Ahad, 20 September 2015

Bandar Marang dan Buah Perah

Buah perah rebus enak dimakan begitu sahaja.
Buah perah yang belum gugur (gambar:sumber.)

Beginilah keadaan isinya..
 Buah perah merupakan buah tumbuhan di hutan khatulistiwa yang banyak didapati di hutan negeri Pahang. Buat pertama kalinya saya melihat buah ini di Pasar, bandar Marang,  Terengganu yang dijual setelah direbus. Difahamkan oleh sahabat saya cikgu Riee,  buah repah ini dipungut di dalam hutan apabila berguguran dari kelongsong asalnya.  buah ini akan direbus berjam-jam dan isinya dimakan.  kulitnya agak keras namun bila dipicit hujungnya maka mudah untuk merekah.

Rasa buah yang direbus ini mengingatkan saya kepada buah cempedak dan berangan. Lemak dan sedikit rasa pahit tetapi amat lazat.  makan sebiji boleh berulang tanpa sedar bagai makan kacang atau badam. Pertama kali memakannya membuatkan saya ingin mengulanginya. Tak cuba tak tahu kan..
Buah perah yang dijual oleh penjual. Sebekas plastik berharga RM3.00

Ramah mesra penjualnya membuatkan hati nak merasa juga buah perah ini.
Tidak jauh dari Pasar Daerah Marang adalah jeti untuk melihat pemandangan Kuala Marang dan jeti ke Pulau Kapas.
Kuala Marang, sayang jerebu tebal membuatkan pandangan Pulau Kapas kabur dari pandangan

Suasana Bandar Marang yang agak sibuk

Asam keping juga banyak dijual.. beli jugalah secupak..





Catatan Perjalananku: Terengganu Nan Indah ~ BESUT

Menghadiri kursus jabatan bertempat di Bukit Kluang Beach Resort,  Besut, Terengganu membawa saya pertama kali memandu berseorangan melalui Lebuh Raya Pantai Timur hingga ke Plaza terakhir iaitu Plaza Kuala Terengganu. Sebagai seorang pencinta alam semula jadi tentunya saya merasa santai dalam kehijauan bukit bukau di kiri kanan lebuh raya.  Walau pun agak sunyi hanya berteman satu atau dua kereta  dalam satu-satu masa saya tetap enjoy dalam pagi yang segar. Apa yang penting pastikan tangki minyak penuh dan kondisi kereta adalah baik.

Dari Plaza Tol Kuala Terengganu saya menuju ke Jertih yang tentunya akan melalui Bandar Permaisuri, Setiu, dan keindahan kampung yang permai sepanjang perjalanan. Kadang kala rasa cuak juga bila memikir betul ke laluan yang saya ikut ini. Sikap bertanya perlu ada dan keramahan penduduk membuatkan saya rasa tidak asing dengan mereka. Cuma agak menghairankan mereka bila saya berkata saya dari Kuala Lumpur dan mengaku memandu seorang diri. Rata-rata berkata " loh... mandu sendiri.. beraninyo.." Kalau seorang yang berkata saya tidaklah hairan ini lebih dari 5 orang berkata membuatkan hati saya berkata "mengapa ye??".

Perjalanan diteruskan sehinggalah sampai ke destinasi dituju.  Alhamdulillah selepas pemanduan hampir 6 jam dari Kuala Lumpur selamat sampai. Nama Besut tidaklah asing bagi saya kerana anak saudara saya bertemu jodoh dengan orang Besut. Geografi Besut yang menarik hati saya. Ada sawah, ada bukit, ada sungai, ada laut, dan ada pulau yang cantik. Laut, pantai, bukit dan pulau sesungguhnya bukanlah asing dari kehidupan awalku. Berada di Besut ini membawa kepada satu pelepasan rindu kehidupan kami di Pulau Pisang.

