Isnin, 31 Januari 2011

Bisakah aku Mengerti


Bisakah Aku Mengerti 

   Bisakah aku mengerti akan hidup ini
dalam mencari satu sinar
dalam duniawi yang mengerti
bahawa aku juga insan
yang perlu udara segar untuk hidup
yang perlu sesuap nasi penambah tenaga
yang perlu seteguk air
pembasah tekak dalam bersuara
yang perlu sentuhan manja
dalam dakapan hangat
yang perlu bumbung kasih
dalam aku berlindung
mungkinkah aku hanya beban
dalam mata memandang
bagai satu halangan
bagi kalian dalam kemewahan
siapalah aku
tangga bukan jalanku kepuncak
hanya penyebab ku turun
bisakah tangan-tangan kalian menarikku?
atau hanya berlalu sinis....

Syanz Abdul Raoof
31 Januari 2011
 

Ahad, 30 Januari 2011

Aku Dan Hujan

Aku Dan Hujan 

 Sayu hatiku 
entah apa puncanya
mungkinkah dek hujan yang turun
dalam dingin yang menyusuk tulangku
atau mungkin hujan
hanya punca alasan
bahawa diriku dilanda pilu

Pilu dan hujan
mungkin satu kebetulan
yang membawa erti
aku rindu
atau mungkin aku cemburu
hadirmu hujan
di pagi aku merindu

Aku redha
hadirmu hujan
membawa nikmat
pada siapa yang mengerti 
bahawa kau bisa membasahi bumi
yang mungkin aku tidak mengerti

Aku juga redha
kiranya hadirmu hujan
membawa simpati
pada insan yang mengerti
jika kamu juga bukan pembawa rezeki 

Syanz Abdul Raoof
30 Januari 2011



Rabu, 26 Januari 2011

KAUM MELAYU SINGAPURA - Oleh: Tun Dr. Mahathir Mohamed


KAUM MELAYU SINGAPURA
oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada pada 25hb Januari 2011 pukul 11.15 pagi
1. Tan Malaka yang namanya amat terkenal di zaman Sukarno mendakwa Melayu Singapura lebih disiplin (daripada Melayu Malaysia). Ini memang benar. Bahkan rakyat Singapura tanpa mengira bangsa juga amat disiplin.

2. Sebagai contoh mereka tidak akan buang sampah di jalan. Dengan itu jalan-jalan di Singapura amat bersih.

3. Tetapi apabila mereka menyeberang ke tanah besar Malaysia mereka akan buang sampah dari kereta mereka dalam perjalanan.
4. Ada pelawak yang memanggil Singapura "a fine city". Sebabnya kerana bagi tiap kesalahan kecil rakyatnya akan dikenakan denda iaitu "fine".

5. Rakyat Malaysia pun bila ke Singapura akan berjaga-jaga supaya tidak dikenakan fine.

6. Di Malaysia buang sampah selori di tepi jalan pun tidak diambil apa-apa tindakan. Sudah tentu rakyat Malaysia di Malaysia tidak disiplin dalam soal kebersihan dan lain-lain.

7. Mungkin ini kerana kita demokratik. Parti-parti politik takut rakyat tidak akan sokong mereka jika mereka bertindak terlalu keras supaya rakyat berdisiplin.

8. Parti pemerintah Singapura tidak takut kepada rakyat. Jika rakyat pilih bukan calon PAP, dia akan diheret ke mahkamah, didenda dan dijadikan bankrap. Selepas itu dia tidak dapat ke Parlimen untuk membantah perlakuan pemerintah.

9. Jika dia dibenar mengambil tempat di Parlimen, dia tidak akan berani berkata apa-apa.

10. Mungkin Tan Malaka lebih senang jika amalan di Singapura didapati di Malaysia.

11. Jika "demokrasi" ala Singapura diamal disini saya yakin bukan sahaja Melayu Malaysia akan disiplin tetapi semua kaum akan disiplin.

12. Sesungguhnya keadaan di Singapura amat mengagumkan sesetengah daripada kita di Malaysia. Apa tidak. Masalah Kampung Baru dapat diselesaikan dengan mudah. Pindahkan sahaja penduduk Kampung Baru, dan bangunkan rumah pangsa yang akan diduduki oleh sesiapa sahaja. Seperti hilangnya Geylang dan Pasir Panjang akan hilanglah Kampung Baru.

13. Menteri-Menteri pun lega kerana jika dicalonkan semula oleh parti, kemenangan terjamin walaupun menidakkan hak bersuara rakyat.

Komen ku:
Tun, Terima kasih. Yang tersurat dan tersirat... fikir-fikirlah wahai rakyat Malaysia..
4 jam yang lalu · SukaTidak suka · http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/yF/r/tddUIK01p63.pngSeorang

Tun, Teringat kembali Hikayat Munsyi Abdullah!.. elok kita baca kembali bagaimana pemikiran beliau lebih 200 tahun dahulu berkaitan kebersihan dan sikap orang Melayu kita...

Isnin, 24 Januari 2011

ANGIN BAYU


ANGIN  BAYU

Angin bayu
Kiranya sudi  kau menerimaku
Ingin sekali ku terbang bersamu
Meniup lembut hati bak batu
Agar selembut jiwamu..

Dalam sepoi dirimu mengalun
Meleka hati yang kematu
Agar dibuai rasa sayu
Bersama alunan rindumu
Membuat hati terharu

Angin bayu
Mungkinkah kau akan sudi
Membawa aku pergi
Mencari satu yang hakiki
Dalam kehidupan duniawi 

Syanz Abdul Raoof 
24 Januari 2010
02:00

Ahad, 23 Januari 2011

AYAHENDAKU ABDUL RAOOF BIN JABIR@TUAKA



 AYAHANDAKU
ALLAHYARHAM ABDUL RAOOF BIN JABIR@TUAKA
 BIN TUASEMEK BIN TUALUQ BIN  TUAWELLANG 
(AL-FATIHAH)
(19 Jun 1921 - 24 Julai 2003)

Bisakah Aku Mewarisinya?
Masih kuingat senyuman manismu
bila berbicara
masih terbayang renungan tajammu
bila kau marah
masih terpahat kata hikmahmu 
bila kau berpesan
masih dalam ingatanku bila kau bersila panglima
bersama  hidangan memuji Illahi
 dan pastinya 
semuanya itu
sesegar bayu bertiup lembut 
dalam memori indahku

Aku tahu 
tabahnya engkau
dalam onak dan ranjau duniawi
 hidupmu pernah bersalut emas dan ringgit
ditatang 
dimulia
yang bisa menggelapkan mata setiap musuh
kau tetap tersenyum 
walau hatimu luka

Aku tahu
di sebalik senyum dan cahaya mata kudusmu
biasa dimengertikan
engkau putra berhati walang
tanpa ada rasa dendam
kata hikmah nenek moyang jadi pusaka
biar harta hilang jika bisa penyelamat nyawa

Bisakah aku menjadimu
seikhlas nama mu tercipta
hamba yang pemurah?
Ya Ar-Raoof kau bisa menurunkan sifatMu
kepada hambamu  Abdul Raoof...

Ayahandaku...
Aku juga ingin sepertimu
mewarisi sifatNya
tetapi bisa kah aku?

 

Koleksi kata Renungan Untuk Diriku..

Sesungguhnya pertemuan dan jodoh itu ketentuan Tuhan...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insa...n yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. 

nak derma buah fikiran jer... hehehe

Jadilah orang dermawan sebab orang yang dermawan hatinya akan selalu lapang dan jiwanya luas. Sedangkan orang yang kedekut, hatinya pengap dan nuraninya kotor.


Semalam pada pukul 2.16 ptg melalui Kata-kata renungan untuk anda hari ini · PrivasiRakan Sahaja · · · Take This Quiz
ermmmmmmmmm!

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalun...ya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita. Lihat seterusnya..


Jumaat pada pukul 9.59 ptg melalui Kata-kata renungan untuk anda hari ini · PrivasiRakan Sahaja · · · Take This Quiz

hahahaha...

Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan.


Khamis pada pukul 3.58 ptg melalui Kata-kata renungan untuk anda hari ini · PrivasiRakan Sahaja · · · Take This Quiz

sesungguhnya kita tidak bisa menolak takdir...

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehil...angannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah ''Ianya'' hadir. Lihat seterusnya..


pada 13hb Januari pukul 1.46 ptg melalui Kata-kata renungan untuk anda hari ini · PrivasiRakan Sahaja · · · Take This Quiz

Kata Renungan Hari Ini....

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu... mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. Lihat seterusnya..


pada 12hb Januari pukul 10.58 ptg melalui Kata-kata renungan untuk anda hari ini · PrivasiRakan Sahaja · · · Take This Quiz
  • hahahhaa.. marinkita kongsi kata renungan dari internet untuk hari ini....

    Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai... dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja. meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan. Maka jangan sesekali melakukan kesalahan yang boleh merosakkan perhubungan kamu dengan Si-dia Lihat seterusnya..

    pada 11hb Januari pukul 1.23 ptg melalui Kata-kata renungan untuk anda hari ini · PrivasiRakan Sahaja · · · Take This Quiz

Khamis, 20 Januari 2011

Kiranya Kau Tahu Aku Membisu

KIRANYA KAU TAHU AKU MEMBISU

Aku tahu kau rindu candaku
aku tahu huluran tanganmu
aku tahu puisi indah untukku
aku tahu kau rindu suaraku
malah aku tahu rindumu membuatkan dirimu lesu

Andai kau tahu kiranya aku membisu
dalam rindu yang pilu
dalam iringan waktu
berlalu bersama sendu

Tiada gunanya huluran tanganmu
jika itu menambah lemasku
tiada gunanya rindu candaku
hanya mengamit rasa cemburu
tiada gunanya kau rindu suaraku
jika itu hanya membawa pilu
tiada gunanya puisi rindumu
jika itu hanya menyiat kalbu

Biar aku terpaku di sini
berdiri bersama nyawa di hati
bisa membuatku terus berlari
membawa seribu erti
dan aku pasti kau bisa mengerti
keindahan yang sepi
tanpa mengguris hati 
pada hak yang hakiki
bahawa semuanya ketentuan Illahi..

Syanz Abdul Raoof
20 Januari 2010



Indonesian songs MATAHARIKU Agnes monika

Isnin, 17 Januari 2011

Pemikiranku....Sekadar Pandangan Peribadiku. Maaf jika aku bukan sehaluanmu..(2)


KENAPA SAYA MASUK BALIK UMNO

Dr. Mahathir Mohamad
| Permalink | Comments (209) | TrackBacks (0)
1. Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.
4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.

6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.

7. Perkara yang baik telah ditunjuk oleh Najib apabila dia secara terbuka menunjuk dia tidak bermusuh dengan saya seperti yang dikehendaki oleh Abdullah bagi semua Menterinya.

8. Dalam ucapannya menutup mesyuarat agung UMNO Najib telah menjelaskan bahawa selain parti, rakyat juga harus menguasai Kerajaan. Tidak seperti ramai pemimpin UMNO sekarang, dan ketua mereka dahulu yang berpendapat Kerajaan adalah milik UMNO sahaja dan mereka sahaja yang harus dapat "keuntungan" daripadanya. Najib nampaknya berpendapat rakyat juga punyai saham dalam Kerajaan. Justeru itu rakyat tidak boleh diketepikan oleh Kerajaan yang diketuai oleh UMNO.

9. Rakyat tidak dapat menyertai mesyuarat agung UMNO tetapi mereka akan dapat menunjuk pendirian mereka apabila pilihanraya diadakan.

10. Jika Najib hanya layan UMNO, kemungkinan besar UMNO akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Jika Kerajaan pimpinan UMNO dianggotai ahli dan pemimpin UMNO yang perasuah, rakyat dan juga sebahagian daripada ahli UMNO yang kecewa akan tentukan BN dan UMNO akan kalah juga.

12. Pada hari kedua Najib jadi Perdana Menteri dia telah pergi berjalan-jalan untuk berjumpa rakyat berbilang kaum. Ini juga meyakinkan saya yang dianya lebih prihatin terhadap masalah rakyat.

13. Oleh kerana sebab-sebab ini saya berpendapat Najib akan cuba bersihkan parti dan Kerajaan daripada rasuah dan perasuah. Tanda-tanda ini akan diperlihat apabila beliau menubuh Kabinetnya pada 8 April, iaitu esok. Walaupun Abdullah tidak lagi memimpin UMNO, jika ternampak kuasanya keatas UMNO masih ada, saya akan anggap syarat saya tidak dipenuhi.

syannaAuthor Profile PageApril 8, 2009 3:34 PM
Assalamualaikum Ayahenda Tun dan rakan blogger,
Selamat kembali ke pangkuan UMNO. Gembira dan sayu saya mengetahui Tun menyertai UMNO. Teruskan perjuangan, kami yang sepemikiran Tun akan tetap bersama TUN.
Melihat kekalahan BN di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, adakah memberi maksud rakyat semakin menolak BN?. Mungkinkah ada perkaitan imej KJ menyebabkan ramai rakyat masih meluat? tempiasnya kepada BN?
Dikalangan ahli UMNO ramai yang meluat apa tah lagi yang bukan ahli UMNO atas kemenangan KJ. Saya rasa rakyat mengambil masa lama untuk mempercayai kembali kewibawaan BN. Kewibawaan BN bukan lagi terletak kpd kejayaan pembangunan yang telah dilakukan tetapi lebih kepada sahsiah diri pemimpin itu. Yang membawa lumpur seorang yang tercalitnya ramai.Bayangkan kalau ramai pembawa lumpur tak seluruh negara yang tercalit lumpurnya. Yang sukarela dan ikhlas untuk membersihkan lumpur itu berapa ramai pula, yang menambah lumpur itu pula berapa ramai? Yang seronok bermain lumpur juga memang ramai.. Terima kasih.



syannaAuthor Profile PageApril 9, 2009 5:47 PM
Assalamualaikum Ayahenda Tun,
Cuma nak sampaikan ucapan tahniah buat Datuk Mukhriz atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri. Tahniah buat Tun juga. Saya bersyukur dan sekurangnya mengembirakan hati kami yang sentiasa menyokongnya walau pun beliau kalah sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tahniah dan jangan hampakan harapan kami yang mengharapkan satu kejujuran untuk kepimpinan.
Salam hormat.