Masih aku ingat kenangan semasa hujan lebat di Pulau Pisang. Aku suka sebenarnya bila hujan lebat terutama bila musim buah pelam masak. Bila hujan lebat maka banyaklah buah pelam yang gugur.. semakin banyak buah pelam gugur semakin banyak duit aku dapat.. tapi agak seksa bila mencari buah di lereng bukit apa tah lagi dicelah pokok buluh sebabnya tanah licin dan kerap aku tergelunsur dari atas dan tersangkut di celah pokok buluh.
Di celah pokok buluh ni lah berkumpulnya buah-buah pelam.. maklumlah dari atas bukit tentunya berkumpul di celah dan mudah sahaja aku pungut dan masuk dalam "lanjung". Lanjung ni pula sebuah bakul yang dianyam dari buluh dan diletakkan di belakang bahu.. seolah mendukung orang. Lanjungn ini pula ada saiznya, untuk kanak-kanak boleh isi buah pelam 20 biji, sederhana 50-60 biji dan yang saiz besar 100-150 biji. Berat juga kalau dipikul terutama bila mendaki bukit dani agak bahaya bila menuruni bukit selepas hujan lebat sebab mudah jatuh kerana licin.
Satu perkara yang paling aku suka bila hujan lebat ialah jeram yang kering di tepi rumah akan berfungsi sebagai anak sungai mengalir deras. Masa inilah yang kami tunggu-tunggukan.. apa tidaknya mulalah kami mandi sakan di jeram yang kecil tetapi airnya sangat laju. Peristiwa ini hanya berlaku bila hujan lebat. Kalau tiada hujan jeram ini akan kering kontang macam anak sungai mati. Tetapi bila hujan lebat dah macam air terjun. Mandi sepuasnya dan akan naik rumah bila semua dah mengigil kesejukkan.
Tetapi bila hujan turun sehingga dua atau tiga hari.. alamak mulalah termenung di tepi tingkap jer.. dan paling tidak aktiviti makan, makan, makan... Nasi sejuk berlauk ikan masin amat menyelerakan... Bila dah lama memerap dalam rumah terasa bosan pulak. Hanya dengar bunyi tokek mengalun irama dari dalam rumah bersahut-sahutan di balik bukit dan di atas pokok. Masa inilah radio menjadi rebutan. Berkata dalam hati "bila hujan nak berhenti nih.. nak berlari di atas batu pulak" Itulah zaman kanak-kanak ku yang tahu hanya seronok jer...
Mengimbau kembali zaman itu.. erm bestnya zaman itu. Peristiwa yang dilalui menjadikan diri cekal dan wujudkan jati diri sebagai anak yang ingin berjaya.