Kesempatan waktu terluang tentunya saya tidak lepaskan peluang untuk mengambil gambar  sekitar pantai, kuala besut dan puncak Gunung Keluang.
Dari puncak Bukit Kluang






syanz abdul raoof
12-16 September 2015

Ahad, 2 Ogos 2015

Puisiku: ~Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala Kantor, Kepala Parti~

Puisiku: Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala Kantor, Kepala Parti
Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala Kantor, kepala Parti
madah berdendang bukan tujuan menendang
sekadar kata dari suara hati
dalam bicara agar kalian mengerti
hidup dan mati jua di tangan Illahi
usah kita bicara bikin kelahi
Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala Kantor, Kepala Parti
banyak pintamu pada rakyat agar berbudi
agar kita saling mengerti
sifat terpuji dalam berbakti
berkhidmat kepada nusa pertiwi
tentunya patuh pada Illahi Rabbi
pesanmu itu sentiasa terpuji
Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala kantor, Kepala Parti
dengarlah pula kata dari suara hati kami
biar bicaramu seiring budi pekerti
agar kami lebih mengerti
tidak mengeji jauh merasa jijik
kala bicaramu sebagai dijanji
bukan pula untuk dibenci
Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala kantor, Kepala Parti
Andai anak isteri juga suami
segalanya cantik pekerti sopan laku 
kepala berhijab tertib berbicara
jauh di hati kami teruja
beginilah pemimpin yang kami puja
didalam hati dikaulah idola
tiadalah niat untuk berkata nista
barang dijauh tujuan menghina
jika semua elok dipandang mata
Wahai Pak Menteri, Ibu Menteri, Kepala kantor, Kepala Parti
kami dipimpin kalian memimpin
ingin kita sama berpimpin
akhirat kelak tiada menunding.
(Aku hanya rakyat biasa sedaya upaya patuh pada agama bangsa dan negara)

Selasa, 30 Jun 2015

Puisiku: Bumi Ini Milik Kita
Dulu belantara
penghuni bebas bersahutan
nyaman sejuk
muzik nada berbeza
dari ngauman hingga kicauan
bumi ini milik kita
Terus milik kita
dari makan berpinggan daun
ke meja santsp beradab
bersudu garfu beralas napkin
bahasa lenguk bercampur aduk
kadang angguk kadang geleng
berurai ketawa girang
muzik beralun penuh tenaga
bumi itu tetap milik kita
penghuni sudah lupa kicauan burung
tanah sekangkang kera
mula berebut
sang gajah, sang singa, sang harimau
walau tiada berpenghuni
mula bertunjuk taring
sang beruang putih mula mengadu nasib
berkekalkah milik kita
bila sang semut bergigit sesama sendiri
tiada lagi sama bergotong royong
tabuan juga sudah berkepak
adik beradik saudara sendiri juga disengat
harap sang burung juga sama
tiada lagi sopan sesama sendiri
terbang laju berbuang najis
kepala saudara hinggap terkena
bumi ini milik kita
mari kita bermilik penuh
pada ketua kita bernaung
rukun makmur berharap dariNya.
Syanz Aisyah Abdul Raoof
28 Jun 2015
7.35am

Sabtu, 6 Jun 2015

Pantunku

Pantunku:

Kembang Teratai Putih Berseri
Indah Dipandang Sukar Dipetik,
Mata Terintai Berpandang Curi 
Jantung menendang Rindu Berdetik.



    
gambar:sumber      


     

Nukilan: Syanz Ab Raoof

Pantunku:

Pucuk Kadok Bernaik Junjung,
  Kasihan Sirih Menjalar Di Tanah,
     Ramai Duduk Bermulut Muncung,
    Berpenat Jerih Hanya Memfitnah.



 gambar: sumber google.

Nuklan:
Syanz Ab Raoof

Selasa, 6 Januari 2015

Hatiku Banjir

Puisiku: 
~Hatiku Banjir~

Banjir!! banjir!! banjir!!
air pantas mengejar masa
tercungap juga tercengang
mengapa ini berlaku
pot pet pot pet menunding jari
dari jelata kepada pemimpin
dari pemimpin kepada jelata
penuh emosi hajatnya lari..
Banjir! Banjir!
tunding jari kelingking berkait
belajar redha tiada praktik
belajar ikhlas hati mengata
belajar tinggi sikapnya ranggi
belajar ekonomi yang penting "money"
Ahli politik cakapnya meninggi diri
Aku sudah buat itu dan ini
Itu kerja kamu ini kerja aku
rakyat mengapi akhirnya rugi
Banjir!
Baru insaf rasa di hati
jika berpunya di dunia 
hanya pinjaman sementara
takbur dan bongkak dijauhi
agar diri berkolek nanti
molek di hati akhirat menanti.


Syanz Aisyah Abdul Raoof
25.12.2014