Semangat keperihatinan rakyat Malaysia dalam membantu rakyat miskin tidak kira di mana sahaja sama ada dalam negara mahu pun luar negara sememangnya bukan perkara asing di mata dunia. Sempena merayakan Hari Raya Haji atau Aidul Adha yang juga disebut sebagai Hari Raya Korban, umat Islam yang mampu adalah dituntut untuk menyembelih korban sebagai satu ibadah.
Sehubungan ini, pada 10 dan 11 Zulhijah 1433 Hijri bersamaan 26 dan 27 Oktober 2012, satu program ibadah korban dari rakyat Malaysia bersama wargakerja People's Bank of Zanzibar (PBZ) telah berjaya dilakukan. Keperihatinan dan usaha yang dilakukan oleh Encik Iskandar Noor bin Ibrahim satu-satunya rakyat Malaysia di negara Tanzania yang bekerja sebagai perunding di PBZ mengambil satu langkah mendekatkan rakyat Malaysia untuk sama mendampingi golongan susah di Zanzibar, Tanzania melalui sedekah korban yang dilakukan di beberapa institusi kebajikan di Zanzibar. Walaupun usaha ini dianggap sebagai korban jarak jauh tetapi ianya telah mendekatkan rakyat Malaysia di bumi Afrika ini. sila klik di sini
Usaha beliau telah mendapat liputan meluas di TV dan akhbar di negara tersebut. Terjemahan artikel dari berita tersebut seperti berikut;
Pengarah Eksekutif PBZ Sdr Amour Juma Mohammed, beliau telah menerima 7 ekor lembu dan 5 ekor kambing daripada rakan-rakan Tuan Iskandar Noor Ibrahim dari Malaysia untuk korban di hari raya haji yang telah diserahkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim Mazizini, SOS, Mwanakwerekwe, Ijitma, Markaz Fuoni, Rumah Orang Tua Sebleni, Hospital Utama MMOja, dan Hospital Pesakit Mental Kidongochekundu.

Sedang melapah daging korban.. terdiri dari rakan seperjuangan En. Iskandar Noor Ibrahim |
Anak-anak yatim tentunya gembira akan sedekah yang diterima. |
Encik Iskandar Ibrahim bersama penghuni rumah anak-anak yatim |
Wajah-wajah Comel Anak-Anak Yatim SOS Zanzibar |
Membanggakan, kerana usaha yang dilakukan oleh Encik Iskandar Noor Ibrahim adalah langkah awal untuk membantu golongan susah di negara tersebut. Encik Iskandar Noor Ibrahim anak jati dari Benut, Pontian Johor yang telah tinggal di sana kerana menjalankan tanggungjawab sebagai perunding untuk membangunkan perbankan Islam di Bank Negara Tanzania yang beroperasi di Zanzibar City. Usaha anak watan Malaysia ini menganjurkan ibadah korban secara jarak jauh melibatkan penyertaan 60 orang rakyat Malaysia terdiri dari sahabat handai dan saudara maranya telah berjaya dilaksanakan. Selain ibadah korban sebanyak 9 ekor lembu, terdapat juga rakyat Malaysia bersedakah melalui daging Aqiqah sebanyak 5 ekor kambing. Walaupun secara fizikalnya kesemua peserta untuk ibadah korban itu tidak menjejakkan kaki di bumi Afrika ini, tetapi sedekah dari daging korban itu telah mendekatkan hubungan sesama saudara Islam.
Penulis berpendapat, usaha yang murni seperti ini haruslah diteruskan demi kesejahteraan sesama saudara Islam tidak mengira di mana sahaja di dunia ini. Moga pahala ibadah korban yang dijalankan mendapat keberkatan Illahi dan amalan membantu sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit dan negara terutama di negara miskin haruslah diteruskan. Wallahualam.
* Gambar-gambar sumber dari Iskandar Noor Ibrahim.

Oleh: Syanz Aisyah Abdul Raoof
Bangi, Malaysia.
30 Oktober 2012
Bangi, Malaysia.
30 Oktober 2012