Selasa, 14 Jun 2016

Pantai Rekreasi Rambah, Pontian.

Petang 27 September bersama adik bongsu Siti Khatijah yang Saya panggil Adik menemaniku ronda-ronda bandar Pontian.  Tiba-tiba teringat Pantai Rekreasi Rambah dan Muzium Bugis, yang sering menjadi bualan orang dan tentunya papan tanda Muzium Bugis terlalu kerap Saya lihat.  Akan tetapi jujur Saya katakan, Saya belum pernah menjejak kaki ke tempat ini. bertempah di Rambah, Jalan menuju ke Pekan Kukup, lebih kurang 9KM dari bandar Pontian.  Tapak rekreasi ini terletak 500 meter dari jalan utama.  Bila menuju ke tempat ini, melalui rumah-rumah kampung.  Sudah tentu suasana desa yang nyaman terlihat di kampung ini. Sampai sahaja terlihat satu bangunan yang bercirikan ukiran Melayu tersergam kukuh dan cantik.  Bangunan ini menempatkan Muzium Bugis dan bersambung bersebelahan adalah gerai makanan yang diusahakan oleh penduduk tempatan.


Muzium yang diusahakan oleh En. Abdullah bin Ahmad harus dipuji kerana beliau berusaha bersungguh untuk mempamerkan khazanah warisan yang merupakan adat budaya dan pemakaian Orang Bugis dan juga kaum Melayu.







Selain kita dapat melihat peralatan dan perkakasan orang terdahulu kita juga  boleh mengetahui dari sudut sejarah berkaitan susur galur keturunan kerabat DiRaja Johor melalui potret gambar yang dipamerkan.Saya melihat satu sikap yang begitu berani, cekal dan tentunya empunya muzium ini mempunyai ilmu berkaitan sejarah dan didorong kepada kecintaannya kepada bangsanya.