Hari Ahad lazimnya hari mood baik untuk aku mengemas dan memasak-masak. Selepas mnguruskan C Memey (kucing parsi) dan anak-anaknya, membasuh baju dan kemas segalanya, perut mula terasa lapar.. Beberapa kali membuka peti ais.. bahan-bahan untuk memasak memang ada, Ayam, kobis, tomato dan lobak merah masih ada. Rempah briyani dan rempah kari daging juga ada. Jika semalam masak tom yam ayam, sayur peria goreng, telur dadar, dan ulaman bercecah sambal belacan dan hari ini pula apa yer?
Idea nak membuat nasi karot tiba-tiba menerjah di kepala dan spontan juga nak buat ayam masak briyani.
Nasi Karot |
Ayam Briyani |
Karot saya kisar bersama bawang besar, bawang putih dan halia. Bahan-bahan ini saya masukkan terus ke dalam air rebusan ayam beserta beras bersama gumpalan daun pandan dan masak dalam rice cooker. Sementara itu saya menumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun ketumbar yang telah saya kisar sekali beserta rempah briyani. Kemudia saya masukkan ayam dan jangan lupa susu cair yer.. Rasalah ikut citarasa sendiri.. nak tambah apa yang patut suka hati lah.. hehehehe..
Kemudian saya buat acar ringkas hanya hirisan tomato dan karot yang diletak cuka serta gula sedikit bagi menyeimbangkan rasa supaya makan nanti tidak terasa muak.
Nasi karot dan ayam briyani telah siap! Dan inilah hasilnya yang saya hidang bersama air teh habbatus sauda (teh jintan hitam) untuk dimakan seorang diri... hehehehe.. Kalau ada sesiapa nak rasa, saya akan buat lagi best.. hehehehe.. Percubaan pertama ini, saya memang berpuas hati.. next time boleh panggil kawan-kawan makan..

Hidangan makan tengahariku.. Nasi Karot, Ayam Briyani, Acar dan Teh Jintan Hitam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan