Telefon bimbit aku keluarkan dari beg tanganku.. kuamati.. perlukah aku menghantar mesej sekadar bertanya khabar? patutkah aku? kenapa tiba-tiba hari ini aku begitu teragak-agak? kenapa yer.. ? hatiku seolah terasa terasing dan mungkinkah aku terpinggir...? Mengapa hatiku begitu berat seolah-olah aku begitu jauh darinya..
Terfikir aku betapa hati kecil ini tiba-tiba sayu... sesayu angin bertiup lembut pada subuh hari ketika di tepi pantai..aduh mungkinkah aku beegitu menurut hati untuk terus melayan hati atau mungkin terbit rasa cemburu dala diri ini?
Tiba-tiba kugagahi diriku untuk mengucapkan selamat pagi melalui pesanan ringkas dari telefonku.. walaupun jawapannya lewat aku bersyukur dia sihat dan okey sahaja.. Mungkin kerana aku ingin mencari satu jawapan yang hakiki aku nyatakan apa yang aku fikirkan.. Jawapannya cukup positif membuat airmataku mengalir perlahan... aku memberanikan membuka wall FB miliknya.. dan aku membaca bait-bait katanya.. kenapa hatiku berkata "kata-kata indah itu bukan lagi milik exclusive untukku "
Bahagian2
Satu persatu aku meneliti kata-kata yang tertulis di statusnya.. mengapa hatiku berkata bahawa apa yang ditulisnya itu bukan tertuju kepada ku.. Mungkinkah aku merasakan ada sesuatu di luar pengetahuan aku dan dia sendiri cuba menyembunyikan dariku. Mengapa hati ini begitu bersikap ingin tahu? Akal aku sekali cuba merasionalkan. mengapa hatiku kuat mengatakan kata-kata indah yang begitu puitis walaupun ringkas bukan lagi untuk aku. Cemburukah aku? Jika benar ini penyakitnya yang membuat hati merasa sayu, merasa terasing dan terpinggir, maka akal aku sendiri mantafsirkan batapa perlun diriku dalam keadaan bertenang. Jangan biarkan api cemburu menguasai mindaku. Aduh! kalau boleh aku ingin sekali merasai damai dan jiwa ini tidak merasa gundah gulana.
Buat apa aku terus melayan perasaan ini.. lantas aku mencapai nota yang pelu aku amati sebelum aku membuat keputusan dalam pembetangan mesyuarat pada jam 3 petang nanti.