Selasa, 21 Februari 2017

Catatan Perlayaran Menjejak Makam Uppu Daeng Marewah dan Daeng Chelak Di Pulau Bintan.

Catatan perjalanan ke Pulau Bintan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang mana boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang mungkin berhasrat untuk pergi melancong di Kepulauan Riau ini.


Pada 16 Disember 2016  seawal jam 6.30 pagi sahabatku Nora telah menjemputku di rumah adikku di Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru untuk ke Terminal Jeti Stulang Laut. Sepanjang perjalanan ke Terminal Feri Stulang laut  (TFJSL) sempat lensa kameraku merakam matahari yang mula menyinar.. indahnya..


Kami sampai lebih kurang jam 7.00 pagi dan kami terus masuk ke bangunan Terminal Jeti dengan bertanyakan kepada Pengawal keselamatan di kaunter depan pintu utama. Sebenarnya kami berdua pertama kali menjejak kaki di bangunan ini.. hehehehe.. kami pun bertanya dengan muka yang agak manis dan ramah.. Pengawal tu menjawab sila naik lif dan tekan tingkat 2 dengan suara yang parau tetapi ramah. Sempat lagi aku mengajuk suaranya membuatkan sahabatku Nora dan pengawal tersebut memandangku sambil tersenyum.. hahaha bila si Syanz dah mula buat giler... hihihi..
Sampai di Aras 2, kelihatan sudah ramai penumpang memenuhi tempat duduk untuk pelepasan. Alamak dalam hati mula cuak.. ada ker tiket lagi ni.. Kami menuju ke kaunter dan beratur apabila sampai di giliran kami, saya bertanya tiket feri yang terawal ke Tanjung Pinang. Kerani kaunter memaklumkan feri terawal jam 9.30 pagi dan kami membeli tiket sehala dari Stulang Laut ke Tanjung Pinang, Pulau Bintan dengan harga tiket RM102.00.   Semasa membeli tiket kena tunjukkan pasport tau beb.  
Jam baru menunjukkan 7.45 pagi. Kami berdua meronda-ronda sekitar dalam bangunan, di mana banyak juga kedai yang belum beroperasi. Hendak berserapan pagi pun, kafe masih belum dibuka lagi. Sementara menunggu kafe tu dibuka, seperti biasa saya akan mula memerhatikan dan akan membuat penilaian sendiri. Sutu perangai yang saya rasa semua orang ada. Observation penilaian saya kali ini tertumpu kepada skema cara gaya individu dalam mengandaikankan asal warganegara dari mana. Adakah mereka orang Malaysia, penduduk asal Indonesia dan lain-lain negara. Skema pengecamannya pada saya mudah jer.. selain dari segi gaya, pertuturan dan tentunya pasport yang dipeggangnya menjadi pemberat. Betul atau tidak anadaianku secara kasarnya tekaanku kukira 95% adalah tepat. hahahaha...


Jam 8.20 pagi kafe yang kami tunggu dah dibuka, tetapi masih dalam persediaan untuk berniaga. Kami berdua meminta izin untuk duduk di kerusi dalam kafe ini. Hiasan dalaman kafe ini menarik perhatian kami berdua. Terpapar nama kafe Selera Iskandar.   Melihat frame gambar di dinding kafe ini memberi mood untuk saya menggambarkan corak survival manusia di sekitar tahun 1700an .. hahaha..  terfikir pula aruah Fuangku (panggilan kaum Bugis ke atas datuk atau nenek) agaknya semasa berlayar dari Pontianak, Kalimantan Barat beginilah situasinya.. Sambil melayan nescafe tarik dan epok-epok yang Nora beli, saya mengelamun sebentar.. mengalamun bahawa destinasiku ini adalah suatu yang saya kira punya tujuan tersendiri.. menyusuri sejarah leluhur dan ada beberapa perkara yang saya sendiri susah untuk menjelaskannya.  Sambil itu teringat setiap wajah sahabat-sahabat yang tidak berkelapangan untuk turut sama.. InsyaAllah biarlah pengembaraan ku ini sebagai peneraju dahulu kepada mereka dan tentunya segala peristiwa boleh dikongsi sebagai panduan kelak jika mereka pergi nanti..


Penulis di jeti Terminal Stulang
Jam 9.00 seperti yang diminta,  semua penumpang sudah mula beratur untuk boarding dan pemeriksaan Imergresen. Selesai pemeriksaan Imergresen kami menuruni eskulator dan menuju ke jeti di mana feri Buana telah sedia untuk menanti kehadiran penumpang. Sekali lagi pemeriksaan tiket dijalankan dan kami masuk ke perut feri. Sebuah feri sederhana besar yang saya kira pada masa ini saya anggarkan tidak kurang dari 40 orang penumpang telah berada dalam perut feri.  Sementara belum balayar, beberapa penumpang membeli minuman dan makanan seperti keropok dan juga mee segera. Aduh.. semerbak pula bau mee segera dalam feri ni.. nasib baik dah bersarapan, kalau tak 
tergoda juga dengan harum nescafe yang memenuhi ruang 
feri. Sementara feri belum belayar, sempatlah saya perhati keindahan sekitar kawasan terminal ini melalui cermin tingkap feri. Air agak pasang menambah keindahan suasana damai di pagi hari. 
Pemandangan Terminal Jeti Feri Stulang Laut dari laut.
Memulakan pelayaran, melalui kesibukan Pelabuhan Pasir Gudang. Kelihatan kapal-kapal kargo menyusuri memasuki ke pelabuhan ini. Di celah kesibukan itu dapat kuperhati sebuat bot kecil menyusuri laut yang kukira nelayan pesisir pantai mencari rezeki. Terlalu jauh perbandingan fizikalnya kan.. Moga sang nelayan ini beroleh rezeki dan keselamatan.

Pelayaran dengan laut yang tenang tidak sedar bahawa pelayaran hampir 3 jam sudah berlalu dan kini sudah kelihatan Tanjung Pinang, Pulau Bintan.  Sementara semakin menghampiri, saya melihat "Pong-Pong" dengan penumpang menyeberangi selat menuju ke Pulau Penyengat yang berkedudukan di seberang Tanjung Pinang sahaja. Mata sibuk mencari mercu tanda Pulau Penyengat iaitu Masjid Kota. Agak jelas dipandang.. dalam hati InsyaAllah saya akan menziarah di tempatmu.  
Peta Kepulauan Riau menunjukkan laluan pelayaran (Sumber Google)


Kapal-kapal yang berselisih dengan feri kami
dan sempat dirakam dengan lensa kamera penulis
       

Ini bot Pong-Pong membawa penumpang berulang alik dari Tanjung Pinang  ke Pulau penyengat


Alhamdulillah  ucapan ini diucapkan sebaik sahaja kami mendarat. Selepas pemeriksaan pasport di Imegresen Indonesia kami berdua berhasrat mencari teksi. ,Jam di tangan saya menunjukkan 12.30 tenghari dan perlu diingat waktu di Indonesia Barat satu jam ke belakang.. ini bermakna waktu di sini baru 11.30 pagi.
Semasa di jeti ditakdirkan berjumpa dengan kenalan saya bernama Mohd  Zahamri Nizar bersama adindanya HM Hamzah yang bergegas mahu pulang setelah dua hari mengadakan pameran buku bersempena Perhimpunan Penyair Nusantara di Tanjung Pinang. Perbualan ringkas dan sempat kami merakam foto sebagai kenangan.

Penulis bersama Sdr. Zamhari (berbaju hitam) dan adindanya Sdr Hamzah (bersongkok|)
Meneruskan perjalanan untuk mendapatkan teksi. Dalam sasaran ingin menginap di Hotel Jojo yang saya mendapat maklumat dari internent melalui catatan perjalanan pelancung lain. Sampai penghujung jeti kami disapa oleh seorang anak  muda yang bertanyakan sama ada  mahukan perkhidmatan teksi dan arah tuju kami. Sedia maklum tentunya pemandu teksi akan mencari penumpang untuk dijadikan sebagai sumber rezeki. Saya berkata hendak ke Hotel Jojo. Dia senyum lalu memaklumkan bahawa Hotel Jojo dekat sahaja, jalan kaki pun tak mengapa.. tetapi kalau mahu yang penginapan tenang dan murah pergi sahaja ke Hotel Bintan Mutiara Beach Resort. "Di sana murah Ibu,  dan tenang sekali dengan suasana perkampungan" dan menyatakan anggaran kos semalam lingkungan 200K - 250K Rupiah sahaja.  Kami bersetuju untuk ke Hotel Bintang Mutiara Resort. Kami menaiki teksi dan melalui Hotel Jojo. Pemandu menunjukkan lokasinya, yang kukira dekat dengan jeti serta kedudukan di tengah bandar juga masjid. Menyampuk sipemandu teksi dalam aku berfikir berkaitan hotel "tetapi agak kurang nyaman jika ibu berdua wanita".  Dalam membuat perkiraan  kata putus, mata saya memandang Kota Tanjung Pinang ini, damai bersih dan tenang jer. Hari ini adalah hari Jumaat,  saya lihat ramai kaum lelaki telah lengkap berbaju Melayu dan ada yang bersamping menuju ke masjid yang tidak jauh dari Hotel Jojo.  Kami bersetuju pergi ke Hotel Bintang Mutiara Beach Resort, yang terletak di KM 12 Jalan Bintan.
Kami dihantar ke Hotel Bintan Mutiara Beach Resort. Kami chek-in dengan bayaran semalam 200K dan campur duty tax sebanyak 20,000 Rupiah dan kesemuanya 220,000 rupiah lebih kurang RM80.00. Dalam hati kira OK lah.

Selepas meletak beg pakaian di dalam bilik standard, kami mengambil keputusan untuk terus pergi berziarah ke Makam Daeng Marewah dan Daeng Chelak yang terletak di Hulu Riau Kepulauan Riau.  Randy nama pemandu teksi setia menanti kami di loby hotel.

Perjalanan melewati desa dan pekan-pekan yang pesat membangun. Terdapat bangunan hospital yang besar tersergam indah sebelum kami menyusuri Jambatan Daeng Chelak.
Sebaik tiba di Makam Daeng Chelak, Yang DiPertuan muda Riau II (1728-1745) saya terkasima sebentar. Saya menarik nafas lega. Saya terus memberi salam, rasa sebak mula memenuhi ruang hati namun saya bertahan juga. Bersedekah bacaan al-fatihah ke atas roh Almahrum Daeng Chelak dan kerabat-kerabatnya. Masa ini saya kira tengah hari Jumaat. Saya keseorangan menyusuri makam-makam  di bahagian belakang Makam Daeng Chelak. Terdapat dua makam yang tersergam besar dan dikelilingi batu-batu nesan berhampiran makam-makam utama ini.




Almahrom Daeng Chelak, kami menuju pula ke makam Almahrum Daeng Marewah "Kelana Jaya Putera" (1721-1728), dari segi adabnya sepatutnya makam ini dahulu kami ziarahi). Seperti juga di Makah Daeng Chelak, sebak dan terharu secara tiba-tiba menerjah dalam kalbu. Saya sedekahkan bacaan al Fatihah buat almahrom.



Walau matahari memacak di atas kepala, namun saya merasakan keredupan di sekitar kawasan makam ini yang agak sunyi tetapi suasana makam yang terjaga, bersih dan kemas di pagari suasana kehijauan membuatkan saya teruja dan kagum akan daya usaha yang dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. Melihat dari situasinya, makam-makam di sini kerap dikunjungi. Betul kata orang tua.. sesungguhnya walau berpendek usia tetapi berpanjang umur, keana sering diperingati oleh orang kemudiannya sepanjang zaman.

Jambatan Daeng Chelak kelihatan jelas dari Makam Daeng chelak




sop ikan merah, sayur kangkung goreng belacan, taugeh goreng, tauhu bakar, ikan panggang cukup menyelerakan..



Selepas hampir dua jam kami di kawasan berziarah makam, kami menaiki teksi yang mana pemandunya setia menanti. Perut mula keroncong dengan pelbagai kehendak. Meminta pemandu teksi membawa kami ke kedai makan. Si randy bertanya sama ada mahu makan yang panas-panas dan agak selesa tempatnya atau sekadar tepi jalan di warung-warung. Kami bersetuju untuk ke restoran yang ada masakan panas. Makanan yang  kami makan sekitar RM30 sahaja. Makan ketika lapar, sedap dan masakan yang segar serta murah tentunya berbaloi kan...

Makan sudah, kami di bawa pula mengelilingi Kota anjung Pinang. Apa yang penulis lihat kawasan persekitaran Pulau Bintan ini begitu pesat membangun, deretan rumah kedai yang banyak, kenderaan yang bertali arus, pejabat-pejabat kerajaan, kem latihan, sekolah kelihatan gah dengan bangunannya yang cantik. Saya melihat kota Tanjung pinang adalah sebuah kota pelancungan yang selamat dan selesa dikunjungi. Apatah lagi budaya tempatan sama ada pemakaian dan dialek pertuturan masyarakat di sini tidak jauh beza dari negara kita terutamanya dari Johor.



Selepas meronda sekitar Kota Tanjung Pinang, tibalah masa Shopping time beb... wanita dan shopping berpisah tiada. Kali ini sahabat saya Nora yang sakan bershopping. Saya hanya jadi pemerhati kerana saya rasa susah nak bawa barang-barang sebab keesokan harinya kena menyeberang selat ke Pulau penyengat.. so barang  tentunya berat nak dibawa. Syukur kerana saya dapat mengawal kehendak diri.. hahahaha.. Dari pakaian yang cantik-cantik hingga ikan bilis yang murah-murah semuanya ada di sini. Ada Rupiah bisa sahaja dong..
Setelah puas seharian belayar, berziarah makam,  makan, meronda, dan shopping dan maka kami pun pulang ke hotel penginapan. Alhamdulillah dapat mengerjakan solat jamak dan berehat seketika dan kami sempat juga turun ke pantai untuk menikmati bayu laut.

sekitar tepi pantai di kawasan hotel penginapan kami



 


 

Staff di hotel ini menyatakan amat minta dengan pelakon Syukri Ali
juga menyatakan wajahnya ada miri pelakon tersebut...



   


pandang jer lah... tak larat dah nak berenang bagai.. hahaha...



     

Mata sudah mengantuk jam sudah lewat jam 12 tengah malam waktu Malaysia, waktu di sini baru jam 11 malam. Esok nak berziarah ke Pulau Penyengat. Catatan Perjalanan Berziarah Makam Pulau Penyengat akan penulis kongsi kemudian. 












Tiada ulasan: