tebal membuatkan pandangan Pulau Kapas kabur dari pandangan

Suasana Bandar Marang yang agak sibuk

Asam keping juga banyak dijual.. beli jugalah secupak..





Catatan Perjalananku: Terengganu Nan Indah ~ BESUT

Menghadiri kursus jabatan bertempat di Bukit Kluang Beach Resort,  Besut, Terengganu membawa saya pertama kali memandu berseorangan melalui Lebuh Raya Pantai Timur hingga ke Plaza terakhir iaitu Plaza Kuala Terengganu. Sebagai seorang pencinta alam semula jadi tentunya saya merasa santai dalam kehijauan bukit bukau di kiri kanan lebuh raya.  Walau pun agak sunyi hanya berteman satu atau dua kereta  dalam satu-satu masa saya tetap enjoy dalam pagi yang segar. Apa yang penting pastikan tangki minyak penuh dan kondisi kereta adalah baik.

Dari Plaza Tol Kuala Terengganu saya menuju ke Jertih yang tentunya akan melalui Bandar Permaisuri, Setiu, dan keindahan kampung yang permai sepanjang perjalanan. Kadang kala rasa cuak juga bila memikir betul ke laluan yang saya ikut ini. Sikap bertanya perlu ada dan keramahan penduduk membuatkan saya rasa tidak asing dengan mereka. Cuma agak menghairankan mereka bila saya berkata saya dari Kuala Lumpur dan mengaku memandu seorang diri. Rata-rata berkata " loh... mandu sendiri.. beraninyo.." Kalau seorang yang berkata saya tidaklah hairan ini lebih dari 5 orang berkata membuatkan hati saya berkata "mengapa ye??".

Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke destinasi dituju.  Alhamdulillah selepas pemanduan hampir 6 jam dari Kuala Lumpur selamat sampai. Nama Besut tidaklah asing bagi saya kerana anak saudara saya bertemu jodoh dengan orang Besut. Geografi Besut yang menarik hati saya. Ada sawah, ada bukit, ada sungai, ada laut, dan ada pulau yang cantik. Laut, pantai, bukit dan pulau sesungguhnya bukanlah asing dari kehidupan awalku. Berada di Besut ini membawa kepada satu pelepasan rindu kehidupan kami di Pulau Pisang.

Kesempatan waktu terluang tentunya saya tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar  sekitar pantai, kuala besut dan puncak Gunung Keluang.
Dari puncak Bukit Kluang






syanz abdul raoof
12-16 September 2015