Aku kerling bukan bermaksud aku benci
Aku senyum bukan bermaksud aku sudi Aku geleng kepala bukan bermaksud aku tidak beri
Aku angguk bukan bermaksud aku pasti...
Kadangkala aku angguk hanya penyedap hati
agar tidak membawa sengketakadangkala aku setuju untuk seketika
agar situasi kembali ceria..
Pabila aku kerling tajam
ada tanda benci yang mendalam
bikin hatiku rawan
asal jangan sampai dendam..
Pabila aku tersenyum
seiring bersama mata, bibir dan hatiku
aku pasti tiada kata secantik bahasa
kerana ikhlas datang dari hati...
Angguk dan geleng
dua watak berbeza
kadang mengia kadang menidak
perlu selari dari hati dan minda
agar tidak tertipu dek akal...
Syanz Aisyah Abdul Raoof
7 Jun 2012
7 Jun 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